Saturday 30 July 2011

A131527 Gan Chen Ling LJ01 Emosi

A131527  Gan Chen Ling

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya telah menghadiri kuliah ZT hari ini yang berkenaan dengan pengenalan emosi dan struktur emosi. Sebelum menghadiri kuliah ini, saya berpendapat bahawa emosi hanya merupakan satu perasaan yang kita luahkan mengikut fikiran dan perasaan kita pada masa itu. Namun, selepas menghadiri kuliah ini, saya baru sedari bahawa emosi merupakan satu pelajaran yang luas dan satu perasaan yang komplex. Jadi, dalam jurnal ini, saya akan mengkongsikan maklumat-maklumat yang saya telah perolehi dari kuliah tadi kepada kawan-kawan saya di sini.

 

Pada awal kuliah hari ini, Dr. Zamri telah menayangkan sebuah video yang juga berkaitan dengan emosi. Kami telah mengetahui bahawa kuliah ini mempunyai kaitan dengan Pengurusan Emosi dan sudah pastilah segala apa yang diterangkan dalam kuliah ini sudah semestinya berkaitan dengan emosi dan termasuklah video ini. Video tersebut diambil dari Talented Korean. Dengan melihat kegigihan seorang pemuda Korea untuk mencuba nasib dalam hidupnya yang terumbang-ambing sejak kecil memang memberi semangat kepada saya. Pengurusan emosi yang baik diperlukan sebagai kemahiran yang penting untuk menempuh halangan yang akan datang. Kemahiran tersebut amat penting bagi saya untuk merentasi segala cabaran dan rintangan yang mencabar dalam perlajaran saya dalam bidang perubatan dan juga untuk kehidupan doctor pada masa depan.

Dr. Zamri telah pun bermula kuliah hari tersebut selepas tayangan video itu. Dalam kuliah tersebut, saya telah memperoleh pengetahuan bahawa emosi adalah sesuatu yang berbeza daripada perasaan.Yang pertama, apakah itu emosi? Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi merupakan satu interaksi yang komplex dalam kalangan faktor-faktor subjektif dan faktor-faktor objektif yang diantarai oleh sistem hormon neaural yang boleh menyebabkan kejadian pengalaman afektif, kognitif proses, mengaktifkan penyesuaian fisiologi yang meluas kepada syarat-syarat yang membangkitkan dan membawa kepada tingkah laku yang seringtetapi tidak semestinyaekspresif, matlamat yang diarahkan, dan adaptif. Emosi terdiri daripada 4 komponen yang utama iaitu:

-proses kognitif

-perubahan fisiologikal

-tingkahlaku

-pengalaman perasaan atau afektif

Oleh itu, emosi lebih luas maknanya dari perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992).

 

Lepas kenali apa itu emosi, saya juga mendapat pengetahuan tentang struktur dan ungkapan emosi. Emosi utama merupakan emosi yang terdiri dari emosi-emosi asas. Ia merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami dan diekspresikan dalam bentuk yang seragam. Emosi utama ini bersifat adaptif dan kesemua emosi yang wujud di dunia ini adalah gabungan antara emosi-emosi primari. Terdapat beberapa teori yang dikaitkan dengan emosi seperti teori Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izad.

Teori Darwin menjelaskan bahawa emosi seseorang dapat dilihat melalui ekspresi wajahnya. Dalam kuliah ini, saya terperanjat ketika Dr. Zamri memberitahu kami bahawa emosi itu dapat diukur. Sebelum kuliah ini, saya tidak pernah tahu bahawa emosi sebenarnya dapat diukur sepanjang hayat saya. Sebelum ini, saya menganggap bahawa emosi merupakan sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diukur. Namum, selepas kuliah ini, saya telah mengetahui bahawa emosi dapat diukur dengan pemerhatian secara langsung dan laporan sendiri.

 

Manakala Teori Plutchik teridi daripada 3 komponen iaitu bahasa emosi, emosi asas dan dimensi emosi. Dalam bahasa emosi terdapat bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merujuk kepada bahasa biasa bagi emosi. Contohnya, takut, gembira dan sedih. Bahasa tingkah laku merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Contohnya, semasa gembira, melompat kegirangaan dan senyum gembira dan semasa sedih, mengalirkan airmata. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang dan ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Contohnya, berani menyatakan keyakinan. Dalam emosi asas, Teori Plutchik menyatakan 8 emosi asas iaitu:

·         Takut- FEAR

·         Meluat- DISGUST

·         Marah - ANGER

·         Terperanjat - SURPRISE

·         Gembira - JOY

·         Sedih - SADNESS

·         Terima – ACCEPTANCE

·         Rasa Ingin Tahu - CURIOSITY

 

Dalam emosi asas ini, ia boleh dilihat sebagai empat pasang bertentangan kutub:

-          diperbadankan vs penolakan

-          perlindungan vs kemusnahan  

-          pengeluaran semula vs integrasi semula

-          orientasi vs eksplorasi

Emosi bertentangan Utama adalah:

-          penerimaan / (manusia) dengan bersungguh-sungguh

-          Takut / marah

-          Kegembiraan / kesedihan

-          Surprise / jangka

Dalam dimensi emosi Teori Plutchik, emosi boleh dibahagikan kepada 3 emosi yang penting iaitu:

-          Intensity yang merujuk kepada darjah kekuatan emosi (contohnya, dari bahagia kepada gembira)

-          Similarity yang merujuk kepada hubungan/perkaitan (contohnya, takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira)

-          Polarity yang merujuk kepada kekutuban. (contohnya, benci lawannya suka)

 

Selain daripada Teori Plutchik, terdapat juga Teori Tomkin's. Dalam Teori Tomkin's terdapat persoalan yang tanya tentang apa yang menyebabkan apa? Terdapat 2 kajian yang menyokong teori ini, iaitu kajian Ursula Hess dan Colleagues dan kajian Robert Zajonc dan Colleagues. Dalam kajian Ursula Hess dan Colleagues, ia telah membuktikan bahawa maklum balas muka dapat memudahkan pengalaman emosi. Manakala, kajian Robert Zajonc dan Colleagues telah membuktikan bahawa perubahan dalam otot muka menghasilkan ungkapan yang khusus. Pergerakan otot muka menyekataliran darahdan dengan itu mempengaruhi pemanasan dan pendinginan otak. Pendinginan otak menghasilkan emosi yang menyenangkan manakala pemanasan otak menghasilkan perasaan yang aversive. Dalam Teori Tomkin's ini terdapat kritikan yang menunjukkan bahawa ungkapan seseorang pada masa ini tidak dapat merupakan satu petunjuk yang tulen emosi. Ekspresi wajah adalah alat komunikasidan hanya mempengaruhi perasaan emosidalaman secara sedikit. Contohnya, semasa kita senyum tidak membawa makna bahawa kita gembira.

 

Teori akhir yang dikaitkan dengan emosi ialah Teori Izad. Teori Izad ini membuktikan bahawa mekanisme neural untuk ekspresi wajah dan persepsiungkapan adalah sesuatu yang berlaku secara semula jadi. Emosi merupakan sesuatu yang semula jadi, dan pembelajaran memberi kesan kecil kepada pengalaman emosi. Buktinya melalui kajian "newborn's born to smile" dan kajian cross-cultural.

 

Selain daripada Teori Darwin, Teori Plutchik, Teori Tomkin dan Teori Izad, Teori Pembelajaran dan Pengalaman juga merupakan salah satu teori emosi. Dalam teori ini, fungsi pembelajaran dan pengalaman adalah untuk memandang pengalaman dari segi biologi dan memandang pengalaman dari segi teori pembelajaran. Dalam pemandangan pengalaman dari segi biologi, pembelajaran memainkan peranan kecil dalam emosi. Activators merupakan situasi yang menyebabkan emosi itu dinyatakan dan activators ini berbeza mengikut individu yang berbeza. Dalam teori ini, proses kognitif berbeza antara satu sama lain. Emosi adalah sesuatu semula jadi. Ungkapan emosi dan pengaktifan emosi dipengaruhi oleh emosi sendiri dan pembelajaran.   

Kesimpulannya, kursus pengurusan emosi akan membawa banyak manfaat kepada kita dan saya telah banyak belajar tentang emosi dan teori-teori emosi yang penting seperti teori Tomkin, Izard dan Plutchik selepas kuliah ini. Dengan pengurusan emosi yang baik, kita boleh mengelakkan diri daripada pelbagai masalah yang disebabkan oleh implikasi kekurangan mengurus emosi dan saya juga berharap kemahiran tersebut dapat saya sentiasa gunakan dalam masa depan saya. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment