Thursday 28 July 2011

A131490 Nabilah binti Noreee - LJ01Tajuk 1 pengenalan emosi dan Tajuk 2 struktur emosi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

            Ini merupakan penulisan jurnal pertama saya bagi kursus pengurusan emosi pada semester 3 ini. Jurnal ini berkisar mengenai perkongsian pembelajaran saya mengenai kursus ini. Pada hari ini, saya telah mendengar kuliah selama 2 jam daripada Dr. Zamri mengenai dua tajuk yang pertama, iaitu pengenalan emosi dan struktur emosi. Sebelum pengkuliahan bermula, saya menjangkakan kursus pengurusan emosi mungkin merupakan kursus yang mudah yang mungkin hanya berkisar mengenai perasaan. Namun begitu, setelah berada di kuliah yang pertama, saya menyedari kursus ini bukannya satu kursus yang mudah dan ia memerlukan pemahaman yang baik mengenai konsep, serta komponen yang terdapat dalam pengurusan emosi.

            Emosi adalah perasaan suka atau duka yang dialami seseorang. Secararingkasnya, emosi dibahagikan kepada 4 komponen iaitu:

·         A: Affective.

·         C: Cognitive

·         F: Fisiologi

·         B: Behavior

Akronim untuk komponen ini ialah ac f b (account facebook). Ini memudahkan kami untuk mengingati komponen-komponen ini.

            Afektif menerangkan mengenai perasaan kita pada waktu tersebut, contohnya perasaan takut, kemudian ianya diikuti dengan cognitive di mana kita mengenal pasti punca ketakutan kita, dan mencari cara untuk mengatasinya. Kemudian komponen fisiologi memainkan peranan di manajantung kita akan berdegup laju, pupil kita akan membesar, dan kita akan bernafas lebih laju. Akhir sekali ialah behavior di mana kita mengambil tindakan, contohnya dengan berlari dari punca ketakutan itu. 4 komponen ini melengkapi maksud emosi itu yang sebenar. Jadi, apabila saya ditanya mengenai emosi, saya dapat menghuraikan dengan lebih baik berbanding sebelum saya menghadiri kuliah pengenalan ini.

Menurut Baron & Logan 1993, emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi. Emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional, ini pula menurut Lang et al, 1992. Namun begitu, ianya tidak berlaku di dalam semua keadaan.

Emosi sebenarnya mampu mengubah perbuatan seseorang. Contohnya, walaupun saya berada di dalam kepenatan dan tidak bermaya, lalu menerima panggilan telefon daripada ibu saya, dengan segera emosi saya akan kembali ceria, dan saya mampu berbual dengan bertenaga kerana rindunya pada ibu yang sudah lama tidak berjumpa. Bagi saya, emosi tidak dapat diukur, walaupun kita dapat menilainya melalui wajah, namun kita tidak dapat memberi satu penilaian yang tepat tahap emosi seseorang itu. Namun begitu, kaedah untuk mengukur emosi adalah melalui:

·         laporan kendiri contohnya temu bual, dan soal selidik;

·         melalui pemerhatian secara langsung.

Dalam bahagian kedua kuliah ini, kita telah diperkenali tentang beberapa teori yang berkaitan dengan emosi. Antaranya termasuk:

 

 1.      Darwin's basic theory of emotions / Teori Asas Emosi daripada Darwin

2.      Plutchik primary emotion theory/ Teori Emosi Primari Plutchik

3.    Tomkin's facial feedback theory/ Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin

4.    Izard'd innate facial expression /Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard

 

     Darwin's basic theory of emotions / Teori Asas Emosi daripada Darwin

Di dalam Darwin's theory, emosi terdiri daripada emosi asas-Primary emotion iaitu seperti, fear, disgust, anger dan surprise. Menurut Kokoszka,1993Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.

 

Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", Ekspresi wajah melambangkan emosi.Ia menyatakan bahawa riak muka seseorang dapat melambangkan emosi yang sedang dialami individu terbabit. Hal ini kerana wajah adalah anggota yang paling mudah bertukar sesuai mengikut emosi. Contohnya, ianya sesuatu yang janggal jika kita melihat seseorang yang marah, kelihatan senyum dengan seikhlasnya pada waktu yang sama. Ianya amat mustahil.

 

      Plutchik primary emotion theory/ Teori Emosi Primari Plutchik

 

Teori ini menyatakan bahawa emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza:

 

·         Subjective language – bahasa subjektif

·         Ia adalah bahasa biasa bagi emosi Contoh: takut, gembira dan sedih.

 

·         Behavioral language – bahasa tingkahlaku

·         Ia merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang.

·         Contoh: GEMBIRA – melompat kegirangan, senyum gembira

·         SEDIH – mengalirkan air mata 

 

·         Functional language – bahasa fungsian

  • Ia merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.
  • Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu
  • Contoh:
    • BERANI - memberinya keyakinan
    • SEDIH - melambangkan cinta kepada ibu bapa
    • GEMBIRA- melambangkan kasih saying antara sahabat

 

Teori Plutchik juga ada menyatakan lapan (8) emosi asas, iaitu:

·         Takut- FEAR

·         Meluat- DISGUST

·         Marah - ANGER

·         Terperanjat - SURPRISE

·         Gembira - JOY

·         Sedih - SADNESS

·         Terima – ACCEPTANCE

·         Rasa Ingin Tahu – CURIOSITY

 

Terdapat 4 bahasa yang bertentangan:

·         Acceptance/disgust

·         Fear/anger

·         Joy/sadness

·         Surprise/expectancy

 

Terdapat 3 dimensi emosi

·         Intensity

o    Merujuk kepada darjah kekuatan emosi (i.e. dari bahagia kepada gembira)

·         Similarity

o    Merujuk kepada hubungan/perkaitan (i.e takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira)

·         Polarity

o    Merujuk kepada kekutuban (i.e. benci lawannya suka)

 

Kelihatannya,Teori Emosi Primari Plutchik lebih komplek berbanding dengan Teori Asas Emosi daripada Darwin kerana ianya menekankan perkataan yang menggambarkan emosi berbanding dengan Teori Darwin yang tidak menekankan perkataan, namun melebihkan kepada riak muka.

 

Tomkin's facial feedback theory/ Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin

 

Teori Tomkin mempunyai menceritakan dengan lebih mendalam mengenai reaksi muka yang mempamerkan emosi sebagai reaksi kepada perkara-perkara tertentu. Contohnya, apabila kita mengalami kesedihan, automatic muka kita akan berubah menjadi sayu, lalu menangis; apabila mendengar jenaka,kita akan ketawa; apabila kita kemarahan, muka kita akan berkerut dan bertukar merah; apabila gembira muka kita akan menguntumkan senyuman. Dengan mudah, orang yang melihat mampu member andaian yang tepat megenai emosi mereka ketika itu.

 

 Izard'd innate facial expression /Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard

  Sesuatu yang semula jadi yang zahir sejak lahir, ataupun melalui budaya dan bukan hasil daripada pembelajaran. Pembelajaran mungkin memberi kesan yang kecil pada pengalaman emosional.

 

Kesimpulannya, terdapat banyak teori yang menerangkan mengenai emosi. Tiada teori yang salah mahupun benar, kesemuanya hasil daripada buah fikiran pemikir-pemikir terdahulu. Kesemua teori berkait rapat antara satu sama lain. Kita perlu memahami emosi seseorang memandangkan ianya perkara yang penting dalam komunikasi agar wujudnya keharmonian.

 

"Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan terpenting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak."

http://hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah/risalah06.html )

No comments:

Post a Comment