Thursday 28 July 2011

A131547 Amy Khoo Mei Yee LJ01

Kuliah ini merupakan kuliah kedua saya dalam semester ini. Tajuk kuliah hari ini dapat dibahagikan kepada dua, iaitu : "Pengenalan Emosi" dan "Struktur dan Expressi Emosi". Pengetahuan saya terhadap emosi sebelum saya menghadiri kuliah ini adalah amat terhad. Selama ini, dalam konteks saya, emosi merupakan perasaan kita yang telah ditunjukan, kedua-duanya tidak mepunyai perbezaan yang besar. Sehinggalah saya menghadiri kuliah yang dilangsungkan hari ini, barulah dapat saya mengenali EMOSI.

 

cute heart emotion icons. This is package includes EPS file and ... | http://graphicriver.net/item/h...


Sabagaimana yang saya fahami, emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis seperti kasih  sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan. Ia merupakan satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaanperasaan kuat yang berpunca daripada psikologi (mental) seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.

Emosi dapat dibahagikan kepada empat komponen utama yang akan saya huraikan untuk kefahaman semua.

        i.            Perasaan

Perasaan merupakan ciri unik dalam manusia, dan biasanya emosi banyak bergantung pada perasaan. Jenis perasaan termasuklah : gembira, sedih, marah, takut, kecewa, bimbang, tertekan dan sebagainya. Pelbagai perasaan inilah yang akan membantu kita dalam sesuatu keputusan dam tingkah laku kita. Kajian menunjukan: apabila sistem hubungan emosi dalam otak terjejas/rosak, manusia tidak berupaya membuat keputusan walaupun yang mudah kerana ia tidak tahu bagaimana ia akan rasa tentang pilihannya

 

      ii.             Proses kognitif

Setiap orang mempunyai pilihan gaya kognitif tersendiri hasil daripada pelbagai pengaruh dan didapai emosi seseorang banyak bergantung pada elemen ini.

 

    iii.            Perubahan fisiologikal

Jika kita mengalami suatu emosi yang kuat seperti rasa marah atau takut, mungkin kita merasakan sejumlah perubahan pada tubuh. Sebagian besar perubahan fisiologis yang terjadi selama rangsangan emosional terjadi akibat aktivasi cabang simpatik dari sistem syaraf otonomik untuk mempersiapkan tubuh melakukan tindakan darurat. Sistem simpatik bertanggung jawab untuk terjadinya perubahan-perubahan berikut:

1. Tekanan darah dan denyut jantung meningkat.
2. Pernapasan menjadi lebih cepat.
3. Pupil mata mengalami dilatasi.
4. Keringat meningkat sementara sekresi saliva dan mukus menurun.
5. Kadar gula darah meningkat untuk memberikan lebih banyak energi.
6. Darah membeku lebih cepat untuk persiapan kalau-kalau terjadi luka.
7. Mobilitas saluran gastrointestinal menurun, darah dialirkan dari lambung dan usus ke otak dan otot rangka.
8. Rambut dikulit menjadi tegak, menyebabkan "merinding"

 

    iv.            Tingkah laku berkaitan

Selepas kesemua elemen yang ke atas telah dipastikan, sesuatu pelan yang bergantung pada emosi kita akan dihasilkan – tingkah laku yang akan perlu kita menanggungjawab.

Dalam bahagian kedua kuliah ini, kita telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi. Antaranya termasuk:

·         Darwin's basic theory of emotions / Teori Asas Emosi daripada Darwin

o   Menghuraikan tentang hubungan emosi dengan wajah.

o   Wajah merupakan refleksi emosi seseorang yang paling senang dikesankan kerana ia merupakan sesuatu yang ditunjukan dalam permukaan, berbezanya dengan oragn-organ lain yang berada dalam badan .

 

·           Plutchik primary emotion theory/ Teori Emosi Primari Plutchik

o   Menghuraikan hubungan bahasa dengan emosi.

o   Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.

-          Bahasa subjektif : Sedih, marah, gembira. Cara asas Sesutu emosi digambarkan.

-          Bahasa Tingkah Laku : Merujuk kepada tindakan yang akan diambil ataupun yang akan berlaku susulan dari emosi yang diransang. Contohnya, seseorang akan berseorangan jika dia sedih.

-          Bahasa Fungsian : Bahasa tersirai dalam melambangkan emosi. Contohnya, perasaan sedih melambangkan sesuatu yang tidak diharapkan telag berlaku, sesuatu yang bertentangan dengan seseorang harapan.

 

·         Tomkin's facial feedback theory/ Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin

o   Menhuraikan hubungan perbuatan dengan emosi

o   Emosi itu terjadi daripada perbuatan individu tersebu

o   Contohnya :  Apabila gembira :tersenyum sendiri dan melihat senyuman menjadikan kita bahagia,

 

·         Izard'd innate facial expression /Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard

o   Sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir bukannya dipelajari.

 

Secara izharnya, pengurusan emosi yang baik adalah penting dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana emosi banyak mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan kita. Oleh itu, untuk mengelakan kita dalam membuat keputusan yang salah, kita perlu mengawal emosi kita dan janganlah membiakan emosi mengawal kita dengan mengaplikasikan apa yang dipelajari secara langsung. Selain itu,  untuk mencapai pengurusan emosi yang baik, kita perlu faham secara lebih dalam tentang emosi terlebih dahulu. Kuliah inilah yang memberikan kita perluang yang terbaik dalam konteks emosi ini. Jadi, hargailah dan amat berterima kasih kepada Dr Zamri yang mengajar kita secara bersungguh-sungguh .

 







No comments:

Post a Comment