Friday 29 July 2011

A131518 ANG YI LING LJ 01

Selamat sejahtera. Jurnal ini merupakan jurnal pertama saya setelah menghadiri kulih ZT 2533. Pada 27hb Julai 2011, saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi (ZT 2253) kali kedua, tetapi kali ini merupakan kuliah rasmi pertama kami. Kuliah ini merangkumi dua tajuk, iaitu pengenalan emosi dan struktur dan ekspresi emosi yang diajar oleh Dr. Zamri. Sebelum kuliah dimulakan, satu video telah ditayangkan berkenaan dengan satu orang Korea yang gigih mencapai impiannya, iaitu menyanyi tidak kira apa-apa cabaran yang dihadapi. Dengan ini, saya telah mendapat inspirasi untuk berusaha melakukan sesuatu dan mencapai impian saya. Saya juga telah lebih bersemangat untuk belajar tentang pengurusan emosi kerana sebelum menghadiri kuliah ini, pengetahuan saya tentang apa itu emosi adalah sangat terhad.

            Daripada tajuk pertama, iaitu pengenalan emosi, saya telah belajar tentang definisi emosi, komponen-komponen yang membentuknya dan cara-cara mengenali atau mengetahui emosi seseorang. Sebelum menghadiri kuliah, saya ingat emosi sama seperti perasaan seseorang dan sangat mudah untuk dikenali, tetapi selepas menghadiri kuliah tersebut, barulah saya tahu bahawa emosi merupakan interaksi kompleks antara faktor-faktor subjektif dan obektif yang dikawal oleh sistem hormone badan menurut Kleinginna dan Kleinginna(1981). Faktor subjektif boleh dipengaruhi oleh percaya sendiri dan bergantung atas fakta-fakta benar, manakala factor objektif merupakan sesuatu situasi yang boleh mempengaruhi kesannya.

            Menurut kuliah yang saya hadiri, emosi dapat dibentuk daripada empat komponen, iaitu, perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkah laku yang berkaitan. Jenisi-jenis perasaan termasuklah gembira, sedih, marah, takut, kecewa, risau, tertekan dan sebagainya. Proses kognitif merupakan sesuatu gambaran emosi yang bergantung kepada pemikiran seseorang dan penilaian terhadap sesuatu perkara. Seterusnya, perubahan fisiologi merupakan aksi badan terhadap perubahan emosi, seperti berpeluh dalam keadaan yang cemas dan takut. Tingkah laku berkaitan pula adalah sesuatu tindakan berdasarkan perasaan yang dialami.

Kompenen-komponen ini boleh ditunjukkan daripada pengalaman saya. Pada suatu hari, semasa saya telah menutup lampu dan hendak pergi tidur, saya nampak macam satu orang berdiri di tempat yang tidak jauh dengan saya dan saya berasa takut (perasasan). Semasa saya berfikir tentang apa yang saya harus lakukan sekarang (proses kognitif), jantung saya berdegup dengan lebih laju dan kuat (perubahan fisiologi). Dengan ini, saya pun membuka lampu dan barulah saya tahu itu hanya baju yang diletakkan oleh ibu saya (tingkah laku yang berkaitan). Oleh itu, emosi bukan sahaja merupakan perasaan seseorang tetapi merangkumi banyak aspek lagi.

            Emosi juga boleh dikaitkan dengan motivasi, Emosi boleh menjadi motivasi seseorang untuk melakukan sesuatu atau motivasi seseorang menyebabkan emosi tersebut. Sebagai contoh, saya akan bimbang bahawa keputusan saya dan saya akan belajar dengan lebih rajin disebabkan saya ada motif untuk tidak mengecewakan ibu bapa saya. Sebaliknya, oleh sebab saya rindu akan keluarga saya, saya sentiasa menghubungi mereka walaupun saya tidak dapat sentiasa balik ke rumah. Ini telah menunjukkan hubungan antara emosi dan motivasi, tetapi emosi dan motivasi bukan berhubungan dalam semua keadaan.

            Seterusnya, saya telah memahami bahawa emosi seseorang boleh dikenali malalui beberapa cara selepas kuliah tersebut. Cara pertama adalah melalui apa yang diluahkan dan disampaikan oleh orang tersebut seperti semasa temu duga dan soal selidik. Cara ini merupakan cara yang paling mudah. Sebagai contoh, saya dapat mengesan bahawa kawan saya tertekan semasa berbual-bual dengan kawan saya. Cara yang kedua ialah melalui pemerhatian kami dengan memerhatikan cara percakapan dan nada suara orang tersebut. Contohnya, orang tersebut berkata bahawa dia tidak marah tetapi munggunakan nada suara yang tinggi menunjukkan orang tersebut sedang marah sebenarnya.


            Bagi tajuk yang kedua, iaitu struktur dan ekspres emosi, saya telah belajar tentang evolutional/biological theory dan learning theory. Antara biological theory adalah Darwin's basic theory of emotions, Plutchik primary emotion theory, Tomkin's facial feedback theory dan Izard's innate facial expression.

           Menurut Darwin's basic theory of emotions, emosi ialah ciri dalaman manusia dan berhubungan dengan wajah. Oleh sebab wajah merupakan sesuatu yang ditunjukan atas permukaan dan bukannya organ-organ yang berada dalam badan, ia merupakan refleksi emosi seseorang yang paling mudah dikesankan. Contohnya, kami akan senyum kalau kami berasa gembira. Walaubagaimanapun, ada sebahagian orang tidak menunjukkan emosinya atas wajah. Mereka sengaja menymbunyikan perasaan mereka menyebabkan kami susah mengesan emosi mereka yang sebenar.

Manakala, menurut Plutchik primary emotion theory, emosi boleh dibahagikan kepada tiga komponen,iaitu bahasa emosi, penyesuaian tindak balas asas dan dimensi emosi. Berkenaan dengan bahasa emosi, emosi digambarkan dalam tiga bahasa, iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif merupakan cara asas sesuatu emosi digambarkan seperti sedih, marah dan gembira. Bahasa tingkah laku merujuk kepada tindakan yang akan diambil disebabkan oleh emosi seseorang. Contohnya, saya akan menjerit kalau ada tekanan. Selain itu, bahasa fungsian merupakan bahasa tersirai dalam melambangkan emosi. Contohnya, perasaan sedih melambangkan sesuatu yang tidak diingini atau sesuatu yang bertentangan dengan harapan telah berlaku.

            Seterusnya, Tomkin's facial feedback theory menghuraikan emosi dengan balas wajah. Kawasan sekeliling yang berbeza akan menyebabkan emosi seseorang berlainan. Oleh itu, kami seharusnya sentiasa senyum kerana senyum dapat menyebabkan kami lebih gembira dan juga mempengaruhi seseorang yang berdekatan dengan kami menjadi lebih ceria. Manakala, Izard'd innate facial expression mencadangkan seseorang akan memberi reaksi yang semula jadi terhadap emosinya dan emosi adalah sesuatu semula jadi yang zahir sejak lahir dan bukannya sesuatu yang boleh dipelajari. Walaubagaimanapun, ekspresi bayi yang baru dilahrkan mungkin diubahsuai oleh persekitaran dan budaya.

            Akhir sekali adalah berkaitan dengan learning and experience theory. Melalui teori ini, saya telah memahami bahawa pengalaman dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam pengurusan emosi. Sebagai contoh, kalau kami dipatuk oleh ular, kami mungkin akan takut bukan sahaja ular tetapi juja sesuatu yang serupa dengan ular.

            Kesimpulannya, saya telah banyak memperolehi manfaat daripada kuliah ini dan pembacaan sendiri. Saya telah lebih memahami teori-teori tentang emosi. Walaupun terdapat banyak pendebatan tentang apa sebenarnya emosi, tetapi yang paling penting adalah pengurusan emosi. Kami perlu  mengawal emosi kami dengan baik dan secara langsungnya dapat berinteraksi dengan baik sesama satu lain. Secara tidak langsungnya, kita dapat jidup dengan aman dan harmoni.

No comments:

Post a Comment