Saturday 30 July 2011

A131953 MUHAMAD FARHAN BIN ISHAK , LJ 01


Defini Barat mengenai emosi dan cara Islam untuk mengawal Emosi

    Assalamualaikuam w.b.t saya ucapkan. Untuk makluman, ini adalah jurnal saya yang pertama saya pernah tulis dalam hidup saya dan secara tidak langsung menjadi jurnal pertama untuk kursus zt2253. Tajuk menjadi pilihan saya adalah "emosi" . hal ini sedemikan untuk menyampaikan kepada semua apa yang saya faham dan mengerti tentang erti emosi ini dari sudut pandangan kasar saya. Bak kata pepatah, tidak kenal maka , tidak cinta. Kalau kenal menderita. Oleh itu, saya akan memberi definisi emosi menurut pemahaman saya terlebih dahulu. Pada pendapat saya, emosi merupakan satu perasan yang wujud di kalangan setiap manusia dan amat subjektif. Kenapa subjektif? Ini adalah kerana, emosi wujud dalam setiap perbuatan , tindakan dan pemikiran kita. Kita tidak dapat elak dari beremosi. Emosi mencermin kan perasan dan perasaan akan melahirkan ekspresi menerusi riak wajah kita. Namun, itu hanyalah coretan dari minda saya yang masih mentah.
     Menurut laman http://dict.rewaz.org/search/browse/emosi.re , emosi merupakan perasaan jiwa yang sangat kuat seperti marah, sedih , gembira dan takut. Oleh itu, dapat saya rumuskan untuk melahirkan emosi, suatu perasaan yang kuat yang dapat mempengaruhi pemikiran seseorang akan mewujudkan emosi. Para-para pemikir barat turut memberikan pendapat mengenai emosi ini. Dalam junal saya ini, akan saya terangkan tentang emosi berdasarkan teori Darwin , teori Plutchiks, teori Tomkins dan akhir sekali Izards berdasarkan pemahaman saya dan saya akan cuba mengolah teori-teori mereka secara saintifik dan permukaan.
  Menurut Darwin, emosi ini terdiri dari emosi asas. Dan emosi asas ini akan ditonjolkan dengan cara yang sama oleh setiap manusia tidak kiralah dimana anda berapa, kaum apakan anda, agama apakah anda, keturunan anda dan akan sentiasa sama sekiranya anda masih mempunyai genetik manusia.  Menurut beliau, cara yang paling mudah untuk mengesan emosi adalah menerusi riak wajah. Kenapa riak wajah? Ini adalah kerana, riak wajah kita secara amnya akan memaparkan segara yang tersimpan di hati kita. Sebagai contoh, seseorng yang baru mendapat berita gembira, mestilah akan memaparkan riak wajah yang tenang dan sentiasa positif. Kemudian, cuba anda bayangkan seseorang yang baru kehilangan orang yang tersayang, mungkin orang tersebut masih boleh tersenyum, namun, riak wajahnya akan wujud kesedihan dan kekusutan.  Untuk tambahan, emosi jugak bersifat "adaptive" . Dari erti kata yang lain, emosi ini, dapat dizahirkan mengikut keadaan atau mudah dipengaruhi dengan keadaaan sekeliling.  
   Menurut Plutchik pula,  emosi boleh dibahagi kepada tiga pecahan yang utama iaitu bahasa emosi, adaptasi emosi dan dimensi emosi. Sekarang saya akan jelaskan pecahan yang pertama iaitu bahasa emosi. Dalam bahasa emosi, boleh kita rumuskan kepada tiga bahagian juga iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Untuk bahasa subjektif, ia merupakan bahasa yang biasa dan sering dizahirkan oleh kita sebagai manusia seperti takut, gembira dan sedih. Manakala untuk bahasa tingkahlaku, ia lebih kepada tindakan yang dilakukan oleh seseorng yang sedang beremosi. Sebagai contoh, orng yang gembira, melompat dalam kegirangan, bermain permainan video sambil ketawa, tersenyum atau pun terlalu gembira lalu menitiskan air mata kesyukuran. Pada penganut agama islam, kita bolehla melakukan sujud syukur sebagai tanda penghargaan kita terhadat ALLAH yang maha pemurah lagi mengasihani.  Bahasa fungsian pulak menjelaskan bagaimana emosi itu memberi peranan ataupun impak kepada dirinya, sebagai contoh, emosi yang berani akan memberikan keyakinan yang teguh lagi mantap terhadap orang tersebut dan boleh memjadi pencetus kepada kejayaan dan kecermerlangan hidup seseorng.
  Bagi Tomkins, beliau lebih banyak mengolah tentang riak wajah orang yang beremosi. Namun pada pendapat saya, teori Tomkin mempunyai kebenaran yang tersendiri.  Bagi beliau, seseorang tersebut tidak semestinya akan melahirkan emosi ataupun perasaan sebenar yang dirasai. Mengapa sedemikan, cuba anda renung sejenak, samada perasan atau tidak, kadang-kadang kita senyum bukan kerana gembira tetapi untuk menjaga hati kawan kita. Itu merupkan satu dilema yang dihadapi oleh setiap orang yang masih mempunya genetik manusia.  Dalam teori beliau, beliau ada menyatakan kadangkala emosi yang dizahirkan oleh seseorng bukanlah emosi sebenarnya ingin dipaparkan. Mengapa hal ini terjadi? Hal ini adalah kerana kita ini merupakan manusia yang masih mempunyai hati dan perasaan. Cuba anda bayangkan, seorang sahabat yang ada benci ditimpa masalah, walaupaun anda benci terhadap insan tesebut, namun anda masih mempunyai secebis perasaan kesian kerana sahabat tersebut ditimpa musibah. Ini adalah kerana, kita mempunyai hati , dan hati kita sangatlah "fragile" dan mudah tersentuh.
  Teori Izard pula menyentuh tentang asal usul riak wajah berdasarkan emosi. Menurut Scherer & Wallbott (1994) yang meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua, mereka mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Cuma yang menjadikan setiap emosi manusia itu berbeza adalah cara emosi itu dialami dan dikawal. Sebagai contoh, secara amnya, bayi yang baru dilahirkan hanya mempamirkan dua riak wajah yang ketara iaitu menangis ataupun ketawa. Bayi akan terus menangis sekiranya lapar dan mahukan susu. Emosi dan riak yang dipaparkan merupakan keadaan yang betul-betul dialami dan dirasakan oleh bayi tersebut. Namun setelah kita meningkat dewasa, kadang-kadang riak wajah yang dipamerkan bukanlah emosi sebenar kita. Sebagai contoh, seseorang yang ingin mendapatkan simpati akan mempamerkan wajah yang sedih akhirnya boleh memperdaya orang yang mudah ditipu.
  Setelah emosi dan pengawalannya dari sudut pandangan barat, sekarang saya akan kongsi cara untuk mengawal emosi menurut cara islam.
Dari sumber laman maya
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:  "Berwasiatlah kepada ku. Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah.."
(al-Bukhari)
Huraian:
Hasan al-Basri pernah berkata: "Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan." Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.
Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan
 
Setakat ini dahulu perkongsian saya mengenai emosi. Mudah-mudahan dapat member sumbangan kepada rakan-rakan sekalian, wallahualam.




No comments:

Post a Comment