Saturday 30 July 2011

A127023 AIMI FADILAH BINTI SHARIFFUDDIN

            Pengurusan emosi perlu difahami dan kita perlu bijak mengendalikan emosi dengan baik supaya segala perkara yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita tidak kira dalam pembelajaran, perhubungan mahupun pekerjaan tidak mengikut emosi yang mungkin akan mengeruhkan dan memburukkan keadaan. Dalam jurnal ini, beberapa pekara akan saya bincangkan berkaitan dengan pengurusan emosi melalui pengalaman, pemerhatian dan pembacaan saya. Saya juga akan selarikan dengan pemgurusan emosi yang telah di pelajari dalam 2 kuliah yang telah dihadiri pada 20 dan 27 Julai 2011.

            Sebelum itu, ingin saya nyatakan tentang maksud emosi. Emosi digunakan untuk menggambarkan perasaan yang kuat akan sesuatu dan perasaan yang sangat menyenangkan atau sangat mengganggu. Bagaimana erti emosi secara ilmiah?  Psikologi adalah cabang ilmu yang paling intensif dan ekstensif dalam melakukan penelitian mengenai emosi. Terdapat sekurang-kurangnya 92 definisi emosi yang berbeza. Hal ini menjelaskan bahwa emosi merupakan fenomena yang sangat kompleks. Namun demikian, semuanya tetap ada definisinya. Ada lima maksud emosi secara amnya di antara definisi emosi iaitu emosi dipicu oleh interpretasi seseorang terhadap suatu kejadian, adanya reaksi fisiologis yang kuat, ekspresi emosionalnya berdasarkan pada mekanisme genetika, merupakan informasi dari satu orang ke yang lainnya, dan membantu seseorang beradaptasi terhadap perubahan situasi lingkungan.

 

         Emosi dipicu oleh interpretasi terhadap suatu kejadian ialah  proses emosi di mulai ketika anda memberikan makna secara pribadi terhadap beberapa kejadian. Situasi yang sama belum tentu akan menghasilkan emosi yang sama kerana maknanya bergantung terhadap situasi tersebut.Reaksi fisiologis yang kuat ialah emosi muncul disertai dengan reaksi fisiologis yang cukup untuk membuat anda menyedari adanya perbezaan dalam diri anda. Contohnya denyutan jantung meningkat cepat, tangan menggeletar, ingin melarikan diri dan sebagainya.

 

         Ekspresi emosionalnya berdasarkan pada mekanisme genetika bermaksud semua orang memiliki persamaan dalam mengekspresikan emosi. Ekspresi wajah sedih pada orang Skandinavia, sangat mirip dengan ekspresi wajah sedih pada orang Papua. Demikian juga ekspresi wajah bahagia orang Arab, mirip dengan ekspresi bahagia orang Jawa.

Emosi merupakan informasi dari satu orang ke yang lainnya. Melalui emosi, seseorang menyampaikan maksud pada orang lain. Takut yang dialami seseorang sebagai informasi bahwa ia tidak ingin melakukan sesuatu. Marah yang dialami merupakan informasi bahwa ia tidak suka diperlakukan seperti perlakuan yang sudah diterimanya. Pendek kata, melalui emosi kita tahu apa yang telah terjadi. Kelima-lima definisi emosi ini di ambil dari pembacaan saya di psikologi online.

 

Emosi mempunyai empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkah laku. Pernyataan ini ada dibincangkan oleh Dr. Ahmad Zamri dalam  kuliah pengurusan emosi yang pertama iaitu emosi itu lebih luas maknanya daripada perasaan. Emosi juga tidak dapat dipisahkan dari motivasi (Baron & Logan, 1993). Maka, emosi dapat menjadi motivasi kepada tingkah laku. Seperti yang dinyatakan oleh Lang et al, 1992; Emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Namun begitu, emosi tidak sentiasa menjadi motivasi atau pendorong.Emosi diukur melalui penyataan seseorang tentang perasaannya. Ini dapat dilakukan melalui temu bual dan lain-lain lagi. Selain itu, emosi juga dapat diukur dari segi fisiologi.

Terdapat beberapa teori berkaitan dengan emosi seperti Darwin's Basic Theory, Plutchik's Primary Emotion Theory, Tomkin's Facial Feedback Theory, Izard Innate Facial Expression dan Learning Theory.

 

Menurut teori Darwin, emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotion). Ia merupakan ciri – ciri dalaman yang dialami dan diekspresikan dalam bentuk yang seragam. Ini berdasarkan Kokoszka, 1993; Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Darwin juga menyatakan bahawa ekpresi wajah dapat melambangkan emosi. Ini kerana wajah adalah mudah dilihat berbanding organ lain (perubahan fisiologi).

 

Dalam teori dari Plutchik's Primary Emotion Theory, ia menekankan kepada tiga perkara iaitu language of emotion, basic adaptive reactions dan dimensions of emotion. Menurut Plutchik , emosi dapat digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif (subjective language),  bahasa tingkah laku (behavioral language) dan bahasa fungsian (functional language). Bahasa subjektif ialah satu bahasa yang biasa bagi emosi seperti takut, sedih dan gembira. Manakala bahasa tingkah laku merupakan tindakan susulan kepada emosi setelah ia diransang seperti senyum ketika gembira dan mengalirkan air mata ketika bersedih. Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi kepada seseorang dan ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Sebagai contoh, berani memberi keyakinan kepada seseorang.Plutchik's basic adaptive reactions menyenaraikan lapan tindak balas penyesuaian di mana kelapan – lapan tindak balas penyesuaian ini bertindak sebagai prototaip untuk semua emosi. Lapan tindak balas penyesuaian yang diperkatakan ialah takut, jijik/meluat, gembira, marah, sedih, rasa ingin tahu, penerimaan dan terperanjat.

 

Plutchik kemudiannya membahagi emosi kepada tiga dimensi penting (Plutchik's dimensions of emotion) iaitu intensiti, persamaan dan polariti. Intensiti (intensity) merujuk kepada darjah kekuatan emosi sesuatu emosi  seperti dari bahagia kepada gembira. Manakala persamaan (similarity) merujuk kepada perhubungan atau perkaitan antara emosi. Sebagai contoh,  takut dan sedih adalah lebih dekat berbanding dengan takut dan gembira. Polariti (polarity) pula merujuk kepada kekutuban sesuatu emosi itu seperti benci lawannya adalah suka.

 

Dari segi pendekatan dimensi, terdapat juga model alternatif selain Plutchik. Donald Fromme dan Clayton O'Brien (1982) mencadangkan Kitaran Emosi (Emotion Circle) sebagai alternatif kepada teori Plutchik. Di mana dimensi emosi pula dibahagi kepada empat, iaitu dominance-submission, approach-avoidance, pleasure-pain dan parasympathetic arousal-sympathetic arousal.Tomkin's Facial Feedback Theory mengaitkan tentang pergerakan muka yang boleh mempengaruhi pengalaman emosi. Emosi merupakan tingkah laku wajah terutamanya. Teori Tomkin disokong oleh dua kajian oleh Ursula Hess and colleagues (di kalangan prasiswazah perempuan di University of Geneva, Switzerland) dan Robert Zajonc & colleagues. Namun teori Tomkin menerima beberapa kritikan. Antara kritikan tersebut ialah ekspresi seseorang pada sesuatu masa itu bukanlah  satu petanda emosi yang tulen. Bagi saya, kritikan tersebut adalah benar, kerana ekspresi wajah boleh disengajakan atau dipalsukan. Sebagai contoh, walaupun anda tidak suka akan seseorang itu, namun anda tetap senyum untuk tidak mengguris perasaan orang itu. Ini bermakna ekspresi wajah yang diberikan tidak menandakan emosi yang tulen. Orang lain mungkin menyangka bahawa kita gembira dengan kehadiran seseorang itu, namun meluat atau benci adalah emosi yang sebenar. Satu lagi kritikan kepada teori Tomkin ialah ekspresi wajah merupakan alat komunikasi dan mempunyai kaitan dengan perasaan emosi dalaman. Senyum itu tidak bermakna seseorang itu gembira. Mungkin itu ialah cara untuk seseorang itu menyembunyikan kesedihannya.

 

Teori dari Izard's Innate Facial Expression pula  menerangkan bahawa mekanisme neural untuk ekspresi wajah dan persepsi daripada ekspresi adalah semulajadi. Dalam erti kata lain, emosi adalah semulajadi. Maka pembelajaran mempunyai impak kecil kepada pengalaman emosi. Ianya dibuktikan melalui kajian – kajian seperti Newborn's 'born to smile' Studies dan Cross-cultural Studies. Paul Ekman (1994) juga menyokong akan kesejagatan mimik muka dengan emosi. Selain itu, Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil. Apa yang membezakannya adalah bagaimana emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.

 

Learning Theory adalah teori yang menerangkan tentang peranan pembelajaran dan pengalaman terhadap emosi dapat dilihat dari sudut pandangan biologi dan pandangan teori pembelajaran. Pengalaman dari segi pandangan biologi ialah pembelajaran memainkan peranan kecil dalam emosi. Plutchik menyatakan bahawa emosi adalah ekspresi secara langsung potensi genetik seseorang individu, pembelajaran bertindak untuk mengubahnya. Proses kognitif pula berbeza – beza antara satu individu dengan individu yang lain. Pengalaman dari sudut pandangan teori pembelajaran pula menyatakan bahawa semua emosi adalah dipelajari.

 

         Emosi membantu adaptasi terhadap perubahan situasi lingkungan. Bayangkan jika manusia tidak merasa takut terjun ke dalam jurang. Maka mungkin kematian manusia adalah hal yang biasa terjadi. Kemunculan emosi biasanya spontan, tidak disedari dan tanpa diniatkan. Tiba-tiba saja anda mengalami emosi tertentu. Sesuatu emosi itu di sedari terjadi hanya setelah emosi itu  dialami. Misalnya kita bertemu orang asing, maka spontan saja kita mengalami emosi. Kita tidak akan boleh meniatkan untuk mengalami emosi tertentu. Akhir kata ingin saya petik kata-kata dari psikologi online iaitu "Let the beauty of what you love be what you do.

Sekian.

No comments:

Post a Comment