Friday 29 July 2011

A131738 Wong Winn Lung LJ01

Selamat sejahtera. Pada 27 Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah kedua Pengurusan Emosi ZZZT2253 yang juga merupakan kuliah rasmi yang pertama kami hadiri bagi kursus Pengurusan Emosi ZZZT2253. Kali ini juga merupakan kali pertama saya menulis jurnal bagi kursus tersebut dan jurnal ini berkaitan dengan apa yang kami pelajari dan fahami tentang kuliah pada hari tersebut. Sebelum kuliah tersebut, saya selalunya menganggap emosi merupakan sesuatu perasaan yang kami  menunjukkan dalam apa-apa jua situasi. Kuliah pada 27 Julai 2011 yang lepas telah membantu saya untuk lebih memahami tentang pengenalan dan definisi emosi dan juga struktur dan ekspresi emosi. Selepas kuliah tersebut, saya telah memahami "emosi" dengan lebih mendalam dan saya akan cuba mengkaitkan konsep-konsep dengan aktiviti harian saya.

Selepas kuliah tersebut, saya telah memahami tentang definisi emosi iaitu definisi yang menurut Kleinginna dan Kleinginna (1981), emosi merupakan satu set kompleks yang dikaitkan dengan interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif yang dipengaruhi oleh sistem saraf dan hormone badan manusia. Emosi dapat menyebabkan pengalaman yang mempengaruhi seperti perasaan gembira, sedih dan sebagainya. Perasaan tersebut akan menjanakan proses kognitif dan menyebabkan kami untuk menyesuaikan diri dalam aspek fisiologi. Malah, emosi juga dapat memberi impak tentang sikap yang ekspresi, penyesuaian diri dan menuju matlamat yang ditetapkan.

Saya juga mempelajari bahawa emosi mempunyai empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku berkaitan. Perasaan merupakan ciri-ciri dalam manusia dan punca tindakan yang akan dilakukan oleh manusia. Gembira, sedih, marah dan sebagainya merupakan contoh perasaan. Oleh itu, tindakan kita amat bergantung kepada emosi kita dan segala keputusan  dan tindakan yang kita lakukan amat bergantung kepada emosi kita. Komponen kedua iaitu proses kognitif, ini merupakan sesuatu gambaran emosi yang bergantung kepada pemikiran dan penilaian kita terhadap sesuatu perkara. Semua orang mempunyai  proses kognitif yang berbeza dan yang akan menyebabkan kita mengambil tindakan yang berlainan walaupun menghadapi situasi yang sama. Seterusnya iaitu perubahan fisiologi, perubahan fisiologi merupakan aksi badan yang respon terhadap emosi kita dan perubahan tersebut juga menyebabkan perubahan dalam aktiviti saraf dan hormone dalam badan kita. Antara contohnya ialah seperti berpeluh semasa menunggu untuk mendapatkan keputusan peperiksaan disebabkan berasa cemas. Seterusnya ialah tingkah laku berkaitan, selepas komponen-komponen yang telah saya jelaskan di atas, kita akan mengambil tindakan yang amat bergantung kepada emosi dan apa yang kita fikirkan. Tindakan yang kita lakukan akan membawa kesan-kesan yang sama ada baik atau buruk.

Sebagai contoh, saya telah melakukan sesuatu yang telah menunjukkan semua komponen dalam emosi. Perkara tersebut berlaku semasa saya berumur 15 tahun, saya telah memecahkan barang hiasan kegemaran ibu saya pada suatu hari. Barang hiasan tersebut merupakan hadiah daripada kawan ibu saya yang tinggal di luar negara. Selepas memecahkan barang hiasan tersebut, saya berasa sangat cemas dan takut (perasaan). Selepas itu, saya memikir sama ada ingin menyembungikannya atau memberitahu ibu saya (proses kognitif). Semasa itu, saya berpeluh dan jantung saya berdebah dengan cepat disebabkan perasaan cemas dan takut (perubahan fisiologi). Selepas memikir apa yang saya sepatutnya saya buat, saya memberitahu ibu saya dan meminta maaf daripada ibu. Oleh sebabnya tindakan yang saya lakukan, kesan tindakan saya iaitu ibu saya memaafkan saya. Dalam situasi tersebut, setiap orang mempunyai perasaan yang tersendiri dan juga tindakan yang mereka ambil juga akan berbeza.

Selepas menghadiri kuliah tersebut, saya juga memahami bahawa kaitannya antara emosi dan motivasi. Seperti yang dikatakan oleh Baran dan Logan pada tahun 1993 bahawa emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Malah, Land et al pada tahun 1992 juga menyatakan bahawa emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional. Penyataan tersebut telah mendalami kefahaman saya tentang emosi dan motivasi. Sebagai contohnya,kasih sayang dapat memotivasikan seseorang untuk melibatkan diri untuk melakukan sesuatu atau berusaha untuk melakukan sesuatu. Kasih sayang daripada ibu bapa akan menyebabkan kita untuk lebih menghormati dan menyayangi mereka. Walaubagaimanapun, terdapat juga situasi dan keadaan di mana emosi tidak merupakan pendorong dan pendorong tidak berasaskan kepada emosi.

Sebelum kuliah tersebut, saya mempunyai sedikit fahaman tentang pengukuran emosi. Pengukuran tersebut boleh dibuat seperti seorang doktor perubatan atau pakar psikologi menggunakan kaedah temu bual, soal selidik dan teknik-teknik untuk merekodkan dan mengetahui status emosi pesakitnya. Sebagai contohnya, pakar-pakar psikologi akan menggunakan teknik mereka untuk mengetahui status emosi pesakitnya melalui perbualan biasa dan turutnya dapat memberikan rawatan yang sesuai. Selepas kuliah yang saya hadiri, saya telah memahami dengan lebih dalamnya tentang pengukuran emosi.

Malah, saya juga memahami struktur dan ekspresi emosi selepas kuliah tersebut. Saya telah mengetahui bahawa terdapat dua teori bagi tajuk tersebut iaitu Evolutionary/Biological Theories dan Learning Theories. Dalam Learning Theories, saya memahami bahawa pengalaman dan pembelajaran yang kita melalui akan memberikan impak yang amat besar dalam pengurusan emosi. Sebagai contohnya, seseorang itu memanjat pokok dan terjatuh dari pokok itu, pengalaman yang tersebut kemungkinan besarnya akan menyebabkan orang tersebut tidak berani untuk memanjat pokok lagi.

Dalam Biological Theories pula, terdapat beberapa teori yang berlainan, iaitu Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression.

Dalam Darwin's basic theory of emotions, emosi merupakan ciri-ciri dalaman manusia. Teori tersebut telah menghuraikan hubungan antara emosi dengan wajah. Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan kerana perasaan kita akan terus menunjukkan pada muka kita. Walaubagaimanapun, teori tersebut mungkin tidak terlalu sempurna disebabkan emosi pada muka kadang kalanya dapat disembunyikan.

Dalam Plutchik primary emotion theory pula, emosi boleh dibahagikan lagi kepada tiga komponen iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif menunjukkan perasaan yang muncul pada wajah kita sebagai asas untuk mengetahui emosi seseorang. Sebagai contohnya, kita menangis kerana berasa sedih. Bahasa tingkah laku pula merujuk kepada tindakan yang akan kita lakukan mengikut emosi kita. Sebagai contohnya, kita akan cuba untuk berseorangan sekiranya kita berasa sedih. Bahasa fungsian merupakan bahasa yang tersirat. Manakala bahasa tersirat tersebut melambangkan emosi kita.

Manakala Tomkin's facial feedback theory menjelaskan hubungan antara perbuatan dengan emosi. Emosi itu terjadi daripada perbuatan seseorang. Seperti apa yang dikemukan oleh Dr. Zamri semasa kuliah, iaitu adakah kita senyum sebab gembira atau kita gembira oleh itu kita senyum? Akhir sekali, Izard'd innate facial expression pula mengatakan bahawa seseorang itu akan memberi reaksi yang semula jadi terhadap emosi dan wajah kita akan memberi reaksi yang semula jadi mengikut emosi kita.

Kesimpulannya, emosi mempengaruhi tindakan, keputusan dan kejadian keputusan tersebut. Oleh itu, kita haruslah memahami emosi dan pengurusan emosi agar kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak mengikut emosi yang tidak baik. Selepas kuliah tersebut, saya telah mengetahui beberapa teori dan konsep tentang pengurusan emosi. Saya juga akan mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari dalam kehidupan harian saya agar saya dapat menguruskan emosi saya dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment