Monday 10 January 2011

A134035 NORNABILA BT ZUBIR Tajuk2 Struktur Asas Emosi

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,


Untuk kuliah pengurusan emosi pada minggu ini,saya telah mempelajari beberapa struktur asas emosi.Memang tajuk ini agak sukar dipahami kerana ia melibatkan banyak teori.Antaranya ialah Darwin,Plutchik,Tomkin dan Izard.Pada mulanya saya tidak memahami apa kaitannya emosi dengan teori-teori tersebut.Tetapi setelah membaca nota-nota dan berbincang dengan rakan-rakan baru lah saya dapat memahaminya.


Emosi adalah sifat semulajadi yang dilahirkan secara seragam merentasi budaya.Hal ini bermaksud setiap manusia di dunia ini tidak kira samada di Malaysia,Jepun,China mahupun di India mempunyai emosi yang sama.Terdapat banyak emosi yang boleh dipamerkan oleh sesetengah individu itu termasuklah perasaan takut,meluat,marah,terperanjat,gembira,sedih dan perasaan ingin tahu dan semua reaksi emosi ini dapat dilihat dengan jelas pada raut wajah individu


Menurut Darwin,emosi terdiri daripada emosi asas (emosi primari).Ini dapat dibuktikan menerusi buku beliau yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals".Pada pandangan beliau,expresi wajah boleh melambangkan emosi kerana muka kita paling mudah untuk mempamerkan emosi.Namun demikian,emosi primari bersifat adaptif yang mana emosi ini wujud melalui kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari iaitu perasaan takut.marah,meluat dan sebagainya.


Selain itu.menurut Plutchik pula,ia lebih menjurus kepada bahasa emosi yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:


(a) Bahasa subjektif

(b) Bahasa tingkahlaku

( c) Bahasa fungsian


Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa seperti perasaant akut,gembira dan sedih manakala bahasa tingkahlaku pula ialah emosi yang telah dirancang.Contohnya,

gembira:melompat kegembiraan

sedih :mengalirkan air mata


Bahasa fungsian merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada seseorang individu.Contohnya,

berani:memberi kenyakinan

sedih :sebagai lambang keakraban persahabatan

Menurut teori Tomkin,beliau menyatakan bahawa "Smile Make You Happy".Senyum tidak bermaksud kita sedang gembira tetapi senyuman merupakan medium komunikasi antara dua insan.Kita akan tersenyum apabila melihat orang lain juga tersenyum.Saya teringat sebuah lagu yang bertajuk 'senyum' dan liriknya amat menarik minat saya untuk tersenyum sepanjang masa.Kalau saya senyum awak mesti senyum sekali.Kalau kita senyum semua orang berjangkit.Bila semua orang senyum dunia tiada pengganti.Senyum tak perlu kata apa-apa.Sesungguhnya senyum itu satu sedekah.

Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment