Friday 29 July 2011

A131728 ONG HOOI YEE LJ01

Hari ini (27 Julai 2011, Rabu) merupakan kuliah kedua ZT dalam semester ini. Tajuk kuliah yang disampaikan oleh Doktor Zamri dibahagikan kepada dua, iaitu : "Pengenalan Emosi" dan "Struktur dan Expressi Emosi". Sebagaimana yang kita ketahui, emosi merupakan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan harian kita lebih-lebih lagi kepada semua pelajar yang bakal menjadi doktor. Jadi, harap-harap kawan-kawan dapat memahami intipati kuliah hari ini dan mengaplikasikan pada masa akan datang.

Pernahkah anda tertanya-tanya apa itu emosi?

Menurut Kleiginna & Kleiginna (1981), emosi adalah sesuatu entiti yang kompleks dan merupakan interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif. Faktor subjektif bergantung kepada kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif pula adalah keadaan yang mempengaruhi keputusan seseorang. Kedua-dua faktor ini  adalah saling berkaitan.

Pada pendapat saya, emosi merupakan perasaan yang ditunjukkan oleh seseorang berdasarkan situasi seseorang itu berada atau menghadapi. Kadang-kala emosi membantu kita dalam komunikasi. Melalui emosi kita dapat mengetahui pemikiran seseorang pada masa itu. Dengan ini, kita dapat memberi respon yang sesuai supaya process komunikasi dapat dijalankan dengan lancar.Berdasarkan nota yang terpapar dalam blog, emosi merupakan sejenis perasaan dimana hadirnya bukanlah melalui paksaan secara fizikal tetapi disebabkan oleh perubahan psikologi minda seseorang akibat daripada ransangan oleh persekitaran.  Pendek kata, apabila kita dirangsang oleh sesuatu perkara, kita akan menunjukkan emosi kita secara semula jadi. Bayi yang kecil juga boleh menujukkan emosi.

Emosi boleh dibahagikan kepada empat komponen:

·         perasaan

·         proses kognitif

·         perubahan fisiologi

·         tingkahlaku

1. Perasaan

Emosi banyak bergantung pada perasaan. Jenis perasaan termasuklah : gembira, sedih, marah, takut, kecewa, bimbang, tertekan dan sebagainya

2. Proses kognitif

Proses kognitif adalah gambaran emosi berdasarkan pemikiran, pandanngan dan cara seseorang itu menilai sesuatu perkara. Ataupun dalam erti perkataan lain, naluri hati seseorang

3. Perubahan fisiologi

Perubahan fisiologi merupakan aksi badan terhadap perubahan emosi, sebagai contoh badan akan menjalani sympathetic action apabila individu itu berada dalam keadaan yang cemas dan takut. Antara contoh perubahan badan adalah degupan jantung semakin tinngi dan berpeluh.

4. Tingkahlaku berkaitan

Tingkahlaku pula adalah respond dari segi tingkahlaku yang diambil berdasarkan perasaan yang dialami.

 

Dalam bahagian kedua kuliah ini, kita telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi. Antaranya termasuk:

      1) Teori Asas Emosi daripada Darwin

Teori ini menghuraikan tentang hubungan emosi dengan wajah. Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan kerana ia merupakan sesuatu yang ditunjukan dalam permukaan, berbezanya dengan oragn-organ lain yang berada dalam badan .

2) Teori Emosi Primari Plutchik

Teori ini menghuraikan hubungan bahasa dengan emosi.Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.

§  Bahasa subjektif : Sedih, marah, gembira. Cara asas Sesuatu emosi digambarkan.

§  Bahasa Tingkah Laku : Merujuk kepada tindakan yang akan diambil ataupun yang akan berlaku susulan dari emosi yang diransang. Contohnya, seseorang akan berseorangan jika dia sedih.

§  Bahasa Fungsian : Bahasa tersirai dalam melambangkan emosi. Contohnya, perasaan sedih melambangkan sesuatu yang tidak diharapkan telag berlaku, sesuatu yang bertentangan dengan seseorang harapan.

 3) Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin

Teori ini menghuraikan hubungan perbuatan dengan emosi. Emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebu. Contohnya :  Apabila gembira :tersenyum sendiri dan melihat senyuman menjadikan kita bahagia,

4) Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard

Teori ini manyatakan ekspresi wajah semula jadi adalah sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

Secara keseluruhan, saya mempercayai kuliah ini telah membawa banyak faedah kepada semua pelajar. Pengurusan dan pengawalan emosi sangat penting dalam kehidupan harian kita. Marilah kita mengaplikasikan apa yang dipelajari supaya tidak mengecewakan pengajar kita. Sekian, terima kasih,

 

 

No comments:

Post a Comment