Friday 29 July 2011

A131782 Po Jia Neng


Selamat sejahtera. Ulasan ini merupakan ulasan jurnal pembelajaran saya untuk khusus Pengurusan emosi ZZZT2253. Semasa kuliah kedua yang bertarikh 27 julai2011, doktor telah memulakan kuliah dengan memaparkan suatu filem pendek dari you-tube. Sebenarnya saya pernah menonton filem pendek itu, tetapi, perasaan hari ini tidak sama seperti saya menontonnya sebelum ini. Mungkin kerana saya pelik akan tujuan doktor memaparkan filem tersebut yang seakan-akan tidak mempunyai hubungan kait dengan khursus kita. Selepas menontonnya buat kali kedua, saya baru perasan bahawa emosi yang digambarkan dalam filem pendek itu telah menjadikan motivasi pemuda tersebut. Beliau mempunyai zaman kanak-kanak yang dikatakan 'gelap' dan beliau telah mengalami pelbagai emosi yang negatif seperti kehilangan kedua-dua ibu bapa dan dibuli semasa tinggal dalam rumah kebajikan. Walaubagaimanapun, kesemua emosi ini telah menjadikan baliau seorang yang tabah dan seterusnya berjaya dalam kehidupannya.

Sebelum kuliah hari ini, saya mempunyai konsep bahawa emosi merupakan suatu perasaan yang melibatkan perasaan marah, sedih, cinta, gembira, kecewa dan sebagainya. Saya tidak pernah terfikir bahawa emosi itu boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis dan boleh diukur. Definisi yang diutarakan oleh doktor telah menyebabkan saya faham dengan konsep dan komponent emosi yang melibatkan perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku yang berkaitan. Ia juga dapat dijadikan sebagai motivasi dan membolehkan kita mengeluarkan perasaan. Saya sedar bahawa, saya mempunyai pengalaman yang melibatkan emosi yang menjadi motivasi kepada saya. Pada mulanya, Keluarga saya tidak begitu setuju dengan keputusan saya untuk belajar perubatan semenjak saya menyatakan impian saya kepada mereka semasa saya dalam tingkatan lima. Bagi mereka, perempuan tidak begitu sesuai untuk memikul tugasan dan tanggungjawab yang begitu besar. Mereka berpendapat bahawa doktor mempunyai kehidupan yang amat stress dan tidak mempunyai masa untuk keluarga mahupun untuk mereka sendiri untuk berehat sepenuhnya. Pada mula-mulanya, saya dipengaruhi oleh pandangan keluarga saya terhadap pekerjaan sabagai seorang doktor yang sentiasa sibuk dan terpaksa menghadapi dengan pesakit dan realiti dunia. Jika saya benar-benar menjadi seorang doktor, saya akan berdepan dangan kematian dan penyakit-penyakit. Saya teragak-agak untuk menunaikan impian saya sebagai seorang doktor. Tetapi, saya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang doktor selepas ayah saya menghidap penyakit leukemia yang dikatakan 'barah darah'. Saya berasa sungguh sedih dan saya mula memberi perhatian kepada pesakit-pesakit yang saya temui di hospital semasa membawa ayah saya ke hospital untuk mendapat rawatan. Saya menghadapi emosi yang kuat semasa melihat begitu banyak orang yang sakit dan salah seorang daripada itu merupakan ayah saya sendiri dan saya ingin membantu pesakit pesakit lain serta ayah saya dan melegakan kesakitan dan keperitan mereka.

Dalam sepanjang kelas ini, saya paling bersetuju dengan teori doktor yang berkenaan dengan teori maklum balas wajah. Mengikut doktor, biasanya kita ingat bahawa kita senyum kerana gembira tetapi menurut doktor, sebenarnya kita gembira kerana kita senyum. Saya terbaca sebuah article daripada blog yang berkenaan dengan  teori maklum balas wajah.  " Menurut Tomkin(1963,1995), iaitu pengasas teori emosi yang berdasarkan kepada perspektif Darwin. Hipotesis beliau menyatakan bahawa emosi secara asasnya adalah tingkahlaku yang berkaitan dengan wajah, dan pengalaman emosi terbit daripada ekspresi wajah. Apabila  anda tersenyum,anda akan gembira ;apabila dahi anda berkerut dan lubang hidung anda kembang, anda sedang marah. Ekspresi wajah menghasilkan emosi."   (Tomkin, 1963,1995 Smith's Emotion)  Saya juga pernah terbaca satu artikel yang menyatakan semasa berkerut, kita memerlukan banyak tenaga untuk mengerutkankan otot-otot muka kita manakala semasa kita senyum, hanya dua otot yang diperlukan untuk aksi 'senyum'. Saya juga mendapati bahawa semasa kita tidak gembira ataupun dalam tekanan emosi, cara yang agak baik untuk melegakan kita sendiri adalah dengan berjeneka ataupun membuat perkara yang disukai seperti minum minuman yang manis atau mendengar lagu yang disukai. Kita akan senyum semasa membuat perkara yang kita sukai, dengan itu, kita akan berasa lebih lega dan mood kita akan menjadi lebih baik. Saya juga perasan bahawa semasa menemui kawan-kawan mahupun orang yang tidak dikenali yang berada dalam tekanan emosi,jika kita turut membuat muka yang sedih ataupun mengabaikan mereka dengan tidak bertegur sapa, mereka akan lebih emosi. Manakala, jika kita senyum kepada mereka, sebenarnya, ini akan membantu mereka dalam melepaskan emosi mereka. Mereka yang membalas senyuman kita biasanya akan berasa lebih lega.

Melalui kuliah ini, saya juga dapat mempelajari bahawa terdapat beberapa teori yang dapat dikaitkan dengan emosi seseorang. Teori yang pertama adalah teori Asas Emosi daripada Darwin.  Mengikut teori  ini, emosi seseorang dapat dikesan daripada wajahnya. Sebagai contonya, semasa seseorang itu berasa sedih, dia akan menunjukkan muka yang masam, bagi seseorang yang gembira pula, dia akan sentiasa senyum. Akan tetapi, terdapat juga kes-kes dimana seseorang itu senyum padahal sebenarnya dia sedih. Oleh itu, teori ini tidak setepat mana. Selain itu, terdapat juga teori emosi primary plutchik yang mengambarkan emosi dalam tiga jenis bahasa iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif dapat ditunjukkan pada paras rupa kita, dimana kita senyum kerana gembira, marah, sedih dan lain-lain. Bahasa tingkah laku pula dapat dianalisa dengan tindakan yang kita melakukan mengikut emosi.  Contohnya, semasa seseorang itu terlalu marah, dia akan menghempas buku di atas meja dengan kuat. Bahasa fungsian pula merupakan bahasa tersirat yang melambangkan emosi kita. Teori yang ketiga merupakan teori ekspresi wajah semula jadi daripada Izard.  Berkenaan dengan newborn study,  "kemarahan dan terkejut diekspresikan ketika usia bayi mencecah 3 atau. Malu serta takut boleh dilihat ketika bayi mencecah usia 5 atau 6 bulan.  Perasaan berpuas hati boleh dilihat dipenghujung usia  setahun , dan bersalah di peringkat awal usia 2 tahun." (izard, 1978, Smith's Emotion). Teori ini  telah menyatakan bahawa kita menunjukkan wajah mengikut emosi secara semula jadi dan bukannya dipelajari.

            Sebelum mengakhiri kuliah itu, doctor  turut mendedahkan kita dengan dua iklan pendek yang amat bermakna. Dari filem itu, saya dapat mempelajari bahawa bukan hanya dengan bercakap kita dapat melepaskan emosi kita. Kadang-kadang, dari permerhatian tingkah laku ataupun gerakan tangan, kita dapat megeluarkan emosi kita.

 Kesimpulannya, emosi merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian kita. Terdapat orang yang dapat mengawal emosi dengan baik dan sebaliknya, terdapat juga mereka yang tidak dapat mengawal emosi mereka dan seterusnya mendatangkan pelbagai masalah. Emosi bukan sahaja dapat meluahkan perasaan seseorang malah emosi dapat menlambangkan personality seseorang itu bahawa adakah seseorang itu pandai menguruskan masalah dengan baik supaya emosi yang berlebihan dapat diredakan.

No comments:

Post a Comment