Saturday 30 July 2011

A131874 Chow Yong Sheng LJ01 EMOSI

A131874         Chow Yong Sheng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Hari ini merupakan hari kedua saya menghadiri kuliah untuk ZT2253 dan inilah jurnal pertama yang saya tulis bagi kursus pengurusan emosi. . Pada kuliah hari itu, Dr. Zambri memberi taklimat-taklimat tentang cara mendapat markah tandatangan dan selepas itu barulah bermula kuliah dengan tajuk "Pengenalan Emosi" dan "Struktur Asas Emosi". Sebelum kuliah ini, pendapat saya tentang emosi ialah perasaan muka yang dapat dilihat pada seseorang dan emosi ini boleh memberitahu orang lain pemikiran seseorang. Namun, selepas kuliah hari ini, saya baru mengetahui bahawa pengetahuan saya tentang emosi sangat terhad.

Sebelum kuliah itu bermula, Dr. Zamri telah menayangkan sebuah video yang juga berkaitan dengan emosi. Video tersebut diambil dari Talented Korean. Kami telah mengetahui bahawa kuliah ini mempunyai kaitan dengan Pengurusan Emosi dan sudah pasti segala apa yang diterangkan dalam kuliah ini sudah semestinya berkaitan dengan emosi dan termasuklah video ini.

Selepas tayangan video itu, Dr. Zamri telah pun bermula kuliah hari tersebut. Dalam kuliah tersebut, saya telah memperoleh pengetahuan bahawa emosi adalah sesuatu yang berbeza daripada perasaan. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi ialah interaksi kompleks berkaitan dengan subjek dan faktor yang dikawal oleh sistem hormon saraf. Saya baru mengeri definisi sebenar emosi. Emosi mempunyai empat komponen iaitu:

·         Perasaan

·         Proses kognitif

·         Perubahan fisiologi

·         Tingkah laku berkaitan

Sebelum kuliah ini, saya tidak perasan bahawa keempat-empat komponen itu terlibat dalam segala tingkah laku saya selama ini.

 Selain itu, menurut Baron dan Logan, 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Ini telah menerangkan bahawa emosi manusia akan mengubah dengan perubahan motivasi seseorang itu. Manakala, menurut Lang et al, 1992, Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Contohnya, motif pencurian, seseorang itu mencuri kewangan disebabkan emosi ketamakan. Namun, bukan semua keadaan emosi menjadi pendorong.

Sebelum kuliah tersebut, saya tidak pernah tahu bahawa emosi sebenarnya dapat diukur. Sebelum ini, saya menganggap bahawa emosi merupakan sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diukur dengan pelbagai alat pengukur. Namum, saya terperanjat apabila Dr. Zamri menyatakan bahawa emosi dapat diukur dengan cara yang tersendiri. Rupa-rupanya, emosi dapat diukur dengan pemerhatian secara langsung dan laporan sendiri.

Dalam struktur dan ekspresi emosi, terdapat beberapa teori berkait dengan emosi, iaitu Darwin's basic teori, Plutchik's teori, Tomkin's teori dan Izard's teori. Dalam Teori Asas Emosi daripada Darwin, yang mana ianya membincangkan tentang emosi adalah ciri-ciri dalaman  yang terdapat dalam diri manusia. Ianya saling berkait antara emosi dengan ekspresi wajah. Seperti yang kita tahu permpuan lebih mudah menonjolkan ekspresi emosi mereka melalui wajah mereka berbanding lelaki.

 Saya telah mengetahui bahawa emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu, bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian dalam teori Plutchik. Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi. bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Manakala, bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang dan juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Teori ini menyatakan tingkah laku kita boleh mempengaruhi emosi kita dan bukannya emosi yang mendorong kita melakukan sesuatu tingkah laku. Contohnya, sesorang yang sedih akan melakukan tindakan seperti menguncikan diri sendiri dalam satu bilik yang sunyi atau menangis di tempat yang tiada orang lain.

Selain itu, teori Plutchik telah menyatakan 8 emosi asas iaitu:

·         Marah - ANGER

·         Takut- FEAR

·         Terperanjat - SURPRISE

·         Meluat- DISGUST

·         Terima – ACCEPTANCE

·         Gembira - JOY

·         Rasa Ingin Tahu - CURIOSITY

·         Sedih – SADNESS

 

Dalam 8 emosi asas ini, emosi-emosi tersebut boleh dilihat sebagai empat pasangan yang berkutub bertentangan. Emosi juga dapat dibezakan kepada 3 dimensi penting iaitu: darjah kekuatan emosi (intensity)hubungan atau perkaitan (similarity), dan kekutuban atau berlawanan (polarity).

Di samping itu, teori Tomkin juga merupakan salah satu teori tentang emosi. dalam teori Tomkin, terdapat satu soalan yang sentiasa digunakan iaitu 'What causes what?' yang bermaksud apakah yang menyebabkan sesuatu. Ini telah menyatakan bahawa sesuatu peristiwa berlaku adalah disebabkan oleh sesuatu. Terdapat 2 kajian telah dibuat untuk menyokong teori tersebut, iaitu Ursula Hess & colleagues dan Robert Zajonc & colleagues.

 

Teori Tomkin telah menerangkan dengan lebih mendalam tentang reaksi muka yang mempamerkan emosi sebagai reaksi kepada perkara-perkara tertentu. Sebagai contoh, kami akan ketawa apabila mendengar sesuatu jenaka atau kami akan bersenyum apabila kami berasa gembira. Namun, terdapat juga beberapa kritikan tentang teori Tomkin telah dinyatakan. Kritikan itu termasuk ungkapan seseorang pada masa itu bukanlah petunjuk tulen untuk emosi. Ekspresi wajah adalah alat komunikasi yang mempunyai hanya sedikit berkaitan dengan perasaan emosi dalaman. Contohnya, seseorang itu bersenyum bukanlah bermaksud orang tersebut memang berasa gembira. Orang itu mungkin tidak mahu orang lain mengetahui bahawa perasaan dalamannya atau tidak berharap orang lain sedih barulah dia bersenyum untuk menyembunyikan perasaannya.

Selain itu, saya juga mengetahui bahawa teori ekspresi wajah semula jadi daripada Izard. Dalam teori tersebut, Emosi adalah sesuatu yang semula jadi danmempunyai kesan kecil kepada pengalaman emosi. terdapat 2 bukti telah dinyakakan dalam teori tersebut iaitu:

·         Newborn's 'born to smile' studies (kajian yang baru lahir 'dilahirkan tersenyum')

·         Cross-cultural studies (kajian silang antara budaya)

Kajian yang pertama Tidak disokong oleh kesusasteraan kerana bayi yang bersenyum bukanlah bermaksud bayi itu berasa gembira. Bagi teori Izard, Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi dan computerized analysis of facial photos (Pilowsky & Katsikitis, 1994) digunakan dalam kajian-kajian (Ekman, 1971  di Borneo & New Guinea). Scherer & Wallbott (1994) telah meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Bagi yang berbeza adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.


Saya bersetuju bahawa kerana bayi yang dilahirkan tidak mungkin boleh memahami apa yang dilakukan oleh oranag dewasa tetapi masih boleh ketawa apabila dia gembira dan menangis apabila dia lapar. Inilah disebabkan bahawa setiap orang telah mempunyai kemahiran yang tertentu dengan semula jadi.


Sebagai kesimpulannya, saya telah banyak belajar tentang emosi dan teori-teori emosi yang penting seperti teori Tomkin, Izard dan Plutchik selepas kuliah ini. Kursus pengurusan emosi akan membawa banyak manfaat kepada kita. Kita semua orang perlulah mengetahui, mengawal dan mengurus emosi dengan baik bagi setiap hari. Dengan pengurusan emosi yang baik, kita boleh mengelakkan diri daripada masalah-masalah yang timbul daripada implikasi kekurangan mengurus emosi. Sekian, terima kasih. 

No comments:

Post a Comment