Friday 29 July 2011

A131650 Wendy Wong Hwei Rong LJ01

 
Selamat sejahtera.
Ini  merupakan tugasan jurnal pertama bagi subjek ZT2253(PENGURUSAN EMOSI).
Pada 27th July 2011(Rabu) saya telah menghadiri ke kuliah ZT2253 (Pengurusan Emosi) yang  diajar oleh DR. ZAMRI.  Kuliah ini dibahagikan kepada dua , iaitu: i.)Pengenalan Emosi ii.) Struktur dan Expresi Emosi.
Sebelum mendengar penjelasan tentang maksud EMOSI yang diberitahu oleh DR.ZAMI,  saya hanya boleh menjelaskan atau mendefinisikan EMOSI ialah perasaan sahaja. Tetapi , selepas kuliah ini, barulah saya betul- betul memahami maksud tentang EMOSI. Saya cuba menjelaskan Emosi dalam simple way. Emosi dibahagikan kepada 4 komponen: perasaan , proses kognitif, perubahan fisiologi dan  tingkahlaku. Ini bermaksud Emosi bergantung kepada perasaan manakala perasaan berinteraksi dengan proses kognitif, perubahan fisiologi dan  tingkahlaku(bagaimanakan kita tunjukan perasaan kita).
 Selain daripada pengenalan dengan Emosi, kita telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi, antaranya ialah Darwin's Basic Theory of emotion dan lain-lain.
Menurut Kleiginna & Kleiginna (1981), emosi adalah sesuatu entiti yang kompleks dan merupakan interaksi antara faktor-faktor subjektif dan objektif. Faktor subjektif bergantung kepada kepercayaan seseorang berdasarkan fakta sebenar manakala objektif pula adalah keadaan yang mempengaruhi keputusan seseorang. Kedua-dua faktor ini  adalah saling berkaitan.
Definasi yang dinyatakan diatas, telah menjelaskan tentang EMOSI  berkaitan dengan perasaan kita, dan perasaan kita bergantung kepada keadaan yang kita berada.
Komponen pertama bagi EMOSI iaitu, Perasaan. Perasaan merupakan sesuatu ciri-ciri dalam manusia berpunca daripada mental atau minda seseorang. Selalunya, mereka akan membandingkan orang yand tidak ada perasaan sebagai haiwan dan bukan manusia. Tetapi saya tidak berapa setuju dengan statement ini kerana saya percayai walaupun ia haiwan pun ada perasaannya sendiri hanya kita tidak boleh memahami ia dengan menengok ia sahaja. Emosi selalunya berinteraksi dengan perasaan. Contoh perasaan iaitu gembira, sedih, marah, terkejut, gesah, takut, dan sebaigainya. Perasaan tersebut akan menjejaskan tindankan kita semasa membuat keputusan dalam sesuatu masalah atau perkara.
Komponen kedua ialah proses kognitif. Ini dipengaruhi oleh perspeksif dan pandangan setiap individu terhadap perkara atau masalah. Contohnya kalau ada seorang marah kamu tanpa sebab, kamu akan berasa marah(perasaan) tetapi kamu akan  berfikir adakah kamu mahu marah dia balik atau tanpa pedulikannya(proses kognitif). Manakala Setiap orang mempunyai gaya kognitif yang berlainan. Ini menjelaskan semua orang tidak akan mengambil tindakan yang sama apabila menghadapi masalah yang sama.
Komponen ketiga ialah Perubahan fisiologikal. Perubahan fisiologi bermaksud perubahan badan kita terhadap emosi dan perasaan. Perubahan fisiologi berkaitan dengan sistem autonomic dan hormone dalam badan kita. Contohnya,  semasa kamu menonton wayang hantu(horror movie), kamu akan berasa takut dan pada masa itu, perubahan badan kamu adalah degupan jantung semakin tinngi dan berpeluh.
Komponen keempat ialah Tingkah laku berkaitan. Ini talah dijelaskan dalam komponen pertama- perasaan menjejaskan tindakan kita. Contohnya,  semasa kamu menjumpa orang yang kamu sangat benci, tingkah laku yang akan kamu buat ialah turn your head away, dan tidak bertegur-sapa dengan orang itu. Sama dengan apabila kamu bertemu dengan seseorang yang kamu sukai, pastinya kamu akan bersenyum dan bercakap dengan dia.
Dalam bahagian kedua kuliah ini, kita telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi. Antaranya termasuk:
1.      Teori Asas Emosi daripada Darwin
Teori ini menghuraikan tentang hubungan emosi dengan wajah kita.
Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan. Ia merupakan sesuatu yang ditunjukan dalam permukaan.
 
Manakala, soalan yang bertimbul dalam minda saya ialah macam mana teori ini applied kepada seseorang yang pandai menyembunyi emosi sendiri tanpa menunjukkan emosi dalam wajah muka mereka. Walaupun muka seseorang itu bersenyum, kita pun tidak boleh memastikan orang itu betul-betul berasa gembira .
 2) Teori Emosi Primari Plutchik
Teori ini menghuraikan hubungan bahasa dengan emosi.Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.
à  Bahasa subjektif : Sedih, marah, gembira. (perasaan)
à  Bahasa Tingkah Laku : Emosi menjejaskan tingkah laku seseorang. Contohnya,  semasa kamu menjumpa orang yang kamu sangat benci, tingkah laku yang akan kamu buat ialah turn your head away, dan tidak bertegur-sapa dengan orang itu. Sama dengan apabila kamu bertemu dengan seseorang yang kamu sukai, pastinya kamu akan bersenyum dan bercakap dengan dia.
à Bahasa Fungsian : Bahasa tersirat dalam melambangkan emosi. Contohnya, kalau kamu berasa sedih kerana sesuatu yang tidak bagus berlaku, kamu cuba memberitahu orang lain tentang perasaan dan masalah kamu secara verbal.
3) Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin
Teori ini menghuraikan emosi dan balas wajah individu tersebut.   Contohnya :  Semasa kita gembira, kita bersenyum. Selain itu, orang lain yang sekelilingi kamu juga akan berasa gembira. Ini menghasilkan suasana yang  harmoni dan bahagia.
4) Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard
Teori ini manyatakan ekspresi wajah adalah sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.
Kesimpulannya ,
Emosi adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita. kalau, tidak ada Emosi, semua orang akan sebagai satu robot yang tanpa facial expression dan tanpa bermakna hidup di bumi ini. Walaupun emosi itu penting, pengurusan emosi juga tidak boleh diabaikan. Cara-cara untuk menunjukan perasaan kamu kepada orang lain yang sekeliling adalah perkara yang sangat penting. Contohnya, kalau kamu berasa marah, kamu membuat muka muram kepada semua orang dan marah orang lain. Ini akan menyebabkan ornag lain tidak sukan akan perangai kamu. Oleh itu, kamu harus mengawal tingkah laku kamu sendiri dengan baik supaya tidak menburukkan hubungan-hubungan kamu dengan orang lain. 

SEKIAN, TERIMA KASIH.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment