Friday 29 July 2011

A131504 Ng Kim Khim LJ01 Emosi

Setelah menghadiri kuliah kursus ZT2253 Pengurusan Emosi, saya telah didedahkan tentang tajuk "Pengenalan Emosi" dan "Stuktur dan Expressi Emosi" oleh Dr Zamri. Sebelum menghadiri kuliah ini, pengetahuan saya terhadap emosi adalah terhad. Dalam pengetahuan saya, saya mendefinisikan emosi sebagai perasaan seseorang. Setelah penerangan dan penjelasan pensyarah, barulah saya faham dan mengenali EMOSI.

Emosi merupakan sejenis perasaan yang mempunyai multi dimensi. Emosi bukan sesuatu yang ditunjukan secara fizikal. Emosi adalah perasaan yang meliputi aspek perubahan psikologi dan keadaan sekeliling. Emosi sebagai perasaan yang dalaman dan terdapat beberapa jenis seperti marah, gembira, sedih, benci, takut, cemburu, gementar atau gangguan pada perasaan. Oleh itu, emosi merupakan satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan diri sendiri tanpa paksaan luaran. Perasaan yang berpunca daripada mental seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pada situasi.

Terdapat 8 reaksi yang utama iaitu  : -

·         Takut

·         Meluat

·         Marah

·         Terperanjat

·         Gembira

·         Sedih

·         Terima

·         Rasa ingin tahu

Terdapat 4 reaksi daripada  yang bertentangan  iaitu : -

·         Terima atau meluat

·         Takut atau marah

·         Gembira atau sedih

·         Terkejut atau jangkaan

 

Emosi juga melibatkan subjektif, biological, agen tujuan dan fenomena social. Sebagai contoh, subjektif merupakan susuatu yang melibatkan perasaan seseorang tersebut dalam sesuatu situasi yang melibatkan juga biological iaitu tindakan badan terhadap sesuatu untuk menyesuaikan keadaan yang berlaku. Emosi juga melibatkan tujuan iaitu tujuan seseorang yang mampu atau tidak mampu melakukan. Fenomena social pula merupakan komunikasi dengan orang lain melalui signal rupa, suara dan pastur yang meliputi emosi seseorang tersebut.

Terdapat empat komponen yang terlibat dalam emosi yang diklasifikasikan oleh pensyarah iaitu

·  affective experiences (perasaan)

·  cognitive processes (proses kognitif)

·  physiological adjustments (perubahan fisiologi)

·  behavior (tingkahlaku)

        i.            Perasaan

Component pertama mengenai perasaan. Perasaan merupakan sesuatu ciri-ciri dalam manusia dan punca tindakan yang akan dilakukan oleh manusia. Emosi yang berinteraksi dengan perasaan. Contoh perasaan iaitu keriangan, muram, terkejut, gembira, sedih, marah, gesah, takut, menjijikan dan sebaigainya. Jenis-jenis perasaan ini akan menjejaskan tidakan kita. Kita akan membuat keputusan dan membuat segala tindakan mengikut perasaan dan emosi kita. Semasa emosi dalam manusia terjejas, manusia tidak dapat membuat keputusan ataupun mengambil tindakan yang wajar.

      ii.             Proses kognitif

Gaya kognitif bagi setiap individu adalah berbeza. Ini dipengaruhi oleh perspeksif setiap individu terhadap perkara tersebut. Contohnya semasa seseorang mendengar bunyi yang pelik, mungkin individual A akan berasa takut dan gesah terhadap bunyi tersebut tetapi bagi individual B akan berasa tenang dan tidak peduli dengan bunyi tersebut. Oleh itu, elemen ini memperngaruhi emosi kita dan tindakan kite terhadap sesuatu situasi. 

    iii.            Perubahan fisiologikal

Perubahan fisiologi meliputi aktiviti sistem autonomic dan hormon dalam mengatasi situasi yang dihadapi. Sebagai contoh, semasa kita mengalami emosi kemarahan, badan kita akan bertindak secara fisiologikal. Suhu badan kita akan menaik, ini akan mengakibatkan rambut menjadi tegak, tekanan darah dan denyut jantung meningkat secara tiba-tiba, pernapasan menjadi lebih pantas daripada normal. Perubahan fisiologikal akan menjejaskan emosi kita. Perubahan badan secara fisiologikal adalah sesuatu perubahan yang automatik.

    iv.            Tingkah laku berkaitan

Setelah komponen-komponen yang saya telah jelaskan di atas, kita akan mengambil tindakan bergantung kepada emosi kita. Tingkah laku yang berkaitan dengan emosi kita akan menjejaskan keputusan sesuatu perkara dan memberikan kesan yang baik atau buruk untuk seseorang.

Tambahan pula, emosi dan motivasi tidak dapat dipisahkan menurut Baron & Logan 1993. Emosi merupakan motivasi menjejaskan tingkahlaku dan tindakan kita. Menurut Lang et al, 1992 pula, motif boleh menjadi emosional.  Contohnya stress. Stress akan menjejaskan emosi kita. Stress boleh menjadi motivasi yang positif dan negative mengikut tahap stress tersebut. Tahap stress yang sederhana akan memberi motivasi yang positif kepada kita manakala tahap stress yang melampau tinggi dan rendah akan memberi motivasi yang negatif. Motivisi positif adalah kebaikan kepada manusia kerana kita akan menjadi semangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kita.  Motivasi negative akan menyebabkan seseorang menjadi murum dan kehilangan harapan dalam kehidupan.

 

Saya juga memperlajari beberapa cara asas mengukur emosi setelah kuliah ini. Sebelum ini saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai ukuran emosi. Tetapi selepas memperlajari empat komponen yang penting terhadap emoso, saya dapati sebenarnya emosi boleh diukur. Ukuran emosi boleh dilakukan secara pemerhatian dan temu duga. Kita dapat mengetahui emosi orang lain dengan pemerhatian yang teliti terhadap perbualan dna perbuatan orang tersebut. Melalui temu duga merupakan ukuran yang lebih jelas mengenai emosi orang tersebut. Nada dan suara semasa temu duga menunjukan emosi seseorang tersebut. Semasa individual marah, nada dan suara dia akan meningkat. Ini merupakan cara untuk mengukur emosi orang tersebut.


 

Struktur dan expresi emosi mempunyai beberapa teori. Antaranya termasuk:

1.      Darwin's basic theory of emotions / Teori Asas Emosi daripada Darwin

o  Teori ini menghuraikan tentang emosi adalah ciri-ciri dalaman manusia. Ini menunjukan hubungan emosi dengan wajah.

o   Wajah merupakan refleksi emosi indivudual yang paling mudah untuk dikesankan. Ini kerana emosi kita akan menunjukan dalam permukaan kita.

Pada pendapat saya, teori ini kurang berseluruh kerana manusia boleh menyembunyikan emosi meraka dan tanpa menunjukkan emosi dalam wajah muka mereka.

 

 

2.      Plutchik primary emotion theory/ Teori Emosi Primari Plutchik

o   Teori ini menghuraikan hubungan emosi dengan bahasa yang berbeza.

o   Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.

-          Bahasa subjektif : Sedih, marah, gembira. Ini menunjukkan kebanyakkan perasaan yang muncul dalam wajah kita. Contohnya semasa kita sedih, kita akan menangis.

-          Bahasa Tingkah Laku : Keputusan dan tindakan yang ambil tindak mengikut emosi seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang marah akan menjerit dan mencampak barangan untuk menunjukkan perasaan dia.

 -          Bahasa Fungsian : Ini merupakan bahasa yang tersirat. Kita hanya akan menunjukkan emosi dengan bahasa ini kepada orang yang kita percayai.

 

3.      Tomkin's facial feedback theory/ Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin

·         Menghuraikan emosi dan balas wajah individu tersebut

·         Contohnya :  Apabila kita senyum, kita akan berasa gembira dan bukan kerana gembira kita senyum. Senyuman juga akan memberi orang-orang sekeliling menjadi gembira.senyuman akan menjadikan kita berasa bahagia dan sempurna. 

4.      Izard'd innate facial expression /Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard

o  Indivual memberi reaksi yang semula jadi terhadap emosi. Wajah kita akan memberi reaksi yang semula jadi terhadap emosi kita.

 

Kesimpulannya, kita perlu memahami EMOSI dahulu sebelum mengurus emosi kita. Pengurusan emosi dengan baik sangat penting dalam kehidupan kita. Seperti yang dibincangkan dalam jurnal ini, emosi mempengaruhi tingkah laku, perbuatan dan keputusan kita. Emosi juga mempengaruhi perbualan kita. Emosi paling senang muncul dalam wajah muka kita. Oleh itu, kita mesti menguruskan dan mengawal emosi kita dengan teliti. Dengan pengawalan emosi yang baik, kita dapat membuat keputusan yang betul dan tindakan yang wajar dalam menangani segala cabaran hidup kita. Kuliah ini amat memanfaatkan saya kerana saya dapat memahami emosi dengan lebih jelas dan dapat menguruskan emosi saya pada masa depan.

 

 

 

No comments:

Post a Comment