Friday 29 July 2011

A132072 Muhamad Fadzlan Bin Fadzil LJ01 Emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
            Ini merupakan tugasan jurnal saya yang pertama bagi subjek ZT2253, Pengurusan Emosi bagi tahun 2011 ini. Saya ingin mengupas sedikit sebanyak pendapat saya dan pemahaman saya dalam jurnal yang merangkumi  kuliah yang telah disampaikan oleh Doktor Zamri , saya ingin mengetengahkan jurnal saya berkaitan definisi sebenar "Emosi" itu sendiri. Ini kerana ramai diantara kita yang menyalah anggap tentang erti sebenar disebalik perkataan ini, untuk itu saya akan cuba mengupas dengan lebih lanjut berkaitan Emosi dari sudut pandangan pakar psikologi dan daripada pendapat saya sendiri.
            Sebelum ini jika disebut sahaja tentang emosi ramai diantara kita cuba mengaitkan emosi dengan perasaan. Namun sedarkah kita sebenarnya, emosi itu sebenarnya cumalah merupakan sebahagian komponen penting dalam perasaan. Menurut pakar kecerdasan emosi, Daniel Goleman (1995) yang diambil daripada English Oxford Dictionary, istilah emosi ditakrifkan sebagai setiap kegiatan dan pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap. Beliau juga mengupas dengan lebih lanjut berkaitan emosi dengan menyatakan bahawa suatu perasaan dan pemikiran-pemikiran khas yang berkait rapat dengan mekanisma biologi dan psikologi badan kita terhadap sesuatu ransangan. Apa yang saya faham melalui konteks ayat diatas ialah, emosi merupakan sesuatu perubahan psikologi minda atau perasaan yang timbul secara semulajadi terhadap sesuatu ransangan dan ia bukanlah sesuatu yang paksaan zahir daripada fizikal. Sebagai contoh, kita sebagai manusia, secara lumrahnya akan menzahirkan rasa marah terhadap sesuatu atau seseorang apabila minda dalam keadaan tidak stabil contohnya ketika kita diganggu, kelaparan dan kekurangan tidur. ini sebenarnya dapat dibuktikan sendiri dalam dunia reality kita sekarang. Masyarakat sekarang banyak member komen negatif mereka berkaitan layanan yang diterima mereka daripada doktor terhadap mereka yang menyatakan bahawa doktor sekarang mudah melenting dan kadang kala tidak dapat mengawal nafsu marah merka dihadapan pesakit. Namun tidakkah mereka berfikir sejenak apa yang menyebabkan masalah sebegini terjadi. Sebenarnya kehidupan sebagai seorang doktor itu sendiri amatlah perit. Mereka menghadapi masalah kekurangan tidur dan jadual makan seharian mereka sangat tidak teratur, ini secara tidak langsung mengganggu system biologi badan dan psikologi minda. Seperti yang saya nyatakan diatas, apabila komponen-komponen sebegini telah terganggu, emosi akan menjadi tidak stabil dan manusia mudah hilang pertimbangan. Namun disini bukan saya ingin mengetengahkan masalah dalaman seorang doktor, ini merupakan contoh kepada kesan emosi tidak stabil menjurus kepada lahirnya perasaan marah.
             Salah satu pengendali kematangan emosi adalah pengetahuan yang mendalam mengenai emosi itu sendiri. Banyak orang tidak tahu menahu mengenai emosi atau besikap negatif terhadap emosi karena kurangnya pengetahuan akan aspek ini. Seorang anak yang terbiasa dididik orang tuanya untuk tidak boleh menangis, tidak boleh terlalu memakai perasaan akhirnya akan membangun kerangka berpikir bahwa perasaan, memang sesuatu yang negatif dan oleh karena itu harus dihindari. Akibatnya anak akan menjadi sangat rasional, sulit untuk memahami perasaan yang dialami orang lain serta menuntut orang lain agar tidak menggunakan emosi. Salah satu definisi akurat tentang emosi diungkap Prezz (1999) seorang EQ organizational consultant dan pensyarah senior di Potchefstroom University, Afrika Selatan, secara tegas mengatakan emosi adalah suatu reaksi tubuh yang lahir apabila diransang oleh situasi tertentu. Sifat dan intensi emosi biasanya dikait erat dengan aktiviti kognitif (berpikir) manusia sebagai hasil persepsi terhadap situasi. Emosi adalah hasil reaksi kognitif terhadap situasi spesifik.  Oleh itu, bagi saya bagi membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, didikan emosi daripada peringkat awal haruslah dipupuk. Anak-anak kecik haruskan dididik dan didedahkan dengan pengetahuan mendalam berkaitan emosi. Ibu bapa juga haruslah mendidik anak-anak mereka untuk mengawal emosi anak-anak mereka dengan baik. Sehubungan itu, ibu bapa mestilah bertindak sebagai "role model" dalam membentuk kerangka nilai emosi yang baik dalam diri setiap anak mereka.
            Emosi pada pokoknya menggambarkan perasaan semulajadi manusia yang lahir akibat daripada ransangan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, emosi manusia juga lahir juga berbeza seperti perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya melalui medium dan interpretasi yang berlain sebagai contoh emosi manusia dilahirkan melalui mimic muka, nada suara, gerak bahasa tubuh dan sebagainya. Maka secara konklusinya emosi itu sebenarnya tidak ada yang yang baik mahupun yang buruk. Semuanya lahir bertujuan untuk manusia itu sendiri menyesuaikan diri terhadap persekitarannya. Terdapat berbagai jenis buku psikologi yang membahaskan isu berkaitan permasalahan emosi manusia sebagai contoh isu yang dibahaskan oleh Atkinson (1983) yang mengklasifikasikan emosi kepada 2 jenis kumpulan iaitu emosi yang menyenangkan dan emosi yang kurang menyenangkan. Manakala menurut Martin (2003), baik atau buruk emosi seseorang itu bergantung akibat atau kesan yang ditimbulakan oleh individu itu sendiri mahupun orang yang berhubung dengannya.
 
            Selain daripada pengaruh persekitaran, emosi juga berkait erat dengan motivasi. Secara lumrahnya emosi merupakan medium penting kepada kita sebagai insan biasa untuk kita mendidik dan memotivasikan diri sendiri dalam menghadapi rintangan dan permasalahan yang dihadapi seharian dalam kehidupan. Emosi bertindak sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Konteks ini dapat dibuktikan sebagai contoh dalam musim peperiksaan, saya mudah tertekan dan emosi saya mudah terganggu apabila dirangsang oleh stimuli persekitaran seperti gangguan daripada rakan-rakan. Namun sebenarnya tekanan tersebut bertindak sebagai katalis kepada diri saya untuk memaksa potensi diri saya untuk mencapai ke tahap maksimum bagi menggapai matlamat peribadi. Dengan tekanan-tekanan sebeginilah menjadikan saya lebih fokus untuk mengulangkaji pelajaran. Namun tekanan emosi haruslah dikawal supaya ia tidak memakan diri kelak. Ini kerana tekanan itu sendiri sebenarnya merupakan sesuatu yang negatif. Sehubungan itu, mulai sekarang cuba jadikan sesuatu yang negatif itu sebagai sesuatu yang positif kepada kita. Ini kerana baik dan buruk itu sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri.
            Berdasarkan Plutchik's language of emotion, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu subjective language – bahasa subjektif, behavioral language – bahasa tingkahlaku, functional language – bahasa fungsian. Takut(bahasa subjektif) boleh menyebabkan kelakuan membebaskan diri (bahasa tingkahlaku) dan membawa kepada melindungi (bahasa fungsian). Contohnya, ketika kita dapat menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan dan kita mengetahui akibat buruk  tindakan kita tersebut pada keesokan harinya, minda kita akan cuba menafikan ketakutan tersebut dan minda kita beralih untuk menjadi lebih fokus pada masa tersebut untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ini kerana kita cuba melindungi diri kita daripada berhadapan dengan masalah tersebut. Ini adalah lumlah dalam kehidupan kita seharian. Contoh lain ialah "last minute study", emosi cuba memaksa minda kita untuk lebih fokus dan berusaha untuk kita mencapai kejayaan kelak. Lapan reaksi penyesuaian daripada reaksi asas oleh Plutchik iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih,  terima dan rasa ingin tahu. Menurut Plutchik, emosi boleh menjadi pelbagai bentuk berdasarkan tiga dimensi penting iaitu kekuatan yang mana merujuk kepada darjah kekuatan emosi ( dari bahagia kepada gembira), persamaan iaitu merujuk kepada hubungan/perkaitan ( takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira)
 dan kekutuban merujuk kepada kekutuban ( benci lawannya suka).
            Kesimpulan daripada huraian saya diatas, saya dapat simpulkan bahawa emosi ialah suatu reaksi minda dalam menghadapi situasi tertentu dan emosi merupakan elemen dalam kehidupan manusia kerana emosi dapat mempengaruhi pemikiran kita, persekitaran, perhubungan kita, fisiologi dan mekanisma biologi dalam tubuh kita. Justeru itu, kita haruslah memahami erti sebenar "Emosi" dan cubalah untuk mengawal emosi tersebut agar kita menjadi insan yang beremosi positif.
           

No comments:

Post a Comment