Friday 29 July 2011

A131332  Qamarul Ariffin Bin Samin  LJ01  Saya Emosi???
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini merupakan jurnal pertama saya dalam kursus ZT2253 berdasarkan kuliah menarik yang telah disampaikan oleh Dr. Zambri pada 27 Julai 2011 yang lalu.
Menerusi kuliah yang disampaikan, saya telah berjaya mempelajari maksud emosi yang sebenarnya. Sebenarnya, emosi merupakan suatu yang kompleks dan abstrak berdasarkan definisi yang diberikan oleh Kleinginna & Kleinginna (1981) yang menyatakan bahawa "emosi merupakan satu set yang kompleks meliputi hubungan atau interaksi antara subjektif dan juga factor-faktor objektif selain dikawal oleh sistem hormone badan kita". Emosi juga boleh menimbulkan suatu perasaan seperti takut disebabkan terdengar sesuatu yang menakutkan, menghasilkan proses-proses kognitif seperti perasaan takut akan bunyi tersebut , serta emosi dapat mengaktifkan proses fisiologi dalam badan kita seperti jantung kita berdegup dengan lebih kencang. Disamping itu, emosi boleh mengawal tabiat dan tingkah laku kita seperti bersembunyi di dalam bilik atau pun menelefon seseorang disebabkan bunyi kurang menyenangkan itu.
Kuliah juga telah memperkenalkan beberapa cara untuk mengukur dan menentukan emosi kita sendiri. Salah satu cara yang sesuai ialah "self-reports" iaitu merujuk kepada perasaan atau pun emosi seseorang pada satu-satu masa. Melalui cara ini, kita boleh melakukan temuramah dan senarai soalan. Selain itu, cara lain yang boleh digunakan ialah "Direct Observation" dan "Physiological measurement" yang dapat mengukur tahap sistem badan kita berdasarkan emosi seseorang.
Saya sangat tertarik dengan beberapa teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh terkenal dunia. Antaranya ialah "Darwin's Basic Theory of Emotion", "Plutchik's Primary emotion theory", "Tomkin's Facial Feedback Theory" dan "Izard's innate facial expression". Sebelum menghadiri kuliah ini, saya tidak tahu sedalam ini tentang apakah itu emosi. Setelah mengikuti kuliah Pengurusan Emosi ini barulah saya sedar bahawa emosi memang merupakan suatu yang sangat kompleks dan menjadi bahan kajian di seluruh dunia.
Menurut Darwin, emosi terdiri dari emosi asas (primary emotion). Emosi asas ini merupakan suatu yang universal dimana telah dpraktikkan oleh semua bangsa dan budaya di seluruh dunia. Memetik buku "The Expression of the Emotions in Man and Animals", ekspresi wajah turut melambangkan emosi seseorang. Emosi juga bersifat adaptif dan sebenarnya emosi-emosi yang wujud dalam diri seseorang adalah kombinasi antara emosi-emosi primari.
Plutchik's theory memberi gambaran tiga bahasa emosi yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Ketiga-tiga bahasa emosi ini sangat berkaitan antara satu sama lain. Contohnya, perasaan sedih yang menyelubingi diri seseorang merujuk kepada bahasa subjektif. Manakala, bahasa tingkahlaku merujuk kepada tindakan susulan daripada emosi yang dirangsang seperti apabila seseorang berada dalam kesedihan, dia akan mengalirkan airmata. Perasaan sedih dan tangisan yang terhasil mungkin disebabkan oleh sesuatu kejadian yang merangsang emosi seseorang itu. Perkara ini merujuk kepada bahasa fungsian yang menunjukkan bagaimana emosi berperanan kepada individu. Plutchik telah menyenaraikan lapan emosi asas dan telah membahagikan emosi kepada tiga dimensi iaitu intensiti, kesaamaan, dan polariti. Intensiti (intensity) merujuk kepada darjah kekuatan emosi seseorang, manakala kesamaan (similarity) pula merujuk kepada hubungan ataupun perkaitan antara beberapa emosi seperti takut dan sedih. Selain itu, polariti (polarity) merujuk kepada kekutuban emosi seperti benci lawannya suka.
"Tomkin's Facial Feedback Theory" menyentuh tentang apa yang boleh melahirkan emosi seseorang. Setiap perasaan pasti ada cerita dan sebab di sebaliknya. contohnya, senyum membuat kita gembira, dan menangis membuat kita sedih. Teori ini sangat menarik dimana terdapat kaitan antara emosi dengan maklum balas wajah seseorang.
Teori yang terakhir, dikemukakan oleh Izard yang merujuk kepada ekspresi wajah merupakan sesuatu yang natural. Ini memberi maksud bahawa emosi dan ekspresi telah diadaptasi sejak dilahirkan seperti contoh seorang bayi yang boleh senyum sejak dilahirkan.
Kesimpulannya, emosi merupakan sesuatu yang kompleks dan sangat abstrak. Pada pendapat saya, emosi mempunyai kesan tertentu terhadap sesorang. Kesan daripada emosi juga dapat melahirkan ekspresi wajah yang dapat menggambarkan emosi seseorang. Walaubagaimanapun, ekspresi juga boleh memberi kesan kepada emosi kita seperti senyuman dapat menjadikan kita gembira dan sebaliknya. Kursus pengurusan emosi ini sangat berguna kepada kita terutamanya kerana dapat memberi pengajaran kepada kita dalam menggunakan ekspresi yang sesuai semasa merawat pesakit.        

No comments:

Post a Comment