Saturday 30 July 2011

A131577 HENG MIAO CHING LJO1




Dr, minta maaf. Saya, Heng Miao Ching menggunakan account Amy Khoo disebabkan masalah teknikal account saya. Akan tetapi, saya telah menghantra jurnal saya ke account Dr, dan menerima comfirmation melaui email daripada Dr. Tetapi jurnal tidak dapat dipaparkan di blog yang berkaitan. Segala kesulitan amat dikesali. 

          

 

 

 

 

            Salam sejahtera saya ucapkan. Saya ingin berkongsi pendapat tentang topik pengurusan emosi dalam jurnal pembelajaran kursus ZT2253 Pengurusan Emosi. Sebenarnya, kuliah pertama mendedahkan saya kepada tajuk " Pengenalan Emosi". Saya telah menyedari bahawa pemahaman saya tentang konsep 'emosi' amat terhad kerana berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya, emosi cuma merupakan satu luahan perasaan dalam diri seseorang yang meyumbang kepada expresi muka yang berbagai-bagai.Walau bagaimanapun, saya telah didedahkan terhadap pengetahuan yang penting tentang emosi manusia dan ini mendorong saya untuk terus mengkaji serta mendalamkan ilmu saya dalam memahami setiap emosi dan pengurusan emosi dengan baik.

             

             Memang tidak dapat dinafikan bahawa emosi mempunyai maksud tersirat kerana emosi didefinisikan sebagai satu set kompleks universal yang mempunyai hubungan saling berkaitan antara faktor subjektif dan objektif, termasuklah peranan sistem neurohormon tubuh badan kita.  Dengan erti kata lain, ia merangkumi satu konsep yang menyeluruh untuk menjana proses kognitif yang meluahkan emosi yang bersesuaian dengan setiap keadaan, selain daripada perubahan fisiologi dan tindak balas luaran emosi manu

           

             Selepas menghadiri kuliah kedua tentang Struktur dan Ekspresi Emosi, saya telah dapat memperoleh banyak pengetahuan tentang konsep emosi dengan lebih terperinci  dengan adanya tayangan video daripada laman web youtube. Video yang dipaparkan mengisahkan seorang lelaki Korea yang berbakat menyanyi bernama Sung-bong yang menyertai pertandingan menyanyi. Remaja itu merupakan seorang anak yatim sejak kecil lagi. Dia telah melarikan diri dari rumah kebajikan tersebut ketika berusia 5 tahun yang lalu. Selepas itu, dia mempraktikkan sikap berdikari untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Saya berasa terharu terhadap sikap ketabahan dan kegigihannya dalam mengharungi segala cabaran, berfikiran optimistik dan tidak mudah putus asa. Sebagai contoh, dia tidak mengabaikan pengajiannya walaupun dia melalui zaman kanak-kanak yang derita. Keadaan dalam video tersebut memang mengharukan apabila Sung-bong menyanyi di atas pentas. Semua penonton berasa terharu terhadap nyanyiannya yang merdu. Pada pendapat saya, video ini telah menghantar satu mesej yang penting kepada kita bahawa emosi boleh dijadikan motivasi seseorang  dan dijadikan sebagai pengukur fisiologi seseorang serta pentafsiran prestasi jasmaniah yang bertanggungjawab terhadap fungsi sistem badan.

       

              Sesungguhnya, emosi boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, termasuklah gembira, sedih, bersalah, terperanjat dan sebagainya. Selain itu, emosi turut boleh dibahagikan kepada 4 komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan pisiologi dan tingkah laku. Semua komponen ini adalah berkaitan dan saling bergantung antara satu sama lain. Kuliah kedua memfokuskan tentang Struktur dan Ekspresi Emosi  yang mempamerkan Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory, Izard's innate facial expression, dan learning theory. Setiap ahli falsafah mempunyai gagasan yang tersendiri tentang struktur dan expresi emosi, namun kesemuanya mempunyai satu dasar titik persamaan.

            

              Pertama sekali, saya bersetuju dengan Teori Darwin yang mengisahkan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas yang juga ditakrifkan sebagai ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diexpresikan dalam bentuk yang seragam di semua budaya dan bangsa oleh Kokoszka pada tahun 1993 . Menurut buku Darwin, ''The Expression of the Emotions in Man and Animals", ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang. Hal ini disebabkan wajah seseorang adalah satu ciri fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar bukannya organ dalaman . Ini membantu seseorang untuk menganalisis emosi seseorang individu tersebut.  Sebenarnya, teori asas ini juga mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Untuk kebaikan, kita dapat menetahui tempat sistem saraf dan strukturnya  yang boleh menghasilkan pelbagai bentuk emosi manakala untuk keburukan pula, mungkin sesetengah individu tidak mempamerkan reaksi melalui riak wajahnya kerana dia tidak ingin orang lain tahu akan apa yang dialaminya.  

            

            Di samping itu, Plutchik`s teori mengkagumkan saya dalam aspek pembahagian emosi, iaitu bahasa emosi ( language of emotion) , asas tindak balas penyesuaian (Basic adaptive reactions) dan dimensi emosi (Dimensions of emotion) . Bahasa emosi boleh diketagorikan atau digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza. Yang pertama ialah bahasa subjektif contohnya takut,gembira dan sedih. Yang kedua ialah bahasa tingkahlaku iaitu apa yang kita lakukan dengan akibat dari emosi kita. Seterusnya , asas tindak balas penyesuaian terdapat lapan komponen yang menjadi sebagai prototaip untuk semua emosi. Antara lapan komponen yang terlibat ialah takut,meluat marah,terperanjat ,gembira,sedih,terima, dan rasa ingin tahu. Untuk dimensi emosi, ia terbahagi kepada tiga dimensi: intensiti (intensity), kesamaan(similarity) dan kekutuban (polarity) . Intensiti merujuk kepada kekuatan emosi tersebut. Contoh jika anda berasa berpuas hati dan gembira , berapa peratuskah tahap kegembiraan tersebut yang boleh diukur dengan skala tertentu. Untuk kesamaan, ia merujuk kepada hubungan ataupun perkaitan seperti takut dan sedih lebih dekat berbanding takut serta kekutuban merujuk kepada situasi yang berlawanan seperti  benci lawannya suka.  

              

             Tambahan pula, saya telah mendapati bahawa FFT teori juga mengatakan bahawa seseorang hanya akan menunjukkan expresi berdasarkan perasaan dalam sunubari dirinya. Teori ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Ursula Hess. Hasil kajian membuktikan bahawa teori FFT adalah benar kerana masa digunakan untuk menunjukkan expresi berdasarkan perasaan sebenar adalah singkat. Menurut Zajonc, seseorang akan mempunyai emosi yang positif seperti gembira apabila suhu otak diturunkan dan mempunyai emosi yang negatif apabila suhu otak ditingkatkan. Banyak konflik telah berlaku demi membuktikan kebenaran teori ini. 

 

             Selain itu, terdapat juga teori Tomkin's Facial Feedback Theory dan Izard's Innate facial expression yang menunjukkan tentang emosi terdiri daripada  4 bahagian berdasarkan kajian Hess'. Bagi Izard's teori pula menyatakan bahawa mekanisma sistem saraf untuk ekspressi muka dan persepsi muka adalah secara semula jadi .Terdapat teori Izard's Innate facial expression mengatakan bahawa emosi manusia merupakan sesuatu yang semula jadi dan pengalaman emosi yang tidak dapat dipelajari. Contohnya, seseorang individu itu akan mengetahui perasaan malu dan takut pada umur 5 atau 6 bulan, dan girang pada 1 tahun, dan rasa bersalah pada usia 2 tahun. Mengikut teori Tomkin, kewujudan sesuatu emosi disebabkan oleh ekspresi muka seseorang individu. Contohnya, senyuman dipaparkan pada wajah individu yang gembira. Dari perspektif ini, saya berpendapat bahawa ekspresi muka tidak semestinya merupakan cermin yang mempamerkan luaran emosi yang tersembunyi dalam seseorang individu kerana kita tidak dapat meneka apa yang sebenarnya tersembunyi di dalam sudut hati seseorang.  

            

             Justeru, emosi merupakan sesuatu yang kompleks dalam diri manusia yang akan menyumbang kepada segala tingkah laku, pemikiran serta sistem fisiologi badan kita. Penguasaan kemahiran pengurusan emosi amat penting terutamanya bagi pelajar-pelajar perubatan untuk menghadapi segala depresi dan stres dalam semua bidang. Oleh itu, saya berharap saya dapat mendalami ilmu pengetahuan tentang topik emosi dan mempraktikkan kemahiran pengurusan emosi yang efektif  agar dapat berjaya dalam kehidupan.

 

 

                                                                              

 

 

 

No comments:

Post a Comment