Saturday, 30 July 2011

A131266 ABDUL HALIM BIN HASAN JL01, EMOSIKAH KITA?



A131266, ABDUL HALIM BIN HASAN
Assalamualaikum, salam sejahtera, serta tidak lupa salam emosi kepada Dr. Zambri serta kepada sahabat-sahabat saya yang diluar sana yang membaca jurnal yang pertama kali saya tulis ini. Malah dengan pemberian salam diawal setiap jurnal atau penulisan sudah dapat merangsang para pembaca dan ianya dapat dikaitkan dengan emosi. Sesungguhnya dalam kuliah Dr. Zambri telah mengatakan bahawa emosi juga dapat diluahkan melalui penulisan. Malah bagi diri saya ini, saya lebih suka menzahirkan emosi saya dengan bermadah dalam penulisan. Pada 27 julai 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah Dr. Zambri yang jelas bagi permulaan modul Pengurusan Emosi ZT2253,sudah pasti kuliah  yang pertama mengenai pengenalan kepada emosi itu sendiri.

Pada awal sebelum kuliah Dr. Zambri,beliau telah menayangkan sebuah video yang juga berkaitan dengan emosi. Video  diambil dari Talented Korean.  Seperti yang kita semua tahu modul ini merupakan Pengurusan Emosi dan sudah pasti segala apa yang dikuliahkan oleh Dr. Zambri sudah semestinya ianya berkaitan dengan emosi. Semasa video itu ditayangkan, saya sudah tertanya dalam diri saya, bagaimanakah saya hendak menghubungkaitkan video ini dengan Pengurusan Emosi. Dan akhirnya saya mendapat pengajaran dari video itu sendiri contoh-contoh yang berkaitan dengan emosi seperti sedih,gembira, sayu serta lain-lain serta perkara-perkara yang lain yang berkaitan dengan emosi. Emosi kesedihan telah hadir  dalam hati saya setelah melihat dan memerhatikan kisah  lelaki berusia 22 tahun yang bernama Choi Sung Bong bagaimana dia  menyara hidupnya sejak usia 5tahun. Kemiskinan dan ketabahannya telah menyebabkan perasaan saya tersentuh kerana saya sendiri telah bersusah payah sewaktu saya kecil. Ketika saya melihat kisah ini, saya teringat bagaimana kisah hidup saya yang begitu sukar tetapi saya dapat melihat ketabahan beliau unuk teruskan hidup dan Alhamdulillah beliau telah berjaya membuat album sendiri sekarang ini.

Selepas tayangan video itu, seperti biasa kuliah yang pertama telah dimulakan oleh Dr Zambri, yang pasti bagi setiap permulaan sudah pasti ianya  akan membincangkan perkara seperti pengenalan. Dan bab pengenalan ini, saya dapat simpulkan antara komponen-komponen yang terlibat dalam emosi yang diklasifikasikan oleh pensyarah kita iaitu affective experiences (perasaan), cognitive processes (proses kognitif), physiological adjustments (perubahan fisiologi), dan behavior (tingkahlaku). Saya merasakan komponen-komponen ini telah saya dan sahabat-sahabat saya mengguna pakai komponen ini dalam kehidupan kami namun ianya digunakan tanpa disedari. Ini kerana mungkin saya tidak diajar keempat-empat komponen ini dahulu, Alhamdulillah akhir saya mengetahuinya melalui  kuliah pengenalan ini. Dan saya masih lagi ingat  ACcount FaceBook yang menjadi singkatan agar kami dapat menghafal keempat-empat komponen ini yakni, Affective experiences (perasaan), Cognitive processes (proses kognitif), (F)Physiological adjustments (perubahan fisiologi), dan Behavior (tingkahlaku).
 
Mungkin disini saya boleh menjelaskan apa yang saya paham dari keempat-empat komponen ini.komponen yang pertama ialah Perasaan. Perasaan merupakan sesuatu ciri-ciri dalam diri manusia yang mana Cuma diketahui diri itu sendiri dan penciptaNYA dan  tindakan yang akan dilakukan oleh manusia. Emosi yang berinteraksi dengan perasaan.
 
Malah mengenai perasaan yang Cuma diketahui oleh diri kita dan penciptaNYA telah dinyatakan dalam AlQuran yakni firman Allah dalam surah Qaf ayat 16 (50:16).

"Dan sungguh,Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".

Contoh perasaan yang biasa dalam diri kita iaitu , muram, terkejut, gembira, sedih, marah, resah, takut,  dan sebagainya. Perasaan ini akan membantu tindakan kita. Kita akan membuat keputusan terhadap segala tindakan mengikut perasaan dan emosi kita. Semasa emosi  manusia terjejas, manusia tidak dapat membuat keputusan dengan sewajarnya ataupun mengambil tindakan dengan wajar. Namun ianya bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia menangani masalah perasaan ini.

Komponen yang kedua ialah Proses kognitif. Gaya kognitif bagi setiap manusia adalah berbeza. Ini dipengaruhi oleh perspektif setiap individu terhadap sesuatu perkara. Contohnya semasa seseorang yang berada di tempat yang gelap dan sunyi, mungkin individual ini akan berasa takut dan resah dalam keadaan ini tetapi bagi individual yang lain mungkin akan berasa tenang dan berasa selesa dengan situasi tersebut. Oleh itu, elemen ini memperngaruhi emosi kita dan tindakan kite terhadap sesuatu situasi.
 
Komponen yang ketiga ialah Perubahan fisiologikal. Perubahan fisiologi meliputi aktiviti sistem autonomic dan hormon dalam mengatasi situasi yang dihadapi. Yang mana didalam bidang perubatan ini saya telah pelajari bagaimana perubahan fisiologikal ini berlaku.Sebagai contoh, semasa kita mengalami emosi takut, kita akan mengalami situasi 'fly and fight'  yang mana hormone adrenaline akan meningkat yang mana menyebabkan bulu roma akan menjadi tegak, system pernafasan menjadi lebih pantas daripada normal, tekanan darah dan denyutan jantung meningkat secara mendadak dan pantas (tachycardia). Perubahan fisiologikal sangat saling berkait dengan emosi kita.

Komponen yang terakhir ialah Tingkah laku berkaitan. Komponen ini merupakan tindakan yang terakhir yang perlu diambil kerana ianya bergantung kepada tiga perkara diatas. Kadang-kadang tindakan yang diambil ini dapat memberikan kesan yang baik ataupun kesan yang buruk kepada kita atau kepada orang-orang disekeliling.
Selepas kepada pengenalan ini kuliah pengurusan emosi ini diteruskan dengan Struktur dan Expresi Emosi yag mana ianya mengandungi empat teori yakni Darwin's basic theory of emotions / Teori Asas Emosi daripada Darwin, Plutchik primary emotion theory/ Teori Emosi Primari Plutchik, Tomkin's facial feedback theory/ Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin, Izard'd innate facial expression /Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard.
Dalam Teori Asas Emosi daripada Darwin, yang mana ianya membincangkan tentang emosi adalah ciri-ciri dalaman  yang mana ianya terdapat dalam diri manusia. Ianya saling berkait antara emosi dengan ekspresi wajah. Seperti yang kita tahu permpuan lebih mudah menonjolkan ekspresi emosi mereka melalui wajah mereka berbanding lelaki.
Teori yang kedua ialah Teori Emosi Primari Plutchik, yang mana ianya menghuraikan hubungan emosi dengan bahasa yang berbeza. Yang mana ianya dapat digambarkan dalam tiga bahasa yang berlainan,iaitu bahasa subjektif yang mana contohnya semasa kita sedih, kita akan menangis. Yang kedua ialah bahasa tingkah laku, contohnya, sesorang yang marah atau dalam keadaan stress akan melakukan tindakan yang luar jangkaan seperti menjerit dan membaling objek ke merata tempat. Dan yang terakhir ialah Bahasa Fungsian yang mana  merupakan bahasa yang tersirat dan tidak ketahui. Kita hanya akan menunjukkan emosi dengan bahasa ini kepada orang yang paling kita percayai.
Teori yang seterusnya ialah Teori Maklum Balas Wajah daripada Tomkin yang mana ianya membincangkan emosi dan riak wajah individu itu sendiri. Contohnya , apabila kita senyum, kita akan berasa gembira dan bukannya  gembira kerana kita senyum. Senyuman juga akan memberi orang-orang sekeliling menjadi gembira. Senyuman akan menjadikan kita berasa bahagia dan sempurna. Seperti yang kita tahu senyum ini merupakan sedekah. Malah ada kajian mengatakan senyum ini dapat mengurangkan kedutan dekat wajah kita.
Akhir sekali ialah Teori Ekspresi Wajah Semula Jadi daripada Izard yang mana individu dapat memberi reaksi yang semula jadi terhadap emosi yang ada pada dirinya sendiri. Contohnya seseorang itu sedang marah, sudah pastinya dia akan memaparkan emosi secara semula jadi dekat wajah yakni wajah yang marah.
Secara konklusinya, saya harap segala apa yang saya pelajari ini dapat dipraktikan dalam kehidupan kita agar dapat menjadi seorang manusia yang dapat menguruskan emosi dengan sebaik mungkin dalam kehidupan ini. Kerana kegagalan dalam menguruskan emosi dapat menyebabkan kepada pelbagai masalah dan komplikasi yang tidak baik seperti mana yang kita selalu bincangkan dalam sesi 'problem based learning' apakah kesan dan komplikasi terhadap setiap penyakit begitu jugak perlu kita mengguna pakai dalam pengurusan emosi ini.
sekian, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment