Saturday 30 July 2011

A131822 CHAN POOI JING LJ01 EMOSI

Pada hari 27-7-2011( Hari Rabu), saya telah menghadiri Kuliah EMOSI yang mengenai pengenalan, struktur dan ekspresi emosi yang dikendalikan oleh Dr. Zamri. Dengan kuliah tersebut dapatlah saya memahami emosi dengan lebih lanjut. Konsep emosi bukannya semudah saya fikirkan dulu.
Salah satu pengajaran yang telah belajar ialah maksud dan jenis emosi yang sedia ada. Sebagai mana yang saya fahami emosi merupakan perasaan yang sungguh kuat dan terdapat pelbagai jenis, Sebagai contoh, kasih sayang dengan benci, takut dengan marah, gembira dengan sedih, cemburu terkejut dan lain-lain. Tetapi emosi yang asas dikatakan sebagai "primary emotion". Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari.  Dalam pembelajaran ini, saya menyedari bahawa saya selalu dipengaruhi oleh emosi baik mahupun emosi yang negatif. Saya boleh senang gembira senang sedih juga.
Saya pun telah pelajari bahawa emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza, iaitu, bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku, dan bahasa fungsian. Ketiga-tiga bahasa ini berkaitan antara satu sama lain. Sebagai contoh,yang saya fahami daripada teori tersebut ialah  apabila seorang kawan lelaki saya nampak kawan perempuan yang dia minat, dia rase malu (bahasa subjektif) dan mukanya sudah merak (bahasa tingkahlaku). Hal ini dapat diterangkan dengan sains, iaitu apabila dia bertemu perempuan itu, hatinya mula bertebar lagi cepat dan seterusnya "vosodilate" termasuk darah saluran yang dekat dengan muka. Justeru mukanya pun merah sebab malu (bahasa fungsian).
Malahan, saya juga amat bersetuju satu ayat yang terdapat dalam kuliah tersebut, iaitu "smiling is not necessary the person is really happy".  Saya amat bersetuju dengan pensyarah bahawa kadang-kala kita senyum apabila bertemu denhan orang-orang lain sebagai cara menegur orang. Saya selalu membuat macam itu. Senyum apabila bertemu dengan orang lain, ataupun apabila saya bertutur dengan kawan. Walaupun sebagaimana sedihnya dalam hati saya, saya mencuba sedaya upaya senyum. Hal ini disebabkan saya percaya bahawa senyuman yang saya buatkan dapat menghasilkan 'endorphin' dalam badan kita dan seterusnya lama-kelamaanya dapat mengurangkan kesediahan kita. Saya pernah membaca satu article berulas macam itu pada masa dulu.  Saya juga dapat memerhatikan bahawa terdapat kawan saya yang selalu muka macam gembira, tetapi sebenarnya dia hanya nak menyembunyikan kesediahannya sebab dia tidak mahu kami gelisah tentangnya.
Dalam kuliah tersebut, adanya salah satu berkaitan dengan Izard's Innate facial expression. "Facial expression is an important part of communication, has little to do with internal, emotional feelings." Tetapi saya juga setuju dengan "studying" tersebut.  Sebenarnya saya pernah berpengalaman berkaitan dengan perkara tersebut. Dengan air muka, saya dapat berasa apa perasaaan yang kawan saya ada. Sebagai contohnya, apabila kawan A sedih, mukanya tiada senyuman, tidak bermaya, senyap, tidak cakap banyak dan mudah marah. Apabila dia berasa gembira, mukanya dapat saya camkan. Mukanya berpenuh dengan senyuman yang betul-betul manis, bertutur banyak dengan saya dan matanya macam bersinar. Dia besrsenyum sampainya boleh tertawa di depan muka saya.
Dalam kulaih tersebut, terdapat satu penyataaan: "Activators are situations that cause an emotion to be expressed". Sebagaimana yang saya fahami, fear merupakan "symphathetic stimulation" yang mengyebabkan seseorang itu adanya perlakuan yang menampilkannya dia memang takut. Apabila dia takut dia akan cuba melarikan diri, berpeluh, air liur jidi pekat, otot-otot menegang, pencernaan tergannggu dan sebagainya. Hal ini dapat membuktikan bahawa emosi boleh diterangkan dengan faktor biologi. Kawan B saya amat takut dengan lipas. Apabila dia ternampak adanya lipas, dia beperangai yang berbeza dengan masa biasa. Dia berjerit, cuba keluar daripada bilik hingga tidak sengajanya mengunci saya dalam bilik dan panggil saya membunuh lipas itu dengan cepat. Pada masa itu, saya memang terkejut kenapa dia mengunci saya dalam bilik tetapi dia sudah dari keluar dari bilik. Isu ini membuktikan dia memang phobia dengan apa apa jua lipas. Apabila dia menceritakan pengalamaan lamanya, saya baru faham kenapa dia sangat takut dengan lipas yang sebegini. Pada masa kecil, dia pada masa itu tengah tidur, apabila dia merasa sesuatu yang di atas muka membuatkan dia mersa geli, dia bangun dan nampal rupa rupanya adalah lipas. Selepas isu tersebut, dia bermula rasa takut dengan lipas tersebut. Adanya juga kawan saya yang amat takut apabila kawan kawan lain sedang bercerita dengan kisah kisah hantu. Dia takut sehingga mencuba dapatkan selimutnya dan menutup telinganya dengan seketat yang mungkin. Kesian dengannya, kami pun tidak bercerita lagi apabila dia bersama dengan kita. Dia beritahu kita bahawa dia pernah nampak sesuatu yang macam hantu. Itu yang menggelikan hatinya. Dia dulu suka menonton movie kisah hantu tetapi selepas dia berdepan dengan pengalaman itu, dia tidak menonton video sebegini lagi. Jadi, pada pendapat saya, setiap orang takut dengan "activator" yang berbeza. Takut sebab mengamcam nyawa atau rasa adanya bahaya.
Izard dan Hyson juga menyatakan bahawa perlakuan seorang itu kalau
malu dapat dikesan, iaitu percakapan yang sangat perlahan dan teragak-agak. Bagi kanak kanak yang kecil lazimnya ditunjukkan dengan tanda mengigit jari, menarik diri mereka dan  mereka unga cuba mengelak daripada senyum. Adik perempuan saya merupakan seorang kanak yang sering berasa malu sehingga tidak berani menutur dengan orang lain terutamanya orang dewasa. Apabila saya cuba menyeruhnya membeli barang di kedai runcit, dia pun rasa malu tidak mahu pergi. Apabila dia rasa malu, dia selalu mengigit jarinya. Adik saya selalu memalingkan mukanya ketika bercakap Tetapi saya rasa sekarang adik tidak sebegitu malu macam masa dulu.
 
            Saya juga amat bersetuju dengan kesedihan sering diiringi dengan air mata. Bagi lelaki, air mata merupakan berlian dalam pandangan perempuna sebab mereka jarang menangis. Tatapi dalam pandangan lelaki pula, perempuan yang selalu menangis apabila sedih merupakan air mata yang serupa dengan air paip. Kesedihaan boleh disebabkan oleh sesuatu maklamat tidak dapat dicapai ataupun kemahuaan yang terlampau, apabila tidak dapat rasanya sedih. Stress juga merupa punca kesedihan seseorang. Kesedihan dalam masalah keluarga cinta, pembelajaran, kerja dan sebagainya. Saya pernah membaca sebuah buka tentang hal ini. Menangis merupakan expresi untuk kesedihan yang mendalam. Semua orang mesti pernah menangis dalam kehidupannya, termasuklah juga saya. Saya pernah menangis sebab masalah keluarga mahupun sebab kawan. Apabila kawan D saya dengan kekasihnya berpisah, dia seidh untuk masa yang lama. Dia selalu menangis dalam bilik. Tetapi akhirnya apabila dia melepaskan hubunngan tersebut sepenuhbya barulah dia berasa lega dan tidak sedih lagi. Hal ini membuktikan pada masa itu, dia sedih kerana hatinya tidak mahu berpisah dengan kekasihnya, tidak dapat menerima kenyataan tersebut.
 
            Sebenarnya, saya suka megaji emosi, seperti Cara melihat air muka seseorang untuk mengetahui seseorang tersebut mempunyai apa perasaaan pada masa tersebut. Saya amat meyukai membaca buku falsafah termasuklah cara menguruskan emosi (EQ) dengan baik. Saya juga ada melayari internet untuk maklumat berkaitan dengan emosi juga.
 
            Tisak boloh dinafian bahawa, emosi yang berunsur negatif dapat menpengaruhi kejayaan seseorang. Justeru itu, kepampuaan menguruskan emosi dan perasaan dengan baik adalah amat signifikasi. Sebagai contohnya,teknik menguruskan hubungan sama ada dengan kelurga, kekasih ataupun kawan, merupakan salah satu kemahiran mengurus emosi dengan orang lain.
 
 

No comments:

Post a Comment