Saturday 30 July 2011

A131880 Mohd Syafiq B. Bakar LJ01

A131880  Mohd Syafiq B. Bakar
APA ITU EMOSI…….???
Assalamualaikum W.B.T…..
Terdetik hati ini untuk berbicara mengenai isu "Apa Itu Emosi", setelah diberi pendedahan oleh Encik Ahmad Zamri Mansor yang telah memberi kuliah  mengenai isu emosi dalam kuliah ZT2253 Pengurusan Emosi pada tanggal 27 Julai yang lalu.Sebelum berceloteh lebih panjang,ingin saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu,bertepatan dengan peribahasa "jika tidak kenal,maka tak cinta" kerana ini merupakan saat pertama kalinya kalian membaca nukilan atau coretan daripada saya.Nama diberi Mohd Syafiq B. Bakar,pelajar perubatan tahun 2 di kampus KL UKM dan berasal dari Alor Setar,Kedah.Di dalam kuliah ZT yang kedua iaitu pada 27 julai lalu,merupakan kali pertama saya mendengar dan tahu tentang apa yang ditakrifkan sebagai emosi.
Emosi telah ditakrifkan dengan pelbagai definisi oleh individu yang berbeza kerana mereka mempunyai pendapat dan pandangan dari sudut yang berbeza.Disini,saya akan mencoretkan mengenai pandangan dan kefahaman saya sendiri terhadap perkataan"emosi" ini.Bagi saya,emosi merupakan salah satu cara manusia menzahirkan perasaan mereka.Ini bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Kokoszka(1993), bahawa emosi primer merupakan sifat semulajadi manusia dan adalah sesuatu yang dialami oleh semua manusia di seluruh dunia merentasi pelbagai budaya.Emosi berkait rapat dengan minda manusia dan acapkali merupakan permainan minda seseorang.Terdapat empat elemen dalam struktur emosi,iaitu afektif(perasaan),kognitif(pembelajaran/memori), fisiologi,dan tingkahlaku.
Melalui kuliah ZT yang kedua,iaitu pada 27 julai yang lalu,barulah saya sedar bahawa terdapat beberapa teori yang membicarakan berkaitan struktur dan ekspresi emosi iaitu primary emotion theory(teori emosi primari)  dan learning theory(teori pembelajaran).Pada kuliah yang lalu kami lebih memfokuskan terhadap teori emosi primari disebabkan kekangan waktu.Teori emosi primari dapat dipecahkan kepada beberapa teori iaitu Plutchik's Primary emotion theory, Tomkin's Facial Feedback Theory dan  Izard's innate facial expression.Dalam teori Plutchik menyatakan gambaran emosi dapat digambarkan dalam tiga bahasa iaitu 1)bahasa subjektif,2)bahasa tingkahlaku,3)bahasa fungsian.
    1)Bahasa subjektif
àBahasa subjektif merupakan bahasa yang biasa bagi emosi,misalnya seperti marah,sedih,gembira dan sebagainya.
2)Bahasa tingkahlaku
àBahasa tingkahlaku merupakan sesuatu yang berkaitan tindakan terhadap emosi yang telah dirangsang.Sebagai contoh apabila kita marah,kita akan menunjukan muka yang bengis dan sehingga tahap menumbuk sesuatu,tetapi jika dalam keadaan gembira,kita akan menunjukkan senyuman yang manis dan bertepuk tangan.
3)Bahasa fungsian
à Bahasa fungsian merujuk kepada bagaimana caranya emosi itu memainkan peranan terhadap individu dan fungsi emosi tersebut kepada individu itu.Sebagai contoh,apabila seseorang itu berani,dia akan mendapat keyakinan disebabkan oleh keberaniannya itu.
Teori berikutnya iaitu Tomkin's Facial Feedback Theory memfokuskan terhadap reaksi otot muka terhadap emosi kelakar atau gembira.Menurut Tomkin,emosi merupakan reaksi muka yang primary(emotion is primary facial behaviour).Dalam teori ni,Tomkin mempersoalkan mengenai adakah senyuman itu yang menghasilkan perasaan gembira atau perasaan gembira itu yang menghasilkan senyuman.Pada pendapat saya kedua-duanya adalah betul tetapi bergantung kepda keadaan.Senyuman itu merupakan salah satu cara atau tindakan kita untuk mendatangkan mood atau emosi yang gembira,tetapi sejauh mana perasaan gembira itu bergantung pada individu masing-masing.Manakala,apabila kita dilanda perasaan gembira,tanpa kita sedari,akan mengukir senyuman tanpa kawalan minda sendiri.Ini adalah kerana ia merupakan satu tindakan susulan dari emosi yang tercetus seperti apa yang perkatakan oleh teori Plutchik,senyuman itu merupakan salah satu bahasa tingkahlaku.Tetapi terdapat kelemahan pada teori ini,iaitu tidak semua yang diekspresikan oleh muka kita pada sesuatu masa itu adalah tulen,contohnya seseorang itu mampu mengukir senyuman walaupun dalam keadaan sedih.
Teori terakhir yang ingin saya bincangkan disini ialah Izard's Innate facial expression menyatakan bahawa mekanisma neurologi untuk ekspresi muka dan perspeksi ekspresi adalah bersifat semulajadi.Teori ini hampir sama dengan teori Tomkin Cuma terdapat sedikit perbezaan dari aspek yang lain.
Saya ingin mengupas tentang kenapa pentingnya emosi terhadap kehidupan manusia.Menurut Goleman's(1995)-Emotional Intelligence,terdapat 7 kepentingan emosi iaitu kelansungan hidup,membuat keputusan,membuat jangkaan(meramal tingkahlaku),menentukan batasan,komunikasi,kegembiraan dan penyatuan.
1)Kelansungan hidup
àApabila keperluan sebagai manusia biasa tidak dipenuhi,emosi akan memberi isyarat terhadap keaadaan tersebut.Sebagai contoh,apabila seseorang itu kesunyian(keperluan untuk berhubung dengan yang lain tak dipenuhi),emosinya akan memberi isyarat sedih dan sebagainya.
2)Membuat keputusan
àEmosi dapat membantu kita dalam membuat sesuatu keputusan kerana ia dapat menjadi sumber maklumat yang berharga.Terdapat kajian yang menyatakan apabila system hubungan emosi dalam otak kita terjejas,kita tidak mampu membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah.
3)Membuat jangkaan(meramal tingkahlaku)
àMelalui emosi,seseorang itu dapat membuat ramalan terhadap tingkahlaku sendiri atau tingkahlaku orang lain seperti contohnya jika seseorang itu dalam emosi gembira,kemungkinan tingkahlakunya adalah:ketawa,senyum,tepuk tangan,menyanyi,bersiul dan sebagainya lagi.
4)Menentukan batasan
àJika kita rasa tidak selesa terhadap perlakuan seseorang seperti jika melihat rakan sendiri melakukan perbuatan tidak bermoral,emosi akan memberi kita isyarat.Tindakan ini dapat menetapkan batasan untuk menjaga kesejahteraan,kesihatan fizikal dan mental.
5)komunikasi
àEmosi memainkan peranan yang penting dalam membantu kita untuk berkomunikasi dengan orang lain.Sebagai contoh,ekspresi wajah seseorang dapat menyampaikan maklumat kepada orang lain tentang apa perasaan seseorang itu,misalnya marah,sedih,tersinggung dan lain-lain.Jadi,apabila kita mampu membaca gerak tubuh(body language) dan ekspresi wajah seseorang,kita dapat membantu,memahami dan menunjukkan empati kepadanya.Ini bertepatan seperti pendapat Darwin yang ditulis dalam bukunya yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals",iaitu ' ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain)'katanya.
6)Kegembiraan
àEmosi dapat membolehkan kita menghayati dan menikmati perasaan gembira.Sebagai contoh,apabila kita mendapat pujian dari orang ramai,kita akan rasa gembira yang meliputi rasa puas,selesa dan nikmat yang datang apabila keperluan emosi dipenuhi.Tambahan lagi,emosi dan perasaan berupaya memberitahu masih ada sesuatu yang kurang dan diperlukan untuk mencapai perasaan gembira.
7)Penyatuan
àKuasa sebenar emosi itu adalah diluar jangkaan manusia,misalnya emosi mampu menjadi punca potensi utama yang dapt menyatukan seluruh umat manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa,agama,pegangan politik,budaya,warna kulit,bahasa,ideology,iklim  dan lain-lain lagi.Ini adalah kerana emosi itu sendiri yang bersifat universal iaitu sesuatu  yang merangkumi belas kasihan,empati,kerjasama,kemaafan,tolenrasi  dan sebagainya.Malangnya emosi juga dapat memecahkan umat manusia.
Oleh yang demikian kita haruslah menghargai emosi yang dapat kita rasai dan pentingnya untuk kita mengurus emosi ini dengan cara yang betul kerana jika kita tidak mampu mengurus emosi dengan cara yang betul,ia dapat memudaratkan kita.Sebagai contoh,apabila seseorang tidak mampu mengawal perasaan marahnya,dia mungkin akan bertindak terburu-buru tanpa berfikir panjang sekaligus boleh menyinggung hati orang lain.Jadi,dalam usaha mengurus emosi dengan bijak,seseorang itu harus terlebih dahulu mengenalpasti emosinya,iaitu samaada emosi itu negatif atau positif dan lain-lain lagi.Langkah seterusnya ialah perlu mengenalpasti punca emosi itu terganggu.Terdapat beberapa punca emosi itu boleh terganggu seperti berpunca daripada diri sendiri(contohnya disebabkan kesihatan),persekitaran(persekitaran yang terlalu panas,sejuk,bising dan sebagainya),pekerjaan(bebanan kerja,gaji rendah,bos yang garang dan lain-lain lagi),orang sekeliling(suasana bising disebabkan bunyi gelak tawa rakan yang kuat,sindir menyindir,kerja berkira dan sebagainya lagi) dan daripada peristiwa yang diaalami(pergaduhan suami-isteri,kesesakan lalu-lintas,bas lambat dan lain-lain lagi).Setelah punca emosi itu terganggu dikenalpasti,kita perlulah mengambil langkah yang bijak untuk menyelesaikan atau meguruskan punca-punca tersebut sebaik-baiknya.
Akhir kalam,saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang sudi meminjamkan mata dan mengorbankan ribuan saat masa anda untuk membaca coretan saya ini.Jika terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan,saya berbesar hati menerima teguran kalian semua……..sekian,wasalam……

No comments:

Post a Comment