Saturday 30 July 2011

A131525, Tiong Ho Sheng LJ01

Selamat sejahtera.  Ini merupakan jurnal pertama yang dihasilkan setelah menghadirikan diri ke kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 pada hari tanggal 27 Julai 2011, hari Rabu yang lepas.  Sebelum menghadiri kuliah ini, pengetahuan saya tentang "emosi" hanya serba sedikit sahaja.  Saya hanya kenal emosi sebagai sesuatu perasaan yang boleh dirasai oleh setiap inidividu.  Setelah menghadiri kuliah ini, saya telah belajar banyak mengenai emosi.  Saya sedar emosi adalah amat complex tetapi juga unik dan menarik pada masa yang sama.  Saya sedar akan kekekurangan pengetahuan saya dari segi ini.  Saya mula sedar akan kepentingan pemahaman kita terhadap emosi kita agar kita mampu menguruskan emosi kita agar emosi kita seimbang, terutamanya apabila saya berada di alam perkerjaan saya sebagai seorang doktor nanti.

Dalam kuliah ini, saya amat tertarik dengan pelbagai bentuk emosi boleh diwujudkan.  Saya telah difahamkan tentang "Afektif",  "Kognitif", perubahan secara fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan.  Pada mulanya, perkataan-perkataan ini amatlah asing bagi saya.  Komponen "Afektif" sebenarnya berkaitan dengan perasaan dan emosi kita dan bukannya fikiran atau daya fikiran seperti rasa kecewa, sedih, marah, malu, terkejut dan gembira.  Perasaan merupakan sesuatu yang kita rasai dalam diri kita.  Contohnya, saya berasa amat marah apabila kawan karib saya telah menipu saya tentang sesuatu perkara.  Perasaan marah saya berkaitan dengan Afektif.  Sebagai contoh, perasaan kecewa apabila gagal mencapai keputusan yang diingini setelah mencuba sedaya upaya, perasaan sedih apabila sesoeorang yang disayangi meninggal dunia. "Kognitif" membawa maksud pengurusan emosi kita dengan mengetahui sebab-sebabnya dan mengambil keputusan yang baik untuk menguruskannya.  Komponen ini melibatkan kemahiran kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.  Sebagai contoh, saya berasa sedih apabila kucing kesayangan saya meninggal dunia.  Saya harus berfikiran positif dan rasional dan sedar bahawa setiap yang bernyawa pasti akan meninggal dunia suatu hari nanti.  Pemikiran ini akan membantu saya untuk melupakan kesedihan saya.

Perubahan fisiologi merangkumi semua perubahan kepada badan kita secara fizikal.  Perubahan ini dipengaruhi oleh perasaan kita.  Sebagai contoh, tangan kita mungkin akan berpeluh apabila kita berasa cemas dan takut seperti semasa menonton cerita seram.  Selain itu, badan kita berkemungkinan bergeletar apabila kita berasa cemas seperti semasa mengambil keputusan peperiksaan.  Perubahan tingkah laku juga dipengaruhi oleh perasaan kita.  Sebagai contoh, apabila kita tidak menyukai seseorang itu, kita akan mengabaikannya tetapi apabila kita menyukai seseorang itu, kita akan sentiasa mencari peluang untuk bercakap dan berdekatan dengannya.

Saya ada terbaca sebuah artiket daripada blog ZT2253 yang berkaitan Teori Maklumbalas Wajah.  Menurut Tomkin(1963,1995), iaitu pengasas teori emosi yang berdasarkan kepada perspektif Darwin. Hipotesis beliau menyatakan bahawa emosi secara asasnya adalah tingkah laku yang berkaitan dengan wajah, dan pengalaman emosi terbit daripada ekspresi wajah. Apabila  anda tersenyum , anda akan gembira ; apabila dahi anda berkerut dan lubang hidung anda kembang,  anda sedang marah.  Ekspresi wajah menghasilkan emosi."   

                                                                                  (Tomkin, 1963,1995 Smith's Emotion)

Mengikut pemahaman saya, seseorang yang gembira akan tersenyum kerana dia gembira.  Saya pernah dengan orang ramai menyatakan bahawa senyuman itu adalah seperti 'penyakit'.  Ini kerana, apabila terdapat seseorang yang tidak jemu senyum kepada setiap orang yang ditemuinya walaupun kenal ataupun tak kenal, sesorang itu pasti akan balas senyuman tersebut.  Dengan itu, senyuman dapat memberi kegembiraan kepada orang lain dan diri sendiri juga.  Apabila, kita berasa sedih, wajah kita akan sentiasa murung.  Selain itu, nada kita juga menunjukkan perasaan kita.  Sekiranya seseorang itu sedih, kita akan tahu dia sedih melalui nadanya walaupun orang tersebut tidak menyatakan bahawa dia sedih.  Begitu juga dengan orang yang gembira, kita juga boleh tahu melalui nada.  Tetapi, terdapat juga pengecualian, sebagai contoh, para pelakon dapat mengawal perasaan mereka dengan baik sekali untuk menghasilkan karya yang baik.  Mereka mampu menangis seolah-olah benar dan menyatakan ayat-ayat watak mereka dengan baik sekali agar para penonton berasa puas.  Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menyatakan bahawa expresi muka mereka menunjukkkan perasaan mereka kerana itu bukan perasaan mereka yang sebenar tetapi lakonan semata-matanya. 

                Melalui  "The expression of emotion in man and animal " karya Darwin, saya telah memahami bahawa expresi muka kita melambangkan emosi kerana wajah kita senang dilihat berbanding dengan organ dalaman kita.  Saya sedar bahawa kita boleh mengetahui perasaan sesorang itu dengan melihat saja expresi muka mereka.  Sebagai contoh, apabila kita berada di Dewan Peperiksaan, kita dapat mengenal pasti siapa yang telah bersedia secukupnya dan yakin dapat menjawab soalan dengan baik dan mereka yang tidak berkeyakinan untuk menjawab soalan dengan baik melalui expresi wajah.  Mereka yang berkeyakinan akan kelihatan tenang manakala mereka yang belum membuat persediaan secukupnya akan kelihatan tidak tentu arah dan cemas semasa menjawab soalan.  Begitu juga, apabila kita mengambil keputusan akhir semester.  Pengenal pastian maksud expresi muka juga memainkan peranan yang penting dalam hubungan persahabatan yang baik dan erat.  Kita harus mampu mengenal pasti perasaan kawan-kawan kita agar tidak menyakiti mereka.  Sebagai contoh, kita harus menjaga hati kawan kita dengan tidak menyatakan sesuatu yang tidak sesuai semasa kawan kita sedang marah.  Sebaliknya, kita harus cuba mengurangkan kemarahan atau kesedihannya itu.

                Setelah menonton video pendek dari "You Tube", saya berasa emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita.  Lelaki berbangsa Korean itu menjadi anak yatim piatu sejak kecil lagi dan masih mampu mengejar impiannya.  Dia telah melarikan diri dari rumah anak yatim piatu setelah dibuli dan menjual gum getah dan minuman keras untuk kehidupan setiap hari.  Walau bagaimanapun, dia telah suka menyanyi sejak dia dengar nyanyian penanyi di kelab yang telah banyak mempengaruhi emosinya.   Saya yakin pengurusan emosi seseorang itu boleh menentukan masa deapan seseorang itu.

                Saya juga amat tertarik dengan "Newborn study".  Menurut "Newborn study",

"Kemarahan dan terkejut diekspresikan ketika usia bayi mencecah 3 bulan . Malu serta takut boleh dilihat ketika bayi mencecah usia 5 atau 6 bulan.  Perasaan berpuas hati boleh dilihat di penghujung usia  setahun , dan bersalah di peringkat awal usia 2 tahun."

                                                                                                                                 (izard, 1978, Smith's Emotion)

Salah satu sebabnya ialah saya ingin menjadi seorang pakar kanak-kanak suatu hari nanti.  Ini kerana, saya yakin saya perlu pandai menjaga hati kanak-kanak sekiranya saya ingin menjadi seorang doktor yang baik dalam bidang ini.  Sebab lain ialah saya ingin mengetahui perasaan seorang bayi agar saya mampu berkominikasi dengan lebih baik dengan sepupu saya yang masih kecil.

                Hanya melalui kuliah pertama saya tentang pengurusan emosi, saya telah mempelajari begitu banyak tentang emosi.   Dalam kesimpulannya, saya sedar bahawa terdapat empat komponen dalam emosi iaitu, "Afektif",  "Kognitif", perubahan secara fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan.  Saya amat berharap saya akan mampu menambah ilmu pengetahuan saya mengenai emosi melalui jurnal-jurnal yang akan datang nanti.

No comments:

Post a Comment