Tuesday 8 February 2011

A129584 NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN TAJUK 6-EMOSI & INGATAN?

Assalamualaikum...

Pada 8/02/11, setelah 5 kali menulis jurnal, bermakna ini adalah kali terakhir untuk saya menulis learning jurnal. Tajuk kali ini pula mengenai EMOSI DAN INGATAN. Mesti kita sentiasa terfikir, ataupun yang tidak pernah terfikir, marilah kita berfikir bersama-sama mengenai 1 soalan. "Apakah emosi membantu kita ingat?". Walaupun ini bukan 1 pertanyaan yang mudah untuk dijawab, namun bagi saya, jawapan saya "ya".

Pertama sekali, ada dua yang perlu dikifirkan. Yang pertama ialah mengenai kandungan emosi dalam maklumat yang ingin kita ingati. Yang kedua pula pengaruh keadaan emosi kita terhadap pembelajaran dan ingatan kita.


1.     PENGARUH KANDUNGAN EMOSI

Kita akan lebih ingat peristiwa emosi yang lebih baik daripada yang membosankan. Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa satu peristiwa mudah diingati disebabkan oleh emosi yang dicetuskan dan bukannya oleh sejauh mana pentingnya peristiwa itu kepada seseorang. Ingatan terhadap peristiwa dan gambaran yang mempunyai kandungan emosi membayangi maklumat-maklumat lain. Oleh itu, kita mungkin kurang cenderung untuk mengingati maklumat jika diikuti oleh sesuatu yang sangat emosional. Kesan ini nampaknya lebih terselah bagi perempuan.

Emosi yang gembira dikatakan hilang lebih lambat dari ingatan kita dari emosi yang tidak menyenangkan. Namun beitu, orang yang mempunyai depresi ringan, emosi yang tidak menyenangkan dan menyenangkan cenderung untuk hilang secara merata. Selain itu juga, orang dewasa yang lebih tua menampakkan pengawalan emosi mereka lebih baik dari orang yang lebih muda, ini mungkin kerana pengekodan maklumat mereka yang kurang bersikap negatif. Kenangan yang positif mengandungi maklumat lebih sensorik dan kontekstual dari kenangan neutral atau kenangan negative.


2.     PENGARUH KEADAAN EMOSI

Aspek lain emosi adalah suasana hati - keadaan emosi kita pada saat pengekodan atau memuat. Mood mempengaruhi apa yang dilihat dan disandikan. Terdapat dua kesan: kongruensi mood dan juga mood pergantungan.

·         Pengaruh kongruensi mood: dimana kita mengingati peristiwa-peristiwa yang berpadanan dengan suasana hati kita saat ini (sebagai contoh, ketika kita tertekan, kita cenderung untuk mengingati peristiwa-peristiwa yang negatif).

·         Ketergantungan mood: merujuk fakta bahawa mengingati lebih mudah bial emosi yang diingini sama dengan emosi yang diingati. ( peluang kita untuk mengingati sebuah peristiwa atau fakta yang lebih besar jika kita membangkitkan keadaan emosi yang berada di pada saat mengalami kejadian atau fakta pembelajaran).

 

3.      KAWASAN OTAK YANG TERLIBAT

      Ada 3 daerah otak yang terlibat untuk ingatan iaitu:

·         Amygdala- berperanan dalam memproses ingatan dan sebahagian daripada sistem limbik yang mengawal emosi dan tingkah laku.

·         Cerebellum - berfungsi sebagai sesuatu yang mengawal pergerakan otot manusia apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

·         Prefrontal cortex  - merancang tingkah laku kognitif, personaliti dan tingkah laku social individu tersebut.

 

4.      PERBEZAAN JANTINA

            Jelas nampak ada perbezaan dalam cara lelaki dan perempuan memproses kenangan emosi. Perempuan lebih baik dalam mengingati kenangan emosi. Mereka juga kelihatan  lebih cenderung untuk melupakan maklumat .

           

5.      PERBEZAAN USIA

            Semakin kita berusia, kecenderungan untuk membiarkan kenangan yang tidak menyenangkan hilang lebih cepat dari yang menyenangkan semakin kuat. Ini mungkin kerana kemampuan orang tua untuk mengawal emosi mereka lebih berkesan daripada orang yang lebih muda, dengan mempertahankan perasaan positif dan menurunkan perasaan negative.

 

KISAH PHINEAS GAGE...

            Phineas Gage adalah seorang penyelia bekerja dengan Rutland Burlington Railroad di Vermont, USA. Kisah yang berlaku pada tahun 1848 ini membuka mata kebanyakan pakar otak mengenai fungsi frontal lobe yang sebelum ini dianggap tidak penting untuk kehidupan manusia.

 

            Gage yang berusia 26 tahun mempunyai ciri fizikal yang hebat, seorang yang cerdik, pantas membuat keputusan, punyai personaliti yang menarik, disenangi ramai dan berkebolehan untuk memimpin membolehkan dirinya menjadi penyelia pada usia muda. Ini menjadikan dirinya sesuai dgn kerjanya mengetuai pasukan peledak meruntuhkan tanah bukit bukau agar landasan keretapi dapat dibina, suatu kerja yang merbahaya dan memerlukan fokus yang tinggi.

 

            Kejadian malang menimpa Gage dimana pada suatu hari ketika sedang memasukkan bahan peledak kedalam lubang dan menolaknya dengan sebatang besi, tiba-tiba ianya meletup. Batang besi yg panjangnya lebih kurang 3 kaki itu memasuki pipi kirinya dan tembus bahagian atas kepalanya. Saksi melaporkan bahawa Gage kemudiannya terhumban dan mengalami kekejangan buat seketika. Semua orang terperanjat melihat Gage masih bernyawa dan lebih aneh lagi dia sedar dan masih waras walaupun mengalami kecederaan yang teruk, bahagian depan otaknya yang hilang (frontal lobe) tidak sedikitpun mengubah keupayaan untuk bercakap, bergerak dan berjalan. Beliau kemudiannya dibawa ke hotel yang berdekatan dan dirawat oleh Dr William.

 

            Gage kemudiannya dirujuk kepada Dr Harlow. Gage sedar semasa beliau diperiksa dan mampu menjawab soalan-soalan berkenaan kemalangan yang terjadi. Doktor seolah-olah tidak percaya yang dia boleh terselamat dari kejadian tersebut. Mungkin disebabkan dirinya yang muda bertenaga dan sihat membolehkan beliau sembuh tanpa sebarang komplikasi. Keupayaan fizikal beliau seperti biasa malah ingatannya tidak terjejas. Dr Harlow menyatakan yang Gage amat bernasih baik kerana bahagian otaknya yang rosak itu adalah bahagian depan (frontal lobe) yang pada ketika itu tidak dianggap penting untuk manusia.

 

            Kesan yang amat besar pada diri Gage mula kelihatan selepas beliau beransur-ansur sembuh. Personaliti beliau berubah 180 darjah dan rakan-rakan menyatakan Gage yang mereka kenali dulu sudah berubah perangainya menjadi orang lain. Dr Harlow menyatakan yang Gage sudah kehilangan sifat-sifat baik dan cerdik pada dirinya malah lebih bersifat kehaiwanan.

 

            Daripada seorang yang jujur dan berperangai sopan, beliau mejadi seorang yang tidak boleh dikawal dan menyusahkan orang lain. Beliau menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri dan selalu membuat keputusan dan pilihan hanya berpihak untuk diri sendiri. Beliau tidak suka bergaul dan bersosial dan selalu menggunakan perkataan yang biadap malah selalu mabuk. Beliau sukar untuk mengikut apa yang dirancang dan tidak boleh berfikir sebelum membuat keputusan.

 

            Dr Harlow menasihati Gage dan cuba mengubah sikapnya kerana beliau tahu Gage akan kehilangan kerjanya jika beliau terus bersikat demikian tetapi tidak diendahkan oleh Gage. Tidak menghairankan beliau kemudiannya dipecat dan tidak dapat kekal lama didalam pekerjaan lain yang diceburinya.

 

            Gage meninggal dunia pada 21 May 1860 tetapi hanya selepas 7 tahun kemudian kuburnya digali semula dan tengkorak kepalanya diambil untuk kajian. Batang besi yang menembusi kepala Gage dan juga tengkorak kepalanya sekarang disimpan di Harvard Countway Library of Medicine.

 

            Pada tahun 1994, seorang saintis Hanna Damissio telah membina kembali secara simulasi kerosakan yang dialami oleh Gage. Walaupun tidak semua frontal lobenya hilang tetapi hanya sebahagian darinya, Gage seolah-olah sudah menjalani lobotomy.

 

            Perbezaan sikap dan tingkah laku manusia dulu dan sekarang sama seperti apa yang berlaku kepada Gage sebelum dan selepas kejadian. Pentingnya frontal lobe dipelihara agar manusia kekal bersifat manusia, jika tidak boleh menjadi lebih teruk dari haiwan seperti pentingkan diri sendiri, biadap, kurang sopan, pemarah dan semua sifat-sifat negatif lebih.



No comments:

Post a Comment