Thursday 28 July 2011

A131407 HANISAH BT ABDUL HALIM EMOSI CERMINAN DIRI

Emosi Cerminan Diri..=)

Assalamualaikum dan salam  sejahtera kepada semua.Pada minggu ini,saya telah didedahkan secara lebih terperinci berkenaan definisi emosi dan juga struktur yang terlibat dalam pembentukan emosi.Mengikuti kuliah dengan penuh tekun,saya merasakan,emosi itu melambangkan siapakah diri saya.Oleh itu,tajuk jurnal saya adalah 'Emosi Cerminan Diri'.
          Terlebih dahulu,suka saya mendefinisikan perkataan 'emosi'.Emosi adalah satu perasaan yang dihadapi oleh seseorang berikutan sesuatu peristiwa yang melahirkan tindakan oleh individu tersebut serta berlaku perubahan fisiologi yang ketara.Emosi manusia dapat diukur melaui 2 cara iaitu melalui laporan kendiri dan juga pemerhatian secara langsung.
          Emosi adalah perasaan yang lahir secara semulajadi.Oleh itu,beberapa formula telah dihasilkan bagi menerangkan secara lebih terperinci berkenaan struktur emosi manusia.Namun,apa yang saya ingin huraikan di sini adalah berkenaan teori Darwin dan juga teori Plutchik.
Teori Darwin mengatakan bahawa emosi adalah terdiri daripada emisi primary.Emosi primary ini pula terdiri daripada tiga komponen iaitu semulajadi(innate),seragam(universal) dan juga suasana yang unik(unique state).Emosi juga dikatakan paling mudah dilihat melalui ekspresi wajah manusia.
Teori Plutchik pula adalah lebih kompleks.3 komponen utama dalam teori ini adalah bahasa emosi(language of emotion),adaptasi terhadap emosi tersebut(basic emotion adaptation) dan juga dimensi emosi(dimensions of emotion).
         
Komponen  utama iaitu bahasa emosi pula terbahagi kepada tiga iaitu 'subjektive','behavioural'dan 'functional'.Bahasa subjektif merujuk kepad perasaan dalaman yang kita rasai seperti marah,sedih ,geram dan sebagainya.Manakala bahasa 'behavioural'pula merujuk kepada tindakan susulan sepe      rti menjerit ketika geram,senyum ketika gembira dan lain-lain.Bahasa 'functional'pula merujuk kepada fungsi tindakan tersebut menjerit ketik geram untuk menyatkan ketidakpuasan hati.
          Adaptasi terhadap emosi pula secara dasarnya dibahagikan kepada 8 komponen iaitu takut,meluat,marah,terperanjat,sedih,terima dan juga ingin tahu.Secara dimensinya,emosi dapat dinilai dari sudut tahapnya persamaan dengan pelbagai bangsa dan juga perbezaannya.Ini seperti yang dinyatakan dala teori Plutchik sebagai intensity,similarity dan polarity.
          Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon tanpa buah,bermakna tiada manfaat.Oleh itu suka saya kaitkan sesi pembelajaran hari ini dengan emosi dalam kehidupan kita seharin sebagai pelajar.Dalam menjalani kehidupan seharian,sudah tentu kita seringkali akan menghadapi cabaran dan ujian dalam mengukur tahap emosi kita.Baik diri kita sendiri mahupun orang lain dapat menilai tahap pengurusan emosi kita seharian.
          Sebagai contoh,apabila seseorang itu marah akan sesuatu perkara,maka tindakan susulan seperti menjerit untuk menyatakan kemarahan tersebut.Namun apa yang lebih penting dalam kehidupan kita adalah bagaimana kita menguruskan emosi tersebut.Pengurusan emosi yang baik dapat memberikan impak positif kepada individu dan juga persekitarannya.
          Contoh pengurusan emosi yang baik adalah mengahadapi serta mengatasi stress dengan bijaksana.Dewasa ini,pelajar sering mengalami gangguan emosi iaitu stress kesan daripada  tuntutan pelajaran dan juga desakan ibubapa supaya pelajar berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.
          Kebanyakan stress memberi impak buruk kepada pelajar dari sudut mental dan fizikal.Stress member impak buruk kepada mental seperti kemurungan,hilang fokus dan juga kurang kepercayaan pada diri sendiri.Manakala dari sudut fizikal,pelajar yang tidak dapat menguruskan stress dengan baik lebih cenderung untuk hilang selera makan,ketidakstabilan system immunisasi serta turun  berat badan.
          Stress yang baik dapat diadaptasikan menjadi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.Pelajar yang dapat menguruskan stress dengan baik dapat menukarkan tekanan yang dihadapi menjadi satu cabaran yang perlu diatasi dengan sihat.Kerja dan senarai topik yang perlu dipelajari disusun dengan kemas serta diselesaikan satu persatu dengan tekun supaya hasil yang luar  biasa dapat diperoleh.
          Dari sudut keagamaan pula,kita diajar untuk lebih tenang menghadapi  urusan kehidupan yang dianggap sebaagai ujian hidup untuk mengukur tahap keimanan serta kesabaran manusia.Seperti dalam ayat Al-Quran menjelaskan bahawa setiap ujian yang diturunkan adalah sesuai dengan kemampuan individu tersebut untuk menghadapinya.Kita disarankan supaya berfikiran positif kerana apabila kita berfikir bahawa kita dapat melakukan sesuatu,kita telah mengatur minda kita untuk bergerak selari dengan tindakan yang bersesuaian.
          Dari sudut moral pula,ujian dan cabaran yang kita hadapi membentuk peribadi insaniah kita.Sebagai contoh,orang yang dapat menguruskan emosi marah dapat melatih mindanya untuk berfikiran positif,berfikiran terbuka,dan mengawal perasaan dengan lebih baik ketika berhadapan dengan orang lain.
          Konklusinya,emosi terdiri daripada komponen yang besar dan kita menghadapinya setiap hari dalam kehidupan.Cara kita mengatasi dan menguruskan mencerminkan diri kita.Oleh itu,mari kita mendidik jiwa kita supaya lebih bijaksana dalam beremosi.=)
         
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment