Saturday 30 July 2011

A132033.. Siti Dzulaikha Zulkifli... emosi =)

Hari ini minggu kedua aku belajar ZT pegurusan emosi.Banyak jugak la perkara pasai emosi yang aku tak tahu selama ini rupanya.Sebelum ini aku mendefinisikan emosi itu sebagai refleksi daripada  'mind set'.Tapi aku tak tahu la betul ke tak kan sebab pensyarah aku  x dak la pulak sebut pasai emosi dan kaitannya dengan mind set.Mungkin nanti-nanti kut.Bajet positive thinking la ni =).
Habis tu apa yang aku belajar minggu ni?? Sekejap ye nak ingat balik.Apa yang paling aku ingat pun tanpa refer nota ialah teori Plutchik.Aku pun tak tahu kenapa,mungkin yang itu ja kut yang  aku sempat salin dan tumpukan perhatian pun.Rasa macam sikit ja apa yang aku ingat ini,tapi Alhamdulillah la daripada tiada langsung kan.
Apa yang terdapat dalam kandungan teori  Plutchik dapat dibahagikan kepada 3 perkara. Pertama ialah emosi. Emosi dapat dibagikan kepada tiga klasifikasi.Pertama ialah emosi subjektif. Apakah yang dimaksudkan dengan emosi subjektif ialah apa yang dirasai oleh individual tersebut.Sebagai contoh,emosi gembira,sedih,marah dan sebagainya lagi.Mengikut kefahaman saya subjektif adalah sesuatu yang dapatita rasa tapi tak dapat kita lihat.Tapi tak tahu la betul ke tak kan =) Jika dikaitkan dengan kehidupan seharian,kita memang tidah boleh lari daripada emosi subjektif ini. Namun bagaimana pulak dengan orang yang berkata dirinya tiada perasaan?? Lupa nak tanya pensyarah hri tu… =(..  Kalaw teringat pun aku rasa aku tak tanya kut…hehe.Meungkin apa yang dikatakan dengan tiada perasaan itulah persaan kut.Kalaw nak dikaitkan dengan kehidupan aku.,rasanya  stiap hari perasaan aku berubah-berubah kut.. Mana taknya hari- hari belajar benda baru.Rutin harian pulak selalu berubah-berubah.Selalunya aku akan happy kalaw tak tidur dalam kuliah la.Baru rase macam ada faedah sikit pergi kuliah =)
Klasifikasi yang kedua dalam perkara emosi ialah tigkah laku. Selalunya apa yang akan kita lakukan adalah bertetapan dengan emosi kita.Sebagai contoh,apabila kita sedia kita akan menagis,apabila gemrita kita ketawa,apabila kita sibuk kita stress..Agaknya la kan..Kebenarannya terpulang kepada setiap individual itu sendiri bagaimana untuk mengekspressikan perasaan mereka sendiri. Klasifikasi yang ketiga ialah fungsi(functional. Ini bermaksud semua perasaan ada fungsinya masing-masing. Sebagai contoh, perasaan sedih yang yang dirasai oleh seorang sahabat apabila sahabatnya ditimpa musibah.Ini menggambarkan persahabatan yang akrab di antara dua sahabat itu.
Perkara yang kedua ialah adaptasi reaksi(adaption reaction).Aku pun x berapa ingat jugak rasanya pasai point ni. Tetapi rasanya pensyarah ada menyebutkan tentang 8 perasaan.Antaranya ialah suka,sedih,terima,meluat dan 4 lagi yang aku lupa.Kelapan-lapan perasaan ini selalunya akan dirasai oleh setiap individu yang bergelar manusia.Sudah tentu aku juga tidak terlepas daripada perasaan ini.Pada pandapat aku setiap perasaan  ada kaitannya dengan kandungan hormon yana terdapat dalam badan kita.Oleh sebab itulah kadang-kadang kita gagal untuk mengawal emosi kita kerana hormon adalah something yang kita tak mampu utuk kawal.
 
Perkara yang ketiga ialah dimensi emosi(dimension of emotion).Perkara yang ketiga ini dapat dibahagikan kepada 3 cabang utama.Pertama ialah intensity.Intensiti ialah tahap-tahap perasaan yang berbeza-beza.Sebagai contoh perasaan bahagia menggambarkan darjah atau peringkat yang lagi tinggi daripada perasaan  suka.Oleh yang demikian kita haruslah meggunakan perkataan berikut mengikut keadaan yang sesuai.
Cabang yang kedua ialah similarity atau persamaan.Apa yang dimaksudkan di sini ialah persamaan antara dua emosi.Contonya emosi takut lebih dekat atau sama jika nak dikaitkan dengan emosi sedih daripada dikaitkan dengan emosi suka.Apabila kita takut kita akan lebih cenderung untuk rasa sedih daripada gembira.Disebabkan perkara ini jugak la orang yang takut selalunya akan menangis.Sedangkan menangis itu lebih sinonim debgan persaan sedih.Pada pendapat aku la kan inilah yang dimaksudkan dengan similarity.
Seterusnya ialah polarity. Apa yang dimaksudkan dengan polarity ialah berlawanan antara dua emosi.Sebagai contoh perasaan suka lawannya duka,perasaan gembira lawannya sedih. Kalaw nak dikaitkan dengan kehidupan aku,rasanya salalu ja aku rasa perasaan ini.Contohnya kalaw satu hai itu aku happy sangat mesti esok 2 aku nak nangis.Dahulu aku ingat perkara ni kebetulan ja,tetapi bila selalu sangat jadi macam aku pun setuju ja la dengan teori macam tu..huhu
Habis sudah aku huraikan pasai teori Plutchik ni.Tak tahu dah nak tulis apa.Kalau berhenti kat sini nanti tak cukup plak 1000.Nanti ayahlong marah pulak. Jadi sekrang ini aku akan hurai apa yang ada dalam nota kuliah ayahlong dan aku akan cuba untuk kaitkan dengan pengalaman hidup aku. Chaiyok2! Allahuakbar.
Percayakah anda bahawa emosi dapat diukur?Secara teorinya memang la terdapat dalam nota kuliah ayahlong tetapi adakah ianya tally dengan emosi seseorang itu.Sebagai contoh,kaedah mengukur emosi yang pertama ialah melalui self report.Kaedah ini mengatakan bahawa emosi individual itu dapat diukur malalu sesuatu yang verbal iaitu yang bertulis mahupun lisan.Namun sebagaimana yang kita tahu tidak semua orang akan member jawapan yang betul-betul tepat.Jadi pada pendapat aku la kan cara ini bagus la jugak tetapi tidak la dapatmeunujukkan emosi sebenar seseorang itu
Kaedah yang kedua ialah pemerhatian secara lansung.Kaedah ini mungkin hanya boleh digunakan untuk sesetengah golongan sahaja.Hal ini kerana terdapat juga sesetengah golongan yang pandai menyembunyikan emosi.Terutamanya golongan para ibu.Pada pemerhatian aku la kan para ibu ni memang pandai menyembunyikan perasaanya terutamanya  di hadapan anak-anaknya.
Bagaimana pulak dengan kaedah yang ketiga ye.Hmm.. Kaedah yang ketiga ialah melalui indikasi fisiologi.Sebagai contoh ialah dengan mmengambil tekanan darah,ketegangan otot,kadar pernafasan dan sebagainya lagi.Namun ini juga pada pendapat aku logic la jugak.Tetapi apabila difikirkan balik,kaedah ini tidak sesuai untuk golongan yang mempunyai yang mempunyai penyakit tertentu.Sebagai contoh,tekanan darah yang tinggi selalunya melambangkan emosi yag stress ataupun marah.Bagaimana pula kita menafsirkan emosi golongan yang menghidapi penyakit darah tinggi?Sudah tentu tekanan darah mereka tinggi bukan??Adakah ini bermaksud semua individu yang mempunyai penyakit darah tiggi semuanya  stress atau marah??
Kesimpulannya aku pun tak tahu la jurnal yang aku buat ni betul ka salah.huhu..Harap-harap betul la.Rasenya 4 jam jugalah aku peruntukkan masa untuk buat jurnal ini.Memang agak lama la.Ini mungkin sebab aku jarang mengasah skill penulisanku kut. Alah bias tegal biasa. Nanti lama-lama lagi cekap la kut.Walaupun aku rasa tak larat sangat nak tulis jurnal ni tetapi positive thinking ja la kan.Mana la tak tahu suatu hari nanti aku kena buat jurnal untuk terbitkan dalam mana-mana buku jadi tak adalah aku terkial-kial nanti =)
Akhir sekali ingin aku kongsikan di sini bahawa kita senyum bukanlah disebabkan kita gembira,tetapi sebab kita senyumlah kita akan gembira.Kata-kata amat bertepatan denagn diri aku yang suka senyum ini..Rasanya la… =). Itulah kata-kata yang sangat memberi kesan yang mendalam  terhadap diri aku yang aku perolehi daripada kelas  pengurusan emosi minggu kedua ayahlong.

No comments:

Post a Comment