Saturday 30 July 2011

A131855 KOAY MEI JUN JL01




From: meijune91@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com; tugasan2253@gmail.com
Subject:
Date: Sat, 30 Jul 2011 02:49:39 +0800

Salam sejahtera. Ini merupakan jurnal pertama saya dalam kursus ZT2253 selepas menghadiri kelas pengurusan emosi pada 27 Julai 2011. Dua tajuk mengenai dengan emosi telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Zamri Mansor yang bertajuk "Pengenalan" dan " Struktur dan Ekspresi Emosi".

Melalui pengenalan kepada emosi, saya didedahkan kepada definisi emosi, iaitu menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), Emotion is a complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems, which can give rise to affective experiences, generate cognitive processes, activate widespread physiological adjustments to the arousing conditions and  lead to behavior that is often, but not always, expressive, goal directed, and adaptive yang membawa maksud emosi, sebenarnya merupakan satu set interaksi yang kompleks yang merangkumi faktor-faktor subjektif dan objektif, di mana faktor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan realiti dan faktor objektif merupakan faktor atau keadaan yang mempengaruhi sesuatu. Emosi dikawal oleh sistem saraf hormon, yang boleh menimbulkan pengalaman efektif, menjana proses kognitif, mengaktifkan penyesuaian fisiologi dan mengubahsuaikan tingkah laku seseorang. Untuk lebih memahami definisi emosi, saya telah mencari definisinya dari kamus Dewan Bahasa dan Pustaka dan mendapati emosi merupakan satu perasan jiwa yang kuat seperti sedih, marah. Selain itu, emosi juga boleh didefinisikan sebagai keadaan perasan atau fikiran yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang.


Dalam kelas pengurusan emosi ini, Dr. Ahmad Zamri Mansor memulakan kelas dengan menayangkan satu tayangan video yang memaparkan seorang lelaki Korean yang berbakat dalam menyanyi menyertai satu pertandingan menyanyi di korea yang bertajuk Korea's Got Talent. Apakah keistimewaan lelaki ini sehingga klip video mengenai penyertaan dia dipaparkan di youtube dan apa kaitan klip video ini dengan kelas pengurusan emosi?


Dalam klip video itu, seorang peserta lelaki yang bernama Choi, Sung-bong. Dia dilahirkan dengan suara yang merdu dan menakjubkan, namun rintangan yang dihadapi olehnya dalam kehidupan telah menjadi penghalang kepadanya untuk menggunakan keistimewaannya yang dianugerahi oleh Tuhan dengan baik. Sejak kecil, Sung-bong dibuang oleh ibu bapanya di rumah anak yatim dan dia lari dari rumah anak yatim tersebut setelah dipukul oleh orang di sana pada umur 5 tahun. Sejak itu, dia menjadi orang gelandangan dan menyara diri dengan menjual gula-gula getah dan minuman di jalanraya. Dia diinspirasikan oleh seorang ahli vocal di kelab dan berazam untuk menjadi seorang ahli vocal. Walaupun dia dikurniakan suara yang menakjubkan, namun disebabkan oleh kekurangan wang, dia tidak boleh meneruskan impian dengan mengambil kursus vocal. Namun begitu, ini tidak menyebabkannya berputus asa. Sebaliknya, dia mempelajari dan melatih nyanyian dengan diri sendiri dan berdirinya dia di atas pentas dengan suara yang amat merdu dan menakjubkan penonton mahupun para pengadil.


Apabila Sung-bong memulakan nyanyiannya, suaranya yang merdu ( cognition ) menakjubkan mahupun mengejutkan ( feeling state ) para hadiran yang menyebabkan para hadiran mengalirkan air mata ( overt behavior ) dan seterusnya memberikan tepukan yang gemuruh ( effect ) selepas persembahkannya tamat. Keempat-empat komponen emosi ini adalah disebabkan oleh perasaan terharu dan juga kagum kepada Sung-bong yang berasal dari keadaan hidup yang begitu teruk namun boleh memperjuang untuk hidupnya dan merealisasikan impiannya dengan usaha dan juga kurniaan daripada Tuhan. Ternyata sekali, emosi para hadirin dapat diukur melalui responsi mereka selepas mendengar nyanyian Sung-bong dan juga responsi daripada para pengadil yang mengalirkan air mata. Malah, salah seorang pengadil sanggup menbiayai Sung-bong untuk menyertai kursus vokal.


Melalui kelas ini juga, saya dapat tahu struktur dan ekspresi emosi, yang menurut Darwin's Basic Theory of Emotion, emosi terdiri dari emosi asas iaitu primary emotion. Emosi asas ini merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. ( Kokoszka, 1993 ). Darwin's Basic Theory of Emotion menyatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang. Dengan mengambil klip video tersebut sebagai contoh, ekspresi wajah para penonton dengan mengalir air mata apabila mendengar nyanyian Sung-bong menunjukkan dengan jelas sekali bahawa mereka amat terharu dengan pengalaman dan juga nyanyian Sung-bong.


Selain itu, saya juga mengetahui beberapa teori yang menyumbang kepada struktur dan ekspresi emosi. Plutchik's Primary Emotion Theory yang merupakan salah satu teori bagi struktur dan ekspresi emosi merangkumi bahasa subjektif ( subjective language ), bahasa tingkahlaku ( behavioral language ) dan bahasa fungsian ( functional language ). Dalam klip video itu, para hadiran berasa sedih ( bahasa subjektif ) selepas mendengar kisah Sung-bong dan seterusnya mengalir air mata ( bahasa tingkahlaku ). Ini menunjukan bahawa mereka berasa terharu dan bersimpati ( bahasa fungsian ) kepada Sung-bong yang berbakat namun menpunyai kisah hidup yang sedemikian. Berdasarkan Plutchik's Primary Emotion Theory, emosi boleh dibahagikan kepada tiga dimensi, iaitu intensiti ( intensity ), persamaan ( similarity ) dan juga kekutuban ( polarity ), di mana intensiti membawa maksud darjah kekuatan emosi, persamaan merujuk kepada hubungan atau perkaitan dan kekutuban merujuk kepada perlawanan antara dua perkataan. Terdapat juga model alternatif bagi dimensi emosi yang diperkenalkan oleh Donald Fromme and Clayton O'Brien yang menyatakan bahawa  dimensi emosi dibahagikan kepada empat jenis iaitu dominance, approach, pleasure dan parasympathetic arousal.


Di samping itu, salah satu lagi teori bagi struktur dan ekspresi emosi ialah Tomkin's Facial Feedback Theory di mana ini meliputi apa yang mempengaruhi apa yang contohnya ialah sama ada gembira yang menyebabkan seseorang senyum ataupun senyum yang menyebabkan seseorang gembira. Untuk lebih memahami Tomkin's Facial Feedback Theory, saya melayari internet untuk mencari maklumat yang selanjutnya dan mendapati Silvan S. Tomkins mengubahsuai James' theory dengan  meletakkan fokus utamanya pada aksi muka dalam pengeluaran dan pembezaan perasaan diskret emosi. Idea Tomkins telah dijadikan sebagai teori asas yang kemudiannya dikenali sebagai "facial feedback hypothesis". Tomkin's Facial Feedback Theory ini disokong oleh kajian Ursula Hess & colleagues dan juga Robert Zajonc & colleagues. Namun begitu, Facial Feedback Theory mendapat bantahan yang menyatakan aksi muka tidak semestinya melambangkan emosi seseorang. Izard's Innate facial expression pula menjalankan ujian atas bayi yang mahir ketawa dan juga kajian emosi yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Dan melalui penerangan doktor dalam kelas, saya mendapati bahawa kajian Izard's Innate facial expression turut dibantah dengan alasan yang sama iaitu bayi ketawa tidak semestinya gembira.


Saya juga dapat mempelajari tentang aspek learning theory di mana teori ini dibahagi kepada dua jenis iaitu biological view of experience dan learning theory view of experience. Dalam biological view of experience, seseorang itu dilahirkan dengan emosi tertentu, seperti takut kepada hantu walaupun seseorang itu tidak pernah bertemu dengan hantu. Manakala learning theory view of experience pula menyatakan bahawa seseorang itu mempunyai fobia terhadap sesuatu selepas mengalaminya. Sebagai contoh, seseorang itu takut kepada hantu selepas tersempak hantu pada lewat malam di mana sebelum ini dia langsung tidak takut pada hantu.


Secara kesimpulannya, selepas menghadiri kelas pengurusan emosi, saya dapat mendalami pengetahuan saya mengenai emosi. Saya juga mendapat idea yang lebih jelas melalui penyerapan video klip dalam pengajaran doktor yang dapat membantu saya lebih memahami tentang pengurusan emosi.

No comments:

Post a Comment