Sunday 9 January 2011

A134166 NOORHASNIYAH MD RODZEE TAJUK 2 STRUKTUR ASAS EMOSI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Alhmdulillah, pada 4 dan 5 Januari 2011 yang lalu, saya masih lagi diberi kesempatan untuk menghadiri kelas pengurusan emosi. Pada tahun baru ini bermulalah topik kedua bagi pembelajaran pengurusan emosi. Semangat untuk menunggu kuliah bermula juga semakin berkobar-kobar. Pada minggu ini, saya mempelajari topik yang boleh dikatakan agak menarik juga iaitu "Struktur Asas Emosi".
Dalam topik kali ini, apa yang saya pelajari ialah terdapat empat jenis teori yang telah diperolehi hasil daripada kajian ahli saintis iaitu Teori Emosi Pertama Plutchik, Teori Maklum Balas Wajah Tomkin, Teori Ekspresi Wajah Semulajadi daripada Izard. Kami diberi kunci memori untuk mengingati nama-nama ahli saintis ini iaitu "Pakcik Tumbuk Izard,Izard Lari". Terdapat satu lagi teori di bawah Struktur dan Ekspesi Emosi iaitu Teori Pembelajaran.

Menurut Teori Asas Emosi Darwin, emosi ini terdiri daripada emosi primari. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Berdasarkan buku yang dikarangnya iaitu "The Expression of the Emotion in Man and Animals", ekspresi wajah melambangkan emosi . Ini adalah disebabkan muka adalah yang senang dan lebih ketara apabila 16 soalan tentang emosi ditanya kepada kepada tiga bangsa yang berbeza, jawapannya adalah sama.

Mengikut Teori Emosi Pertama Plutchik, emosi ini boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu:-
  1. Subjektif language - bahasa subjektif seperti gembira, sedih.
  2. Behaviour language - bahasa tingkah laku iaitu susulan dari emosi yang telah dirangsang seperti melompat,mengalirkan air mata.
  3. Functional language - bahasa fungsian iaitu bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Contohnya, memberi keyakinan.
Mengimbau pengalaman yang pernah saya lalui, saya rasa banyak pengalaman saya lebih kepada Teori Emosi Plutchik. Antara contohnya ialah ketika saya berada di tingkatan tiga dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Disebabkan itu, ayah saya telah menghadiahkan saya sebiji telefon bimbit yang berjenama Sony Ericsson yang memang menjadi impian saya. Saya merasa amat gembira dan lantas mencium pipi ayah saya. Dengan pemberian hadiah ini, saya merasakan hubungan antara saya dan ayah saya senakin rapat. Dalam pengalaman saya ini, ketiga-tiga bahasa ini dapat dilihat iaitu bahasa subjektif (gembira), bahasa tingkah laku (mencium pipi ayah) dan bahasa fungsian ( hubungan antara saya dan ayah saya semakin rapat). Selain itu, satu lagi contoh dalam novel yang saya baca iaitu Ika seorang gadis yang bakal menghadapi peperiksaan yang kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan. Di saat itu, dia berasa amat sedih. Walau bagaimanapun, semangat dan nasihat daripada ahli keluarga yang lain menjadikan dia lebih berkeyakinan untuk berjaya. Melalui penceritaan ini, bahasa subjektif adalah sedih, bahasa tingkah laku adalah semangat daripada ahli keluarga dan bahasa fungsian adalah lebih berkeyakinan.

Menurut Teori Maklum Balas Wajah Tomkin, ia banyak berkaitan kepada "apa yang mempengaruhi apa". Contohnya kita tersenyum kerana gembira atau kita gembira kerana kita tersenyum?. Sebenarnya melaui pembacaan saya dalam buku 7th Smith's Emotion, jawapannya adalah kita akan gembira apabila tersenyum. Senyuman yang menyebabkan kita menjadi gembira daripada sebaliknya.

Bagi Teori Ekspresi Wajah Semulajadi Izard, beliau berpandangan terdapat 10 emosi asas dalam hidup pada peringkat awal iaitu minat, gembira, terkejut, sedih, marah, meluat, hina, takut, malu dan rasa bersalah. Semua emosi tersebut adalah semulajadi dan muncul beberapa bulan selepas kelahiran untuk mempengaruhi tingkah laku bayi. Semakin seseorang individu membesar, pembelajaran mempengaruhi isyarat atau aktivator yang menzahirkan emosi ini. Proses kognitif yang membentuk tindak balas emosi dan respon pengurusan digunakan untuk menyelesaikan emosi-emosi ini.

Pada hari tutorial, Dr. Zamri menyambung kembali pembelajaran yang terbantut semasa kuliah semalamnya. Sambungannya ialah emosi juga boleh dipelajari. Contohnya, jika kita takut menonton cerinta yang berunsur seram tetapi apabila kerap kali kita menonton cerita seperti itu lama-kelamaan sifat takut itu akan berubah menjadi kepada lebih berani.

Sudah penat rasanya badan, mata, dan jari-jari saya ini. Rasanya setakat ini dulu coretan saya untuk kuliah pada minggu ini. Diharap pada kelas akan datang topiknya akan lebih menarik lagi untuk saya membuat jurnal yang seterusnya. Sekian, Wassalam.........

No comments:

Post a Comment