Monday 3 January 2011

A134035 Nornabila bt Zubir Tajuk1 Tak Kenal Maka Tak Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pengurusan Emosi.Sesuatu perkara yang tidak terlintas di benak fikiran saya untuk mendalami subjek ini.Banyak persoalan yang berlegar-legar di minda saya berkenaan subjek ini.Namun begitu,semua persoalan ini terungkai apabila saya menghadiri kuliah pertama untuk subjek Pengurusan Emosi.Hati saya berbelah bagi sama ada ingin meneruskan pembelajaran saya ataupun tidak kerana pada pandangan saya emosi merupakan salah satu perkara yang sukar diselesaikan kerana ia banyak bermain perasaan dalaman seseorang individu.Mungkin tafsiran saya agak berbeza dengan pemikiran sesetengah individu.Setiap manusia dikurniakan sekeping hati dan dalam hati itu tersemat satu perasaan yang sukar difahami kehendaknya.Kadangkala,saya tertanya-tanya bagaimana kita menguruskan emosi kita?Adakah ia datang dengan sendirinya atau ia hadir menerusi faktor disekeiling kita.Benarlah kata sesetengah pihak "Ikutkan hati mati,ikutkan rasa binasa".


Pada minggu ini,pensyarah saya iaitu Encik Zamri Mansor telah menberi pendedahan kepada kami mengenai definisi emosi.Bagi saya,emosi memberi maksud pelbagai perasaan seperti perasaan marah,sedih,gembira dan sebagainya dan ia bergantung kepada keadaan disekeliling kita bahkan pada satu tahap kita mampu melakukan tindakan diluar jangkaan kita.Dalam pengajaran Encik Zamri,beliau ada menerangkan mengenai pengaruh minda terhadap emosi.Hal ini bermaksud daripada minda maka lahirlah emosi.Kadangkala emosi boleh melindungi kita.Sebagai contoh,apabila kita berhadapan dengan situasi cemas seperti terseremak dengan monyet,naluri kita banyak bermain dengan emosi.Pada ketika ini kita akan berasa takut dan terkejut.Seterusnya minda kita akan memainkan peranan pula untuk melakukan tindakan seterusnya iaitu lari untuk menyelamatkan diri.


Beliau juga ada menerangkan mengenai emosi dan motivasi.Secara lahiriahnya emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi.Emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional.Namun begitu,tidak semua keadaan emosi menjadi pendorong kerana tahap emosi tidak boleh diukur.


Saya ada meminta pendapat rakan saya mengenai emosi dan dia mengatakan bahawa emosi ini adalah sesuatu perkara yang sukar ditafsirkan.Kadangkala kita gembira,kadangkala kita sedih.Walau bagaimanapun,bagi dia 'kegembiraan itu membuatkan kita lupa dan kesedihan itu membuatkan kita beringat'.


Setelah mengikuti pembelajaran ini,secara jujurnya saya rasa amat tertarik untuk mendalami subjek ini.Memang benar,semua orang beremosi tetapi tidak semua boleh mengawal emosi mereka dengan baik.Saya akui kadangkala saya juga beremosi dan ia hadir silih berganti.Diharap agar subjek ini banyak membuka minda saya untuk menjadi seorang insan yang dapat mengurus emosinya dengan baik.Sekian terima kasih.



No comments:

Post a Comment