Friday 29 July 2011

A131509 Siti Hasmah Md Amir LJ01


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada Tanggal 27 julai 2011, saya telah memulakan sesi pembelajaran saya yang pertama dalam kursus pengurusan emosi pada semester 3 ini.  Di akhir kuliah tersebut, barulah saya sedar bahawa emosi bukan sekadar sesuatu perasaan yang dialami oleh manusia sahaja. Apabila manusia mula sedar tentang kepentingan memahami emosi, maka emosi mula dikaji oleh cerdik pandai dan kepentingan memahami emosi menjadi topik yang menarik. 

                Melalui kuliah tersebut,  saya diperkenalkan dengan empat komponen emosi iaitu ;

A:afektif ( sesuatu perasaan )

K:kognitif  (menyelesaikan dan mengenal pasti punca perasaan)

F :fisiologi ( perubahan secara fisiologi)

B: behaviour ( perubahan tingkah laku yang berkaitan)

                 Emosi boleh mewujudkan  "Afektif"  yang bermaksud sebuah perasaan seperti takut, sedih mahu pun gembira. 'Kognitif' pula menghampiri kearah maksud proses mengenal pasti punca rasa takut dan cuba mengurangkan rasa takut. Saya berpendapat bahawa ini adalah percubaan minda untuk mengubah perasaan tersebut (takut) kepada sesuatu perasaan yang lain contohnya perasaan tenang atau bertentangan daripadanya. Seterunya, berlaku 'perubahan fisiologi', dimana, badan bergeletar atau berpeluh-peluh. Komponen ini adalah suatu proses yang berlaku dari dalam diri seseorang itu yang tidak dapat dikawal. Kemudian, berlaku perubahan tingkah laku, seperti berlari atau menjerit mahupun melompat-lompat ketakutan.

                Hal ini menunjukkan bahawa emosi bukan sekadar perasaan, emosi juga boleh diukur, berdasarkan 4 komponen di atas.  Emosi boleh diukur melalui pemerhatian secara langsung seperti melalui pendekatan fisiologi  atau pun laporan kendiri ( self-report) contohnya melalui temu-bual, soal selidik mahupun melalui teknik monitoring.  Jika pendekatan fisiologi digunakan, pengukurannya adalah pelbagai  seperti kadar jantung. Contohnya ketika seseorang dalam ketakutan, kadar jantungnya akan menjadi  kencang,samalah juga dengan orang yang sedang berdebar-debar untuk menaiki pentas. Secara tidak langsung ia menerangkan komponen emosi yang ketiga. Inilah yang saya maksudkan seperti tadi iaitu emosi boleh diukur melalui komponennya.  Jika melalui pendekatan laporan kenderi seperti soal selidik, ia boleh mengukur perubahan tingkah laku melalui soalan. Contoh soalan , apakah yang anda lakukan jika anda marah. Maka responden tersebut boleh menjawab soalan tersebut berdasarkan tingkah laku mereka.

               

                Sebentar tadi, saya ada menyebut mengenai beberapa cerdik pandai telah mengemukakan beberapa teori . Teori yang saya yang ingin saya kupas ialah  daripada buku The expression of emotion in man and animal karya Darwin. Saya difahamkan, buku ini mengatakan bahawa expresi  wajah melambangkan emosi kerana wajah senag dilihat berbanding organ. Saya sangat bersetuju dengan penyataan ini. Dari segi perubatan sendiri, kami menggunakan  pendekatan seperti ini  dalam proses pemeriksaan kesihatan.  Contohnya , orang yang sedang sakit biasanya akan menunjukkan expresi muka lemah dan tidak bermaya. Sukar tersenyum dek risau tentang penyakit yang dihidapi. Untuk contoh yang lebih mudah seperti "Hypertension White Coat" . Oleh kerana berdebar untuk berjumpa dengan doktor, kadar degupan jantung meningkat dan secara ringkasnya boleh meningkatkan tekanan darah.  Oleh kerana terlalu "nervous", tangan pesakitnya akan menjadi sejuk dan wajah yang risau. Oleh itu, doktor boleh kesan keadaan ini semenjak mereka bersalam dengan doktor dan cara mereka memandang doktor. 

Seterusnya, saya turut tertarik dengan Plutchik's language of emotion yang diterangkan. Dimana, emosi dibahagikan kepada bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif dalam bahasa yang mudah adalah perasaan yang biasa kita gambarkan seperti sedih. Apabila kita sebut perkataan sedih, pasti kita akan terfikir tentang tangisan. Secara tidak langsung menerangkan bahasa tingkahlaku iaitu tingkahlaku bagi sedih adalah menangis. Bahasa fungsian pula menerangkan fungsi emosi atau punca sedih dan menangis. Mungkin kerana menunjukkan kerinduan kepada kampung halaman. Berdasarkan  cara saya mengkaitkan ketiga-tiga  perkara di atas, maka mudahlah cara saya menghafal ketiga-tiga pembahagian emosi ini.  Namun setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menterjemahkan sesuatu emosi atau perasaan diwajah mereka terutamanya.  Ada yang terlalu gembira atau terharu membuatkan seseorang itu menangis. Oleh itu, memang sukar mengetahui apa yang berlaku disebalik bahasa emosi orang lain.

                Baru-baru ini saya ada menbaca sebuah artikel daripada blog ZT2253 iaitu TEORI MAKLUMBALAS WAJAH.   

" Menurut Tomkin(1963,1995), iaitu pengasas teori emosi yang berdasarkan kepada perspektif Darwin. Hipotesis beliau menyatakan bahawa emosi secara asasnya adalah tingkahlaku yang berkaitan dengan wajah, dan pengalaman emosi terbit daripada ekspresi wajah. Apabila  anda tersenyum,anda akan gembira ;apabila dahi anda berkerut dan lubang hidung anda kembang, anda sedang marah. Ekspresi wajah menghasilkan emosi."   

                                                                                                                     (Tomkin, 1963,1995 Smith's Emotion)

Bahagian yang menjadi tarikan saya ialah apabila kita tersenyum kita akan gembira. Ini jarang kita dengar, biasanya apabila kita gembira, kita akan tersenyum.  Saya terus cuba pada diri saya sendiri. Saya tidak pasti dengan keberkesanannya, kemudian saya menyambung bacaan saya kepada perenggan yang seterusnya, dimana, teori ini disokong oleh Robert Zajonc dan sahabat-sahabatnya, mereka mengatakan bahawa, salur darah akan menerima kesan daripada kepelbagaian kedudukan otot-otot muka.  Apabila saluran darah tersekat kerana pergerakkan otot, ia akan menyebabkan perubahan suhu tisu otak dan menyebabkan "neutransmitter" yang berkaitan dengan emosi akan disekat atau dibebaskan. Kemudian, secara fisiologinya, ia akan menerbitkan keadaan emosi.  Ini bermakna, kita mampu mengawal emosi kita. Tiba-tiba saya terfikir dengan lakonan menangis oleh pelakon drama. Mereka menyampaikan emosi  watak sedih mereka dengan menangis. Walhal, ini bukanlah perasaan dan emosi mereka yang sebenar, tetapi kerana dapat mengawal emosi dengan baik ketika berlakon, emosi sedih itu dapat dirasai oleh penonton.   

                Apabila saya telusuri lagi terjemahan ini, sekali lagi saya terkejut membaca satu lagi infomasi yang baru mengenai emosi semula jadi pula. Berkenaan dengan newborn study,

 "kemarahan dan terkejut diekspresikan ketika usia bayi mencecah 3 atau. Malu serta takut boleh dilihat ketika bayi mencecah usia 5 atau 6 bulan.  Perasaan berpuas hati boleh dilihat dipenghujung usia  setahun , dan bersalah di peringkat awal usia 2 tahun."

                                                                                                                                 (izard, 1978, Smith's Emotion)

Bagaikan tidak percaya, keinginan yang sangat tinggi dalam mengupas topik ini akhinya menghasilkan beberapa teori yang sangat menarik seperti di atas. Namun, teori ini mendapat tentangan daripada  sesetengah kajian mengenai wajah bayi.  

                Inilah yang saya dapat pelajari dan infomasi yang saya jumpa setelah saya mendengar kuliah Pengurusan Emosi yang pertama. Barulah saya sedar bahawa ramai dalam kalangan kita begitu mengambil berat dalam hal-hal mengenai emosi. Daripada komponen, bahasa emosi sehingga teori-teori yang menarik. Pada pandangan saya sehingga kini, emosi sebenarnya "complex" dan bukan mudah difahami. Saya berharap agar dalam Jurnal yang seterusnya, saya dapat mengupas  dan meneliti lebih banyak infomasi mengenai EMOSI.  

 

 

                

No comments:

Post a Comment