Saturday 30 July 2011

A131707 LOW PUI CHING, PATRICIA LJO1 DUNIA EMOSI

A131707 LOW PUI CHING, PATRICIA LJO1 DUNIA EMOSI


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua.


Dalam jurnal pertama saya bagi kursus Pengurusan Emosi, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tiga perkara. Pertama sekali adalah tentang pemahaman saya dan interpretasi saya mengenai kuliah yang telah disampaikan oleh Dr. Zamri pada 27 Julai 2011. Kedua, saya akan berkongsi tentang pengetahuan saya tentang emosi sebelum menghadiri kuliah ini. Akhir sekali, saya akan membuat kesimpulan dan cuba menghubungkaitkan kepentingan pengetahuan emosi dengan kehidupan kami semua.


Pemahaman dan interpretasi saya mengenai kuliah Dr. Zamri.


Dr. Zamri telah memberitahu kami semua tentang maksud emosi. Emosi boleh dikaitkan sebagai interaksi antara faktor dan objektif serta kemunculan sesuatu pengalaman perasaan. Beliau mengatakan bahawa emosi merangkumi beberapa perkara iaitu afektif, proses-proses kognitif, perubahan fisiologikal dan tingkah laku.


Daripada pemahaman saya, emosi dan perasaan merupakan dua perkara yang berbeza. Perasaan hanya merupakan salah satu komponen dalam emosi. Emosi pula meliputi perasaan sebagai satu perangsang yang akan mempengaruhi tindak balas badan kami atau tingkah laku kami terhadap sesuatu situasi. Oleh itu, perasaan adalah lebih "direct" atau jelas kelihatan tetapi emosi adalah lebih "complicated" atau sulit.


Salah satu aspek yang dibincangkan juga adalah tentang masalah untuk mengukur emosi seseorang. Daripada kuliah ini saya baru mengetahui bahawa emosi diukur dengan melihat tahap fisiologi badan kami atau tahap tindak balas badan kami. Contohnya, orang yang ketakutan akan mengalami degupan jantung yang kencang dan mula berpeluh.


Terdapat beberapa teori mengenai struktur dan eskpressi emosi yang telah dibincangkan. Salah satu adalah Teori Evolusi Asas Darwin(Darwin's basic theory of evolution). Dalam teori ini, Darwin mengatakan bahawa emosi akan berubah and diadaptasikan mengikut masa. Beliau juga membuktikan bahawa seseorang yang dilahirkan buta akan mempunyai ekspressi yang sama dengan manusia biasa yang lain. Dalam kata lain, saya bersetuju dengan teori ini iaitu emosi sememangnya sesuatu yang universal kepada semua orang. Teori yang kedua yang telah saya pelajari ialah  Teori Emosi Primari Plutchik(Plutchik's primary emotion theory). Plutchik telah membahagikan emosi kepada 8 kategori utama iaitu kemarahan(anger), ketakutan(fear), kesedihan(sadness), kejijikan(disgust), kejutan(surprise), jangkaan(anticipation), kepercayaan(trust) dan kebahagian(happiness). 8 kategori ini dialami oleh manusia dan juga binatang. Emosi-emosi yang lain diasaskan daripada 8 kategori ini dan kombinasi emosi-emosi ini telah membantu semua benda hidup untuk meneruskan hidup masing-masing. Contohnya, ketakutan(fear) telah menjadi perangsang utama dalam situasi "flight or fight response." Oleh itu, saya berpendapat bahawa emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Teori yang seterusnya ialah Teori Ekspressi Muka Maklum Balas Tomkin(Tomkin's Facial Feedback Theory) yang mengatakan keadaan emosi dipengaruhi oleh muka ekspressi seseorang. Tomkin juga percaya bahawa teorinya telah dibuktikan kerana ianya sememangnya sama dalam kebudayaan masyarakat negara-negara lain. Sebagai contoh, seseorang yang menangis boleh dirangsangkan oleh satu kejadian yang gembira biarpun yang sedih dan ia amat bergantung kepada ekspressi muka mereka semasa menangis. Teori terakhir yang berkaitan dengan emosi ialah "Izard's universal facial expression." Izard berpendapat bahawa kesimpulan awal daripada maklum balas ekspressi muka mempunyai fungsi yang berlainan akan memberitahu emosi sebenar seseorang.


Dalam kuliah juga, kami didedahkan dengan beberapa teori mangenai pengalaman emosi yang boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu orientasi fisiologikal, cognitive dan fisioanalitikal. Terdapat tiga teori yang dikategorikan dalam aspek orientasi fisiologikal ialah "The James-Lange Theory", "The Cannon-Bard Theory" dan "Psychobiologi-cal approaches". Teori yang pertama yang dikemukakan oleh James-Lange merujuk kepada kesimpulan awal yang berkaitan dengan asal usul dan sifat emosi dan merupakan salah satu teori emosi yang pertama. Selain itu, teori ini mengatakan bahawa manusia memberi reaksi terhadap benda di sekelilingnya. Disebabkan oleh itu, "autonomic nervous system" akan menghasilkan respon fisiologikal seperti tekanan pada otot-otot, peningkatan dalam kadar dengutan jantung, perspirasi dan kekeringan dalam mulut. Emosi dalam kata lain ialah perasaan yang datang sebagai hasil daripada perubahan fisiologikal ini dan bukan penyebab daripada perubahan fisiologikal. "The Cannon-Bard Theory" pula juga dikenali sebagai "thalami theory" yang mencadangkan bahawa setiap pengalaman emosi dan fisiologikal individu boleh bertindak balas pada masa yang sama. Contohnya, perubahan dalam ketegangan otot-otot dan perspirasi. Ini telah mencabar teori James. Percanggahan dalam kedua-dua teori ini timbul kerana terdapat banyak kontroversi dalam isu cognitive dan emosi tidak manggalakkan mekanisme untuk berlaku. Teori yang ketiga ialah "Psychobiological Approaches" yang berkaitan dengan "behavioural neuroscience."


Kategori yang kedua pula ialah kognitif. Kognitif teori ialah satu teori pembelajaran dalam bidang psikologi yang menerangkan kelakuan manusia menerusi proses pemahaman pemikiran. Teori-teori yang berkaitan dengan kognitif terdiri daripada 4 jenis seperti "Schachter's Cognitive Labeling", "Misattribution", "Transfer of excitation" dan "Cognitive Appraisal." Schachter ialah salah satu ahli psikologi yang berasal daripada Amerika. Beliau telah memperkenalkan "Schachter's Cognitive Labeling" yang mencadangkan "the two factor theory of emotion." Bukan itu sahaja, beliau juga mengatakan bahawa emosi mempunyai dua ciri-ciri iaitu arousal fisiologi(physiological arousal) dan label kognitif(cognitive label). Seseorang yang mengalami suatu emosi datang daripada kesedaran mental tentang arousal fizikal badan. "Misatrribution of arousal" juga merupakan salah satu teori dalam jenis kognitif. Ia juga merupakan satu istilah dalam psikologi yang menerangkan proses di mana seseorang yang melakukan kesalahan disebabkan oleh sesuatu kejadian yang meningkatkan kadar dengutan jantung telah menyebabkan mereka berasa tertarik ataupun "aroused." Jenis yang berkaitan dengan kognitif seterusnya ialah "Transfer of excitation." Teori ini mangatakan bahawa sisa-sisa pengujaan(residual excitation) daripada satu stimuli akan meningkatkan "excitatory response" kepada stimuli yang lain walaupun "hedonic valences" oleh stimuli itu adalah berbeza. Proses pemindahan ini yang dikenali sebagai "excitation-transfer" dan proses ini tidak terhad kepada satu emosi sahaja. Contoh situasi proses ini ialah semasa menonton sesuatu filem. Penonton akan berasa marah dan tidak puas hati apabila watak jahat telah menimbulkan masalah kepada watak baik. Perasaan yang dirasai pada mulanya akan membangkitkan kepuasan apabila watak jahat menerima balasannya. Teori "Cognitive Appraisal" adalah jenis kognitif yang terakhir dalam perbincangan ini. "Cognitive Appraisal" merupakan interpretasi individu terhadap sesuatu situasi. Persepsi ini boleh menjadi unsur yang negatif jika seseorang tidak berfikiran positif. Sebagai contoh, apabila seorang atlet yang telah kalah boleh mempunyai dua hala pemikiran. Yang pertama, dia boleh menganggap bahawa kekalahannya adalah satu cabaran ataupun yang kedua, dia boleh menganggap bahawa dia merupakan seorang atlet yang tidak mempunyai masa depan dalam bidang sukan. "Cognitive Appraisal" inilah yang menentukan pemikiran kita secara negatif mahupun positif.


Pemahaman saya tentang emosi sebelum menghadiri kuliah Dr. Zamri.


Sebelum menghadiri kuliah ini, saya tidak tahu bahawa emosi adalah berbeza daripada perasaan. Saya sentiasa beranggapan bahawa emosi dan perasaan adalah hasil daripada perubahan di sekeliling kita, layanan yang diterima oleh orang lain dan perlakuan diri kita. Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa tahap emosi adalah berbeza kepada wanita dan lelaki. Bagi saya, kaum wanita merupakan kaum yang lebih beremosi. Setelah mengetahui emosi secara mendalam melalui kuliah ini, saya telah mengetahui bahawa pengetahuan saya dalam isu ini adalah cetek.


Kesimpulan saya tentang emosi setelah menghadiri kuliah Dr. Zamri.


Sebagai konklusi, emosi merupakan aspek yang penting dalam kehidupan seharian kita dan kita mempunyai hak untuk mengubah emosi kita daripada yang buruk kepada yang baik. Hidup kita akan menjadi lebih sempurna dan gembira sekiranya kita mengaplikasikan apa yang telah kita pelajari tantang emosi dalam diri kita sendiri serta di sekeliling kita. Emosi boleh menjana fikiran yang lebih bernas dan positif. Dalam kata lain, emosi yang baik akan menyumbang kepada hidup yang sihat. Kawallah emosi kita sebelum ia mengawal kita. Akhir sekali, saya ingin berkongsi satu peribahasa yang dikatakan oleh seorang ahli seni Amerika, Grandma Moses, "Life is what we make it, always has been, always will be."


Sekian.

No comments:

Post a Comment