Friday 29 July 2011

A131543 CHUAH JUN SEN LJ01

A 131543  CHUAH JUN SEN LJ101

 

Salam sejahtera dan selamat petang. Pada 27th Julai 2011, saya telah didedahkan kuliah kursus ZT2253 Pengurusan Emosi yang disampaikan oleh Dr.Zamri. Sebelumnya, pada perspektif saya, emosi didefinisikan sebagai perasaan atau reaksi individu semasa menghadapi sesuatu perkara. Emosi adalah sesuatu yang susah dikawal oleh kita dan adalah sesuatu yang agak abstrak. Selepas kuliah itu, saya baru-baru sedar bahawa bidang dan aspek dan juga perspektif emosi adalah luas dan merangkumi beberapa komponen dan perasaan hanyalah salah satu komponen dalam emosi.

Komponen-komponen emosi adalah perasaan, proses kognitif, perubahan fisiology (bangkitan) dan tingkah laku berkaitan (tujuan). Perasaan adalah pengalaman subjektif yang mepunyai makna dan kepentingan peribadi, mempunyai dasar dalam proses mental dan kognisi. Perubahan fisiology atau bangkitan termasuklah pengaktifan biological dan fisiologikal, aktiviti sistem hormone, autonomic dalam persediaan individu untuk berhadapan atau berdaya tinkakan semasa beremosi dengan situasi. Komponen tingkah laku berkaitan atau tujuan, komponen ini didefinisikan sebagai memberikan emosi arah pada pencapaian satu matlamat untuk ambil tindakan yang bersesuaian dengan situasi emosi yang dihadapi. Berasa takut dan berlari jika dikejar oleh anjing. Proses kognitif adalah perspektif seseorang terhadap sesuatu. Setiap orang ada berbagai-bagai emosi terhadap perkara yang sama oleh kerana perbezaan dalam perspektif atau kognitif seseorang. Dalam bacaan daripada internet, saya mendapati ada lebih satu komponen dalam emosi iaitu ekspresi sosial. Ekspresi sosial adalah aspek komunikasi yang dilahirkan secara non-verbal.

 

Carta yang meringkaskan komponen-komponen emosi semasa menonton video

 

 

Dalam kuliah tersebut, satu video yang agak terharu telah ditayangkan. Melalui video itu, saya lebih jelas tentang definisi dan komponen emosi ini.  Video itu ialah Emotional Story of Talented Korean.  Emosi kesedihan telah menimbul dalam hati saya setelah mendengar cerita lelaki berusia 22tahun yang bernama Choi Sung Bong tentang dia hendak menyara hidupnya sejak usia 5tahun. Kemiskinan dan ketabahannya telah menyebabkan perasaan saya menjadi agak negatif. Saya telah melabelkan lelaki ini sebagai seorang yang agak kesian dan rajin berusaha serta tabah menghadapi cabaran hidupnya (proses kognitif). Dengutan saya agak rendah (perubahan fisiologi), muka saya menjadi masam dan titisan mata air saya telah jatuh (ekspresi sosial)  apabila saya mendengar nyanyiannya, dan saya juga mengenggam tangan saya untuk menyokongnya (tingkah laku berkaitan). Akhir dalam video tersebut, beliau telah diluluskan oleh pengadil-pengadil untuk meneruskan pertandingan tersebut.

Di samping itu, beberapa teori emosi telah dijelaskan dalam kuliah itu. Antaranya ialah Darwin's basic teory of emotion (teori asas emosi daripada Darwin). Terdapat 3prinsip dalam teori Darwin, iaitu Serviceable Associated Habits, Antithesis, certain actions expressive of certain states of mind are the direct results of the constitution of the nervous system, and it is involuntary. Menurut Darwin, emosi terdiri daripada emosi asas yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia. Emosi disampaikan dalam bentuk yang agak serupa oleh semua manusia di dunia ini (Universal). Di samping itu, dalam prinsip ketiga, Darwin telah mengatakan bahawa action yang tertentu (expression) dapat memberikan isyarat emosi dalam hati kita kerana kesan daripada sistem autonomik dan tidak boleh dikawal (involuntary act) seperti mengigil semasa berasa takut, menutup mata semasa menjerit, muka merah semasa malu. Selain itu, teori ini juga mengatakan wajah atau pergerakan otot pada muka kita dapat memberitahu emosi tersirat dalam fikiran kita. Teori Darwin agak tepat, emosi kegembiraan yang disampaikan oleh orang melayu, cina atau india adalah sama, ketawa dengan "Hahaha" ,mata menutup dan mulut membuka. Selain itu, saya juga bermuka merah (blushing) semasa bertutur dengan perempuan oleh kerana malu.

Tambahan lagi,  Teori Emosi Primari Plutchik menerangkan bahawa emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa iaitu: bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Dimensi emosi juga diterangkan dalam teori tersebut. Semasa saya berjumpa dengan kawan saya, saya akan berasa gembira (bahasa subjektif ), saya akan bersalam dan bertutur dengannya (bahasa tingkah laku) demi menunjukkan kesayangan saya kepadanya (bahasa fungsian).  Dimensi yang dikatakan termasuklah intensity, similarity dan polarity.

Author's three-dimensional circumplex model describes the relations among emotion concepts, which are analogous to the colors on a color wheel. The cone's vertical dimension represents intensity, and the circle represents degrees of similarity among the emotions. The eight sectors are designed to indicate that there are eight primary emotion dimensions defined by the theory arranged as four pairs of opposites. In the exploded model the emotions in the blank spaces are the primary dyads—emotions that are mixtures of two of the primary emotions.

Apabila saya sedih, adakah muka saya menjadi masam? Apabila saya marah, adakah muka saya menjadi hitam? Menurut Tomkin's facial feedback theory ( Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin), emosi berkaitan dengan balas wajah. Kadang-kala, wajah seseorang dapat memberitahu emosi dalam fikirannya. Teori ini lebih kurang sama dengan prinsip Darwin. Namun begitu, teori ini hanya boleh digunakan pada orang-orang yang tertentu, hal ini kerana bukan semua orang akan menunjukkan emosinya pada wajah, mereka dapat menyembunyikan emosi mereka dengan baik. Sebagai contoh, semasa saya sedih, saya menyembunyikan emosi saya dan saya paksa saya mengeluarkan wajah yang gembira demi mengelakkan kebimbangan daripada ibu bapa yang sayang pada saya.

Izard's innate facial expression ( Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izzard) telah mengatakan bahawa ekspresi wajah adalah semula jadi (natural) dan ekspresi itu dapat diubah melalui pengalaman dan pembelajaran. Dengan mengaitkan pengalaman saya, semasa dilahirkan, setiap orang akan menangkis teresa-esa atau ketawa terbahak-bahak. Namun, melalui pengalaman dan pembelajaran, kita tidak menangkis dengan begitu, kita menangkis dengan suara yang kecil.

Setelah habis kuliah yang disampaikan oleh Dr.Zamri, ilum pengetahuan saya terhadap emosi telah menaik, saya tidak lagi pandang rendah terhadap ilmu emosi tetapi ilmu ini telah merangkumi banyak aspek. Demi melengkapkan journal ini, saya juga melayari internet demi lebih memahami teori-teori dan komponen-komponen emosi yang telah diajar. Walaupun kebanyakan informasi dalam bentuk bahasa Inggeris dan susah nak menjadikannya sebagai bahasa melayu, saya terpaksa menggunakan bahasa sendiri. Teori-teori yang menerangkan emosi ini adalah karyaan penting dan kesemua teori telah memanfaatkan kita dalam memahami apa itu emosi. Sebagai generasi baru yang akan menjadi doktor nanti, kemampuan kita memahami apa itu emosi dan mengawal emosi kita agak penting dan mustahak. Sekiranya, kita tidak tahu apa itu emosi dan tidak tahu mengawalnya, huru-hara dalam kehidupan kita akan berlaku dan kita bukanlah seorang doktor yang baik dan mulia !

No comments:

Post a Comment