Saturday 30 July 2011

A 131877 Eyu Hui Ting LJ01 Emosi?

The 5 Most Emotional Moments In Gaming! | The Gaming Liberty.com | http://thegamingliberty.com/index...


Kuliah pertama ZT2253 Pengurusan Emosi memberi pengenalan kepada saya tentang emosi. Pada mulanya, pemahaman saya tentang emosi hanya tertakluk kepada kepelbagaian perasaan yang dirasai oleh setiap individu seperti sedih, gembira, berang, gemuruh, takut, kecewa dan banyak lagi. Sesungguhnya, emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia merupakan ekpresi yang kita tunjukkan, sebagai satu luahan ataupun respon kita terhadap perkara yang berlaku di sekitar kita. Emosi telah menambahkan warna dan makna yang mendalam kepada hidup kita. Oleh itu, janganlah kita berasa sangsi untuk 'beremosi' kerana emosi telah membawa satu pendekatan yang mendalam tentang cara kita melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 


Pensyarah ZT, DR Ahmad Zamri Mansor telah memetik defnisi daripada Kleinginna & Kleinginna (1981) bahawa emosi merupakan satu interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan faktor objektif yang dipengaruhi oleh sistem neural hormon. Faktor subjektif dipengaruhi oleh persepsi individu melalui fakta benar manakala faktor objektif pula ialah fakta yang mempengaruhi kesan terhadap sesuatu perkara. Sesungguhnya, emosi yang kita rasai dipengaruhi oleh banyak faktor dan badan kita juga akan dirangsang dan membawa kepada perubahan fisiologi di dalam badan kita yang mendorong kita untuk mengambil tindakan yang selanjutnya. Sebagai contoh, apabila kita berasa takut bertemu dengan lembaga putih di waktu malam, kita akan tergaman seketika dan berasa jantung kita berdenyut kuat dan muka akan bertukar pucat. Badan kita seterusnya akan mengepam darah dalam kadar yang kuat dan tinggi untuk memberi bekalan darah kepada seluruh badan kita untuk memberikan tenaga dan kekuatan manakala minda kita pula akan menghantar mesej kepada kita mengambil tindakan yang selanjutnya sama ada untuk melarikan diri ataupun memberanikan diri untuk menyiasat kesahihan lembaga putih tersebut sama ada ia hanyalah ilusi semata-mata ataupun hantu. Ini adalah kerana kebanyakan individu akan mempunyai persepsi bahawa lembaga itu merupakan "hantu" oleh itu perasaan takut itu menguasai diri. Jadi, satu emosi itu sebenarnya lebih daripada hanya ekspresi luaran kita semata-mata. Ini juga selari dengan Plutchik's primary emotion theory bahawa emosi bahsa boleh digambarkan dalam 3 bentuk yang berbea iaitu bahasa subjektif (perasaan takut), bahasa tingkah laku (melarikan diri) dan bahasa fungsian (keselamatan).  


Saya terfikir sejenak tentang perasaan bercampur-baur yang dirasai oleh saya semasa saya berasa teramat gembira sehingga menitiskan airmata satu ketika dahulu kerana tersentuh apabila ibubapa saya datang untuk melawat saya semasa saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi. Sekiranya perasaan sedih acap kali dikaikan dengan tangisan, mengapa pula saya akan menitiskan airmata sedangkan saya berasa gembira. Malahan keriangan dan senyuman yang terukir itu ditemani linangan airmata dan ia adalah di luar kawalan saya. Justeru, saya yakin bahawa Tuhan merupakan pencipta alam yang amat berkuasa dan ia telah mencipta manusia dengan begitu unik dan kompleks sekali. Satu perasaan yang mudah itu kadang-kadang berada di luar kawalan kita. Pelbagai proses fisiologi di dalam badan kita juga mengambil tempat dan kadang kala tidak boleh dibuktikan dan diterangkan oleh pengetahuan sains semata-mata. Oleh itu, emosi manusia merupakan satu anugerah khas daripada Tuhan jadi kita haruslah lebih menghargainya tidak kiralah ia emosi yang kurang baik ataupun sebaliknya. 


Kuliah seterusnya berkisar tentang strukur dan ekspresi emosi. Megikut teori yang dikemukan oleh Darwin, emosi terdiri daripada emosi asas yang dikenali sebagai  "primary emotion" ataupun emosi primari. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Dalam buku terbitan Darwin, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", beliau menekankan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain). Tersebak saya sejenak kerana saya pernah terbaca bahawa ada sesetengah orang yang kurang bernasib baik yang dilahirkan tanpa kebolehan untuk membuat ekspresi muka dan lalu menjejaskan keupayaannya unuk meluahkan emosi masing-masing. (http://en.wikipedia.org/wiki/Möbius_syndrome) Ia adalah sejenis penyakit yang dinamakan Mobius Syndrome dan malangnya sehingga hari ini masih lagi tiada rawatan yang berkesan untuk memulihkan kegagalan fungsi muka. Sesungguhnya ekspresi muka sangat penting dalam pergaulan seharian dan komunikasi. Cuba fikir sejenak, bukankah ianya sesuatu yang perit apabila anda tidak boleh mengukir senyuman yang manis apabila berasa gembira, ketawa terbahak-bahak mendengar jenaka yang lucu mahupun mengerutkan dahi apabila berasa bingung, seterusnya mengalirkan air mata dan menagis teresak-esak? Oleh itu, saya berasa bersyukur kerana dilahirkan sihat sejahtera. Malah, saya bernekad untuk berani meluahkan emosi saya tidak kira di mana saya berada asalkan ia sesuai dengan kedaan semasa kerana saya menghargai keupayaan ini kerana masih ramai yang tidak boleh meluahkan perasaan mereka masing-masing. Apa yang menarik perhatian saya ialah satu eksperimen mudah yang dijalankan ke atas kami melalui Tomkin's Facial Feedback Theory    bahawa senyuman itu boleh membawa kegembiraan. Saya terpegun seketika apabila perasaan bosan dan letih yang mengusai diri tiba-tiba bertukar menjadi riang selepas saya cuba untuk bersenyum. Satu aktiviti yang cukup mudah dan senang, cuma bersenyum. Sejak dari itu, saya cuba untuk membuatkan diri saya tersenyum sepanjang masa jika kesempatan kerana kegembiraan boleh melambatkan proses penuaan. Senyuman juga secara tidak langsung boleh mengurangkan kesedihan dan merupakan penawar yang paling berkesan, bak kata pepatah inggeris "Laughter is the best medicine".


Avril Lavigne - Smile (Single) | http://cdbrasil.com.br/popup_image.php?pID=2629


Antara detik yang bermakna sepanjang kuliah tersebut ialah apabila pensyarah memainkan video seorang lelaki berbangsa Korea yang telah menyertai pertandingan mencari bakat Korea's Got Talent kerana minatnya terhadap bidnag nyanyian. Saya berasa tersentuh apabila membaca sarikata    yang menceritakan pengalaman hidupnya sejak dari kecil yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan kesusahan. Saya dapat merasakan airmata sedang bergelora di mata saya. Dalam hanya beberapa saat dia memulakan nyanyian, saya berasa tersentuh yang amat sangat. Para juri juga telah mengalirkan airmata. Siapalah sangka seorang lelaki muda yang hidup dalam keperitan mempunyai  suara yang begitu lunak. Nyanyian dia penuh dengan emosi. Emosi itu sememangnya boleh dijadikan  motivasi diri seseorang. Saya berpendapat bahawa emosi itu juga mempunyai fungsi yang unik di mana ia boleh mempengaruhi orang disekeliling. Apabila kita sedih contohnya telah kehilangan orang yang tersayang, secara tidak langsung, orang di sekitar juga akan dapat merasakan kesedihan yang kita hadapi. Oleh itu, ia penting untuk membawa kegembiraan kepada orang di sekeliling kita yang sedang bersedih. Kita harus berusaha untuk menjadikan perkara yang buruk kepada sesuatu yang baik dan dijadikan motivasi hidup. 


Sebagai konklusi, emosi itu membawa makna yang amat meluas dan mendalam. Malah peranannya dalam kehidupan adalah begitu berkuasa dan berpengaruh sekali. Kita haruslah belajar untuk menguruskan emosi masing-masing supaya tidak membawa bencana contohnya perasaan marah yang tidak terkawal yang boleh mengakibatkan perselisihan faham antara rakan. Pada masa yang sama, senyumlah selalu dan teruskan membawa emosi yang baik dalam diri kerana ia boleh mempengaruhi orang di sekeliling. Kita harus bersyukur untuk segala emosi yang kita dapat rasai dan ekspresi yang ditonjolkan kerana ia merupakan anugerah Tuhan. Sebenarnya, pernah juga saya terfikir untuk mendalami lagi ilmu emosi dan personaliti individu di mana ia membolehkan saya membaca minda seseorang itu melalui ekspresi mukanya dan emosi yang dialaminya ditambah pula dengan perlakuannya seperti 'body language'. Saya bersetuju dengan kritikan bahawa ekspresi muka itu hanyalah sebagai alat komunikasi dan kadang-kala tidak ada kaitan dengan perasaan dalaman masing-masing. Seseorang yang sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum tidak bermaksud bahawa dia benar-benar gembira. Jadi, setelah menghadiri kuliah pertama dan kedua Pengurusan Emosi, saya tertarik untuk lebih mendalami emosi.   

 


hello-kitty-color | http://netbooklounge.com/2008/11/26/annnd-the-hello-kitty-netbook-unboxing/






















No comments:

Post a Comment