Wednesday 27 July 2011

A131956 Nurkhaledatul Falah - LJ01Tajuk 1 pengenalan emosi dan Tajuk 2 struktur emosi
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Ini merupakan jurnal pertama saya bagi kursus pengurusan emosi walaupun hari ini merupakan kuliah yang kedua bersama Dr. Zamri. Pada minggu lepas, kuliah pengurusan emosi diisi dengan sesi berkenalan bersama Dr. Zamri serta sedikit taklimat mengenai kursus ini. Pada hari ini, bermulalah kuliah teori bagi kursus pengurusan emosi yang merangkumi dua tajuk yang pertama, iaitu pengenalan emosi dan struktur emosi. Sebelum bermulanya kuliah ini, pengetahuan saya mengenai emosi amat terhad. Pada saya, emosi merupakan perasaan seseorang pada masa tertentu mengikut keadaan sekelilingnya. Namun, setelah bermulanya kuliah yang pertama hari ini, saya dapati emosi terbahagi kepada empat komponen yang utama, iaitu:
 
·         -  pengalaman perasaan atau afektif
·         proses kognitif
·         perubahan fisiologikal
·         tingkahlaku
 
Emosi dan motivasi merupakan dua perkara yang berbeza, namun, menurut Baron dan Logan, 1993, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan. Selain itu, menurut Lang et al, 1992, emosi merupakan motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Emosi tidak boleh diukur dengan sukatan yang tepat dan konsisten seperti suhu, berat, tinggi dan sebagainya, tetapi emosi boleh diukur melalui dua cara, iaitu:
 
·         laporan kendiri
·         pemerhatian secara langsung
 
Terdapat beberapa teori yang dikaitkan dengan emosi seperti teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izad. Setiap teori memiliki keunikan serta pendapat yang tersendiri. Teori Darwin menjelaskan bahawa emosi seseorang dapat dilihat melalui ekspresi wajahnya. Hal ini kerana wajah merupakan anggota yang paling mudah untuk dilihat. Teori Plutchik pula mengisahkan mengenai emosi yang boleh digambarkan melalui tiga bahasa, iaitu:
 
·         bahasa subjektif
-          merupakan bahasa untuk mewakili emosi
-          contoh: takut, gembira, sedih
 
·         bahasa tingkahlaku
-          kelakuan seseorang berdasarkan emosi beliau
-          contoh: sedih- mengalirkan air mata
 gembira- ketawa, melompat
 takut – melarikan diri, terketar-ketar
 
·         bahasa fungsian
-          menggambarkan fungsi emosi terhadap individu tersebut
-          contoh: berani- melambangkan keyakinan diri
 sedih- kasih sayang antara ahli keluarga
Teori Plutchik juga ada menyatakan lapan (8) emosi asas, iaitu:
·         takut                fear
·         meluat             disgust
·         marah              anger
·         terperanjat       surprise
·         gembira           joy
·         sedih                sadness
·         terima              acceptance
·         ingin tahu        curiosity

Selain itu, emosi juga mempunyai dimensi yang tersendiri. Dimensi emosi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:

·           intensity – darjah kekuatan emosi
·          similarity – hubungan atau perkaitan
·         polarity – kekutuban atau berlawanan

Teori seterusnya ialah Teori Tomkin. Dalam teori ini emosi dikatakan kesan daripada perbuatan individu tersebut. Teori ini dikaitkan dengan soalan 'what causes what?' yang bermaksud apa yang menyebabkan apa. Sebagai contoh, kita senyum kerana gembira atau kita gembira kerana senyum? Jawapan yang sebenar adalah kita gembira kerana senyum. Senyum telah menyebabkan timbulnya emosi gembira tersebut.

Kesemua info serta pengetahuan di atas telah saya perolehi daripada kuliah pada hari ini. Saya berharap saya akan memperoleh lebih banyak ilmu mengenai emosi pada kuliah-kuliah akan datang. Pada akhir kuliah, Dr Zamri telah mengadakan sesi tutorial. Dalam sesi ini, tiga orang pelajar yang bertuah dipanggil untuk memberi ulasan ringkas mengenai kuliah yang telah disampaikan oleh Dr. Zamri atau apa-apa shaja topic yang berkaitan dengan emosi. Melihat pengalaman rakan-rakan yang terpilih untuk memberi ulasan di hadapan menyedarkan saya betapa pentingnya keyakinan diri apabila berucap di hadapan umum. Hal ini telah mengingatkan saya untuk memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik berbanding  sekarang. Setakat ini sahaja buat jurnal saya yang pertama dengan harapan saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah saya perolehi sebentar tadi. Diharap kita dapat bertemu semula dalam jurnal- jurnal yang akan datang.

No comments:

Post a Comment