Saturday 30 July 2011

A131715 Phillip Goh Jit Tong

Salam sejahtera. Dengan ini saya sertakan ulasan untuk jurnal pembelajaran kursus ZT2253 Pengurusan Emosi. 
Kuliah pertama mendedahkan saya kepada tajuk Pengenalan Emosi.  Sepanjang masa ini, pemahaman saya mengenai konsep 'emosi' dan 'perasaan' amat terhad kerana pada hemat saya, kedua-duanya membawa maksud sama. Malahan, seringkali saya akan menggunakan perkataan 'emosi' untuk menggantikan 'perasaan'. Mungkin atas dasar ini yang membuatkan saya lebih tertarik untuk mengkaji secara lebih dalam tentang disiplin tersebut agar saya reti mengawal emosi saya untuk kebaikan diri kelak. Selepas kuliah pertama yang menyentuh definisi emosi secara terperinci, saya dapat menyimpul bahawa emosi mempunyai maksud yang lebih tersirat kerana emosi ditakrifkan sebagai sebuah set kompleks universal yang berkisarkan hubungan saling melengkapi antara faktor subjektif dan objektif, termasuklah peranan sistem neurohormon tubuh, jasad kita.  Dengan kata lain, ia melahirkan perasaan melalui pengalaman yang melibatkan emosi, menjana proses kognitif yang menyuntik emosi yang bersesuaian dengan keadaan, selain perubahan fisiologi dan tindakbalas luaran mengikut situasi. Contohnya untuk saya, emosi membolehkan saya mengawal kemarahan saya kerana sungguhpun ada kejadian melahirkan rasa tidak puas hati, namun atas sebab-sebab tertentu seperti kepentingan semua melebihi keperluan untuk bertelagah, saya akan mematikan niat itu. Pendek kata, emosi merangkumi sesuatu yang menyeluruh, membentuk diri saya supaya lebih matang sebelum bertindak secara melulu terhadap rangsangan, dan memikirkan akibat daripada tindakan saya. Saya belajar untuk bertolak ansur bersesuaian situasi bagi mengelakkan sebarang perselisihan untuk kebaikan semua.
Aplikasi konsep emosi juga berjaya diterapkan pada masa yang sama saya menghadiri kuliah kedua tentang Struktur dan Ekspresi Emosi ketika video tentang kisah emosional seorang lelaki Korea yang berbakat menyanyi ditayangkan. Sedang saya menghayati nyanyiannya dan mendengar kisah sedihnya, saya menitiskan air mata atas persembahan yang penuh emosi tersebut. Dia tidak dapat meneruskan pengajian di sekolah seni kerana masalah kewangan. Sambil itu, saya berasa teramat hiba sehinggakan saya terpaksa bertepuk tangan untuk usaha dan kegigihannya, dan apabila dia mara ke pusingan seterusnya, saya tersenyum lebar mengharapkan saya dapat memberinya pelukan.
Walaupun emosi ialah suatu kompleks yang mujarad, perubahan fisiologi seseorang boleh diukur dan pentafsiran prestasi jasmaniah yang memberitahu fungsi sistem badan mengukur tahap emosi.   Melalui teknik temu bual, soal selidik dan pemantauan sepanjang masa, seorang detektif boleh mengenal pasti sama ada saspek tertuduh ada melakukan jenayah ataupun sebaliknya. Dengan kadar respirasi, aktiviti elektrikal otak, dan aktiviti pergerakan otot, ia memudahkan proses mencari penjenayah.
Emosi dan motivasi ialah satu entiti dengan sendirinya dan tidak boleh dipisahkan (Baron & Logan 1993). Emosi merupakan motivasi saling berkait dengan tingkahlaku dan tindakan kita. Lang et al, 1992 membicarakan motif boleh menjadi emosional seperti perasaan stres. Stres akan menjejaskan emosi kita sama ada dengan positif, iaitu eustres ataupun secara negative destres. Dengan stres yang berkadaran dan berpatutan, ia menjadi dorongan untuk menghabiskan sesuatu tugas dan menaikkan semangat kita untuk mencapai sesuatu. Sebaliknya, sekiranya melampaui batas individu tersebut, ia berubah menjadi sesuatu yang menyebabkan seseorang itu hilang matlamat hidup dan patah harapan untuk meneruskan usahanya.
Kuliah kedua tentang Struktur dan Ekspresi Emosi membutirkan Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory, Izard's innate facial expression, dan learning theory. Setiap daripada ahli falsafah tersebut mempunyai gagasan yang tersendiri tentang struktur dan expresi emosi, namun kesemuanya mempunyai satu dasar persamaan iaitu evolusi daripada pengalaman.
Emosi terdiri dari emosi asas – primary emotion. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Teori Darwin's basic theory of emotions mengatakan bahawa ekspresi muka dan wajah seseorang melambangkan emosinya. Kelebihan teori ini ialah keseragaman emosi melalui air muka dan sifat universalnya, tetapi ia tidak dapat mendefinisikan emosi dengan betul kerana emosi terbentuk daripada gabungan beberapa unsur dan bukannya berdasarkan satu-satu primary emotion.
Teori Plutchik primary emotion theory pula menghuraikan hubungan emosi dengan bahasa yang berbeza. Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Contohnya, seorang yang sedih kerana baru berpisah dengan teman wanitanya akan menangis, menunjukkan keeratan hubungan. Bahasa subjektif terdiri daripada bahasa biasa bagi emosi  seperti sedih, marah, gembira dan merupakan perasaan wajah kita. Bahasa tingkahlaku pula ialah kesan tindakan susulan daripada emosi tadi. Sebagai contoh, seseorang yang terperanjat terjumpa hantu akan menjerit ketakutan dan ini ialah cara dia melahirkan perasaannya. Bahasa fungsian adalah bahasa yang menunjukkan kepentingan dan peranan emosi itu kepada orang tersebut seperti, seorang yang kecewa mempunyai sebab tertentu mungkin kerana sahabat karibnya tidak memilih untuk mempercayainya sebaliknya memilih untuk memutuskan pertalian persahabatan itu.
Adakah kita muram kerana kita berasa sedih atau kita berasa sedih kerana kita muram? Melalui Tomkin's facial feedback theory, emosi diluahkan menerusi ekspresi muka seseorang. Apabila seseorang itu dalam keadaan muram, dia berasa sedih. Ursula Hess dan rakan sekerjanya membuat kajian yang menyokong teori Tomkin. Dia berjaya menunjukkan korelasi emosi dan wajah, iaitu seseorang itu mengambil masa yang lebih pendek untuk menunjukkan emosi dengan adanya faktor ekspresi muka.     Walau bagaimanapun, Tomkin mempunyai kelemahan kerana seseorang boleh menyembunyikan expresi mukanya atau berpura-pura untuk menagih simpati dan tidak memberi sebarang kualifikasi pada emosi dalamannya. Sebagai contoh, seseorang yang senyum tidak bermakna dia berasa gembira, sebaliknya dia mungkin sedang menangis dalam kalbu hatinya.
Terdapat teori Izard's Innate facial expression mengatakan bahawa emosi manusia merupakan sesuatu yang semula jadi dan pengalaman emosi tidak dapat dipelajari. Contohnya, seseorang itu akan dengan naturalnya mengetahui perasaan malu dan takut pada umur 5 atau 6 bulan, dan girang pada 1 tahun, dan rasa bersalah pada usia 2 tahun. Tetapi, emosi dizahirkan oleh seseorang menjadi unik kepada individu itu melalui pembelajaran dan pengalaman. Contohnya, dalam sesuatu masyarakat,  bersedih untuk suatu tempoh yang lama tidak digalakkan dan untuk sebab itu, aspek budaya boleh membentuk cara emosi dikawal dan dialami dan bukannya pada kezahiran emosi semata-mata.
Izharnya, emosi ialah sesuatu yang sebenar-benarnya kompleks. Struktur dan ekspresi emosi seseorang mempunyai penakrifan yang berbeza dan sentiasa berubah mengikut zaman, tetapi yang pentingnya ialah kita tahu mengawalnya dan menyesuaikannya mengikut apa yang dipelajari daripada pengalaman lepas kita. 
                                                                                                                  
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment