Friday 29 July 2011

A131273 Nurul Sakinah Binti Anuar LJ01 Emosi

          Assalamualaikum, hye, and selamat sejahtera. Ini adalah jurnal pertama saya setelah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi ZT2253 pada 27 Julai 2011. Kedatangan saya ke kuliah kali ini telah sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan saya tentang emosi dan cabang-cabangnya. Daripada nama kursus sahaja sudah boleh menambat hati pelajar iaitu Pengurusan Emosi, dan sebagaimana kita ketahui, pelajar-pelajar penuh dengan emosi yang tidak begitu terurus, jadi pelajar semua gigih untuk datang ke kuliah untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang emosi dan pengurusannya.

Kuliah pada 27 Julai 2011 yang lepas adalah Pengenalan dan juga kuliah yang bertajuk Struktur dan Ekspresi Emosi. Pada kuliah pengenalan, saya telah mempelajari apa itu emosi dan juga komponen yang membentuknya. Sebelum mempelajari tentang emosi ini, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya tentang emosi adalah perasaan seseorang itu dalam pelbagai situasi di sekelilingnya. Daripada kuliah, saya mendapati emosi ini sebenarnya adalah interaksi complex di antara factor subjektif dan objektif, dibantu oleh sistem hormone badan. Perkara ini boleh dibahagikan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan, dan tingkahlaku berkaitan. Hal ini boleh digambarkan dalam diri saya sendiri. Contohnya, apabila saya berjalan-jalan di Midvalley, saya terlihat sepasang baju yang begitu menawan dan saya berasa sangat gembira(perasaan), kemudian saya pun berfikir sejenak(proses kognitif) sama ada mahu membeli atau tidak. Kemudian saya pun masuk ke butik tersebut(perubahan), memcuba baju tersebut, dan terus membelinya(tingkahlaku). Di sini saya dapat melihat komponen-komponen bagaimana emosi itu boleh tercetus. Oleh itu, emosi sebenarnya adalah lebih luas definisinya daripada perasaan.       

          Daripada pembacaan saya, Emosi: Penjelalajahan Religio Psikologis, manusia juga dikenali sebagai makhluk dengan emosi yang teramat beragam. Daniel Goldman, salah satu orang yang sangat tertarik dengan kajian tentang emosi, menyebutkan adanya ratusan emosi yang dimiliki manusia. Atas emosi beraneka ragam itu, Goldman memilihnya ke dalam lapan jenis emosi iaitu amarah, kesedihan, rasa takut, kenikmatan, cinta, terkejut, jengkel dan malu. Mengapa emosi perlu dikaji dan apa manfaat dari pengetahuan itu, menjawab petanyaan itu, muncul lah teori yang bernama Emotional Qoutient (EQ). Menurut teori ini, keberhasilan seseorang dalam hidupnya bukan ditentukan oleh intelligent, melainkan Emotional Qoutient yang tinggi.

Adakah emosi dapat diukur? Ya! Bagaimana? Salah satu caranya adalah dengan self-report- iaitu kata lisan daripada orang itu sendiri tentang perasaan yang dialaminya. Terdapat pelbagai cara iaitu daipada temubual, soal selidik, ataupun merekod menulis tentang perasaan kita dalam satu jangka masa. Ia mudah dan direct tetapi boleh menimbulkan ralat. Emosi juga boleh diukur melalui penanda psychological kadar degupan jantung, tekanan darah, kadar pernafasan dan juga aktiviti elektrik otak dan lain-lain teknik.

          Beralih ke tajuk seterusnya iaitu Struktur dan Ekspresi Emosi. Daripada kuliah ini saya telah mempelajari bahawa terdapat dua teori yang luas tentang struktur dan ekspresi emosi iaitu Evolutionary/biological theories dan Learning theories. Biological theories telah dimulai dengan Darwin's Basic Theory of Emotion iaitu Primary Emotion. Primary Emotion ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Kebanyakan teorists i.e.Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard and Paul Ekman – emosi primari menerbitkan emosi-emosi lain. Emosi bersifat adaptif. Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Rolls, 1990). Biological theory boleh dibahagikan lagi kepada tiga iaitu Plutchik's Primary emotion theory, Tomkin's Facial Feedback Theory dan Izard's innate facial expression.

          Daripada Plutchik's Primary emotion theory, boleh dibahagikan lagi kepada tiga iaitu language of emotion, basic adaptive reaction, dan dimensions of emotions. Daripada Plutchik's language of emotion, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku, bahasa fungsian. Contohnya, apabila saya sedih (bahasa subjektif), saya akan menangis (bahasa tingkahlaku) dan seterusnya ia melambangkan saya adalah seorang yang sensitive pada persekitaran (bahasa fungsian). Kemudian daripada basic adaptive reaction, terdapat lapan emosi seperti yang telah dikemukakan daripada pembacaan saya tadi iaitu, takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima, dan rasa ingin tahu. Daripada ini, terdapat empat emosi yang bertentangan iaitu terima dan meluat, takut dan marah, gembira dan sedih, juga terperanjat dan jangkaan.

 

          Daripada  Tomkin's Facial Feedback Theory, saya memahami bahawa ekspresi muka boleh mencerminkan emosi kita, contohnya apabila kita senyum, bererti kita gembira dan apabila kita muram menggambarkan kita sedih. Walau bagaimanapun, ekspresi seseorang pada satu-satu masa itu tidak semestinya menggambarkan emosi sebenarnya. Ekspresi muka hanyalah alat komunikasi, tidak begitu berkait rapat dengan perasaan dalaman. Contohnya, saya ada seorang rakan yang sentiasa senyum meskipun jauh si sudut hati, dia sedang menderita kesedihan. Senyum itu hanya dipamerkan untuk menutup segala kedukaan.

 

          Daripada Izard's innate facial expression pula, saya memahami bahawa ia sebenarnya bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan. Walau bagaimanapun, ekspresi bayi yang baru dilahrkan boleh diubahsuai oleh keadaan persekitaran dan budaya. Akhir sekali adalah Learning and Experience theory. Daripada teori ini, peranan pengalaman dan pembelajaran memainkan peranan penting. Ia berdasarkan pengalaman hidup seseorang, contohnya, seseorang itu ada sejarah silam mengenai cicak yang pernah jatuh di atad badannya, jadi dia akan rasa takut dan geli setiap kali melihat cicak. Tetapi bagi pandangan orang lain pula, cicak tidak menggelikan.

 

          Itulah sedikit sebanyak apa yang telah saya pelajari daripada kuliah kali ini. Sebagai penutup, saya ingin kongsikan petikan ayat suci :

 

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi ini, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada." (Q.S. AlHaj/22:46)

No comments:

Post a Comment