Saturday 30 July 2011

FW: A131656 Chiew Wern Way LJ01




     Salam sejahtera, dengan ini saya ingin menggunakan jurnal ini untuk menyampaikan serba sedikit tentang apa yang telah saya pelajari daripada kuliah dan pengalaman saya yang berkaitan dengan kuliah ini. Pada tanggal 27 Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah ke-dua bagi Pengurusan Emosi ZT2253 yang diberi oleh Dr. Zamri. Kuliah ini bertajuk "Struktur dan Expresi Emosi". Dalam pendapat saya, tajuk ini amat menarik kerana emosi merupakan sesuatu yang begitu pelik sekali. Dalam keadaan yang berbeza, seseorang dapat menunjukkan perasaan mereka melalui expresi muka mereka. Expresi muka seseorang amat istimewa kerana apa yang dpaparkan atas muka seseorang merupakan sejenis komunikasi non-verbal dan mungkin lebih efektif daripada komunikasi secara verbal. Persoalannya,  bagaimanakah emosi dapat distrukturkan? Setelah menghadiri kuliah yang disampaikan, saya telah memahaminya. 
  
     Emosi dapat dibahagikan kepada 4 komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku. Kesemua komponen saling berkait dan dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, apabila saya terpijak ekor anjing liar, saya akan terperanjat dan berasa takut. Ini merupakan komponen yang pertama iaitu perasaan. Selepas itu, saya akan berfikir cara untuk melarikan diri kerana berasa takut anjing liar tersebut akan mengigit saya. Ini ialah proses kognitif yang merupakan sebahagian proses pemikiran. Perubahan fisiologi akan berlaku seperti denyutan jantung meningkat, rambut atas kulit menegak, peningkatan tekanan darah dan berpeluh. Akhirnya, saya akan berlari secepat mungkin. Ini merupakan komponen terakhir iaitu tingkah laku. Selain itu, emosi yang berbeza juga dapat memberikan kesan yang berbeza. Contohnya, dalam keadaan yang sama, saya akan berasa terperanjat dan cuba menenangkan diri. Selepas itu, saya akan berfikir cara untuk mempertahankan diri. Badan saya akan bersedia melalui perubahan fisiologi. Akhirnya, saya akan mendapatkan batu untuk mempertahankan diri.


     Dalam Darwin's Basic Theory of Emotion, emosi terdiri dari emosi asas atau dikenali sebagai primary emotion. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Dalam buku beliau iaitu "The Expression of the Emotionsin Mans and Animals", beliau menyatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain) serta 16 soalan tentang emosi kepada 36 bangsa berbeza dan didapati jawapan adalah sama. Pernyataan tersebut memang menakjubkan bagi saya kerana dalam dunia ini, walaupun kita terdiri daripada bangsa serta budaya yang berbeza, kita tetap mempunyai sesuatu yang dapat dikongsikan, iaitu sesuatu emosi seperti satu senyuman.


     Mengimbas kembali klip video yang telah ditayangkan sebelum  kuliah bermula, seseorang yang tabah dan gigih berusaha demi meneruskan kehidupannya dan tidak pernah berputus asa. Nama diberi Choi Sung-bong, seorang peserta rancangan reality Korean got Talent. Semasa pengadil mengadakan sesi memperkenalkan diri, saya amat terkejut semasa mendengar apa yang telah ditimpa oleh dia sejak kecil. Dia telah diabaikan oleh ibu bapa sejak umur 3 dan tinggal di rumah anak yatim piatu. Pada umur 5, dia telah melarikan diri daripada rumah anak yatim piatu selepas dipukul oleh orang di rumah tersebut. Namun, dia tetap bertekad untuk meneruskan kehidupannya. Selama 10 tahun, dia telah hidup secara berdikari. Dia menjual gula-gula getah dan minuman di tepi jalan untuk meyara kehidupan sehariannya. Pada waktu malam, dia akan tidur di tandas awan atau tepi tangga. Kesungguhan dia untuk meneruskan kehidupan amat disanjungi oleh saya. Saya berasa hairan kerana bagaimakah seseorang yang ditimpa begitu banyak kejadian yang amat malang dapat terus mengharunginya dan sebaliknya terdapat segelintir orang yang akan berputus asa atas sebab sesuatu kejadian yang ditimpa. Adakah ini disebabkan pengurusan emosi seseorang yang berbeza? Saya amat menantikan jawapannya.


     Dalam kuliah, saya telah mempelajari tentang Plutchik's Language of Emotion dan Plutchik's Basic Adaptive Reaction. Plutchik's Language of Emotion dibahagikan kepada tiga iaitu bahasa subjektif (subjective language), bahasa tingkahlaku (behavioural language) dan bahasa fungsian (functional language). Ketiga-tiga saling bergantung. Contohnya, seseorang akan berasa sedih yang merupakan bahasa subjektif, seseorang yang sedih akan menangis yang merupakan bahasa tingkahlaku dan expresi yang ditunjukkan mungkin disebabkan sesuatu tragedi yang merupakan bahasa fungsian. Plutchik's Basic Adaptive Reaction manakala membahagikan emosi kepada 8 kategori utama iaitu kemarahan(anger), ketakutan(fear), kesedihan(sadness), kejijikan(disgust), kejutan(surprise), jangkaan(anticipation), kepercayaan(trust) dan kebahagian(happiness). Kesemua kategori ini dialami oleh sesiapa. Emosi yang lain diasaskan daripada 8 kategori ini dan kombinasi emosi ini telah membantu semua hidupan untuk meneruskan kehidupan. Kesemua emosi juga dapat dikonklusikan dalam Plutchik's 3D model.


     Selain itu, teori lain yang telah dihasilkan bagi struktur dan ekspresi emosi ialah Tomkin's Facial Feedback Theory yang menerangkan perasaan yang mempengaruhi perlakuan atau sebaliknya sebagai contoh sama ada seseorang yang gembira akan senyum atau senyuman yang akan menyebabkan seseorang gembira. Idea ini kemudian dijadikan sebagai teori asas yang kemudiannya dikenali sebagai "Facial Feedback Hypothesis". Idea ini turut disokong oleh kajian Ursula Hess & colleagues dan Robert Zajonc & colleagues. Namun, terdapat juga bantahan daripada sesetengah pihak yang menyatakan bahawa expresi yang ditunjukkan mungkin tidak benar dengan perasaan seseorang. mendapat bantahan yang menyatakan aksi muka tidak semestinya melambangkan emosi seseorang. Izard's Innate facial expression pula menjalankan percubaan ke atas bayi yang mahir senyum dan juga kajian emosi ke atas orang ramai pelbagai bangsa. Selepas penerangan di dalam kelas, saya menyokong bahawa Izard's Innate facial expression tidak tepat kerana seseorang bayi ketawa tidak menunjukkan bahawa dia gembira. Dalam pengalaman saya, saya mempunyai seorang kawan yang amat istimewa sekali. Dia tidak suka menunjukkan exspresi muka walaupun dia mempunyai perasaan seperti orang lain. Saya jarang akan nampak dia senyum walaupun rakan-rakan di sekeliling sedang bergembira dan dia akan menyatakan dia gembira.


     Tambahan pula, saya juga mempelajari aspek teori pembelajaran (learning theories). Secara ringkas, teori pembelajaran dapat dibahagikan kepada 2 iaitu pandangan biologi pengalaman (the biological view of experience) dan pandangan teori pembelajaran dari pengalaman (the learning theory view of experience). Dalam pandangan pertama iaitu pandangan biologi, pembelajaran bukan merupakan faktor utama yang mempengaruhi emosi manusia. Menurut teori tersebut, keadaan sekeliling seseorang merupakan pengaktif utama yang menghasilkan emosi. Di sebaliknya, pandangan teori pembelajaran dari pengalaman lebih mementingkan aspek pembelajaran dalam penghasilan emosi. Seseorang tidak dilahirkan dengan emosi tetapi pembelajaran yang menghasilkan emosi dalam seseorang.


     Secara kesimpulannya, emosi tidak dapat dinafikan merupakan suatu aspek yang penting dalam setiap individu. Walaupun begitu banyak teori dan pernyataan telah dikeluarkan berdasarkan emosi, ramai orang masih lagi keliru tentang ketepatan maknanya emosi. Selepas kuliah ini, saya mendapati pengurusan emosi merupakan sesuatu perangsang kepada emosi seseorang. Saya berasa emosi seseorang datang secara tidak langsung tetapi dengan pengurusan yang baik, aktiviti seharian seseorang dapat dijalankan secara lancar tanpa gangguan daripada emosi.

 

 

 

No comments:

Post a Comment