Tuesday 8 February 2011

A128608 HAZWANI BINTI MOHAMAD TAJUK 5 PEMBELAJARAN EMOSI DAN INGATAN SAYA

Tanggal 8 Februari 2011, pembelajaran emosi saya ialah kaitan antara emosi dan ingatan. Berdasarkan kepada tajuk ini, semestinya satu soalan timbul di fikiran saya iaitu 'adakah emosi membantu ingatan seseorang?'. Jawapannya ialah ya! Bagaimana??? Itulah yang saya pelajari pada hari ini.

Terdapat dua perkara yang berkaitan dengan emosi dan ingatan iaitu kandungan emosi dan keadaan emosi.

Penjelasan yang pertama ialah mengenai kandungan emosi. Seseorang akan lebih mengingati peristiwa yang mempunyai kandungan emosi berbanding peristiwa yang tiada kandungan emosi. Contohnya ialah pengalaman saya sendiri bagaimana saya boleh mengingati waktu makan malam yang paling 'istimewa' bagi saya berbanding hari-hari sebelumnya. Saya sangat mengingati tarikh, hari, jam, minit dan saat yang berlakunya kejadian yang 'istimewa' itu. Sedang saya menikmati makan malam dengan teman istimewa saya di sebuah warung, tiba-tiba datang seorang perempuan tua duduk di sebelah saya dan meminta sedekah. Kadang-kadang saya cepat berasa simpati pada peminta sedekah ( bukan pura-pura pemurah depan kekasih saya hehe ) maka saya mengeluarkan wang satu ringgit Malaysia dan menyerahkan kepadanya. Akan tetapi perempuan tua itu marah pada saya hanya kerana memberinya sedekah satu ringgit Malaysia. Rupa-rupanya perempuan tua itu mahukan wang lebih daripada itu. Saya terpaku apabila dia memaki hamun saya di khalayak ramai dan ketika itu semua orang memandang kearah kami berdua. Merah menyala muka saya ketika itu kerana pelbagai perasaan bercampur baur ketika itu dengan emosi menahan marah dan malu serentak. Walaupun saya sudah biasa keluar makan bersama teman istimewa saya itu, akan tetapi detik yang berlaku ketika itu masih segar dalam ingatan saya sehingga ke hari ini. Itulah contoh peristiwa yang mempunyai kandungan emosi di mana peristiwa ialah makan malam bersama teman istimewa dan emosi ialah marah dan malu.

Penjelasan kedua ialah keadaan emosi. Keadaan emosi ialah kesan emosi seseorang terhadap pembelajaran dan ingatannya sendiri. Seperti yang Prof. Ahmad Zamri mengatakan bahawa pembelajaran itu tidak semestinya tertumpu kepada dalam kelas atau kuliah tetapi seluruh kehidupan kita adalah satu pembelajaran yang lengkap. Ingatan rang pada sesuatu peristiwa lebih kuat sekiranya keadaan emosi seseorang ketika peritiwa itu berlaku juga kuat. Seperti contoh pengalaman yang saya ceritakan tadi, emosi saya ketika itu sangat kuat iaitu marah dan malu bergabung sehingga merah padam muka saya menahan marah dan malu ketika itu. Disebabkan gabungan emosi yang kuat itu menyebabkan saya dapat mengingati peristiwa itu dengan sangat baik. Sekiranya saya diminta untuk melakonkan semula peristiwa itu, saya mampu melakonkannya dengan baik kerana saya sangat mengingati peristiwa tersebut.

Menjawab kepada soalan di perenggan pertama tadi iatu 'bagaimana emosi boleh mempengaruhi ingatan seseorang???'. Caranya bermula dengan otak manusia itu sendiri. Terdapat 3 aspek penting di dalam otak yang membantu daya ingatan individu tersebut iaitu Amygdala, Cerebellum dan Prefrontal Cortex ataupun dengan ringkasannya ACP. Fungsi ketiga-tiga struktur tersebut membantu dalam proses daya ingatan seseorang. Tanpa salah satu daripada struktur tersebut daya ingatan seseorang akan lemah.

Amygdala berperanan dalam memproses ingatan dan sebahagian daripada sistem limbik yang mengawal emosi dan tingkah laku.

Cerebellum pula berfungsi sebagai sesuatu yang mengawal pergerakan otot manusia apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Prefrontal cortex pula merancang tingkah laku kognitif, personaliti dan tingkah laku social individu tersebut.

Kesan kerosakan salah satu daripada ketiga-tiga struktur tersebut akan menyebabkan pelbagai masalah contohnya masalah emosi, kekeliruan identiti dan perubahan perangai. Contohnya apa yang telah terjadi pada seorang insane yang bernasib malang iaitu Phineas Gage. Seorang pekerja stesen kereta api telah tercucuk satu batang besi tajam dari pipi ke kepalanya yang menyebabkan terdapat sedikit kerosakan pada otaknya. Walaupun dia boleh berjalan, boleh bercakap dan boleh melakukan kerja seperti orang normal, akan tetapi terdapat masalah pada tingkah laku dan emosinya terhadap persekitarannya. Kadang kala ia berkelakuan seperti anak kecil dan kadang kala marah pada seseorang tanpa sebab yang tertentu. Hal ini membuktikan bahawa komponen-komponen di dalam otak seperti ACP menyumbang besar dalam mempengaruhi tingkahlaku dan emosi seseorang.



No comments:

Post a Comment