Monday 17 January 2011

A134035 Nornabila bt Zubir Tajuk 3 Kebahagiaan itu satu anugerah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari berubah minggu,minggu pula berubah kepada bulan.Sedar tak sedar sudah 4 minggu saya mengikuti kelas pengurusan emosi ini.Banyak input yang saya telah perolehi dan sememangnya kelas ini ternyata sangat menyeronokkan dan saya berasa amat bahagia.Nampaknya sudah kena tajuk minggu ini dengan emosi saya iaitu KEBAHAGIAAN.


Kebahagiaan adalah satu keadaan emosi yang bercirikan emosi-emosi seperti keseronokan, kegembiraan dan kepuasan hati.Dengan kata lain,kebahagiaan melebihi hanya perasaan kegembiraan.

Kebahagiaan seseorang itu tidak dapat diukur atau digambarkan dan akan berubah-ubah mengikut masa dan tempat.Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya dia sedang bahagia dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia.Hanya orang itu sahaja yang tahu sama ada dia bahagia atau tidak.Oleh itu,tepuk dada tanya hati.


Kadangkala,senyuman itu tanda gembira tetapi ada juga individu yang tersenyum kepura-puraan.Mungkin kerana dia hendak menyembunyikan perasaan sebenar yang dia alami atau dia mungkin tersenyum untuk menutup rasa malu.


Terdapat beberapa pandangan ahli falsafah mengenai kebahagiaan ataupun kegembiraan. Antaranya:


  1. Aristotle

    -Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian ke arah keseronokan

  2. Plato

    -Punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik atau mulia

  3. Epicurean

    -Kebahagiaan adalah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan

  4. Mills

    -Kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku.


Memang banyak pandangan kebahagiaan melalui pemikiran setiap individu.Bagaimana pula dengan saya?Apa yang menyebabkan saya bahagia??Saya juga pernah berasa bahagia tetapi mungkin kebahagiaan saya ini amat berbeza sedikit dengan anda semua.Melalui pemerhatian saya,saya akan berasa amat gembira dan bahagia apabila saya dapat mandi hujan.Memang pelik bunyinya tetapi inilah hakikat sebenar.Saya rasa puas apabila dapat melihat titik-titik hujan jatuh diatas tangan saya sambil melihat keindahan langit yang sangat indah.Selain itu,saya juga gemar mengusik kawan-kawan saya dan usikan itu membuatkan saya rasa bahagia.Keada kawan-kawan saya yang pernah terkena usikan saya,saya mohon maap kerana dengan cara itu sahaja saya boleh merasa mengecapi kebahagiaan


Penyelidikan Terkini


Penyelidikan terkini yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik, termasuk Daniel Gilbert, profesor falsafah di Universiti Harvard, menemui beberapa unsur yang baru mengenai bidang kebahagiaan manusia.

Unsur pertama adalah bahawa peristiwa utama dalam kehidupan kita tidak mempunyai banyak kesan pada kebahagiaan keseluruhan kita dalam jangka masa panjang. Adakah anda baru berkahwin? Adakah anda terlibat dalam perang baru-baru ini, atau menjadi mangsa jenayah? Tanpa menghiraukan jawapan anda, adalah amat mungkin bahawa kebahagiaan anda adalah lebih kurang sama dalam jangka masa panjang. Kesimpulan ini dapat difahami jika kita menerima kenyataan bahawa otak manusia mempunyai mekanisme untuk mengesetkan semula garis pangkal kebahagiaan dengan berlalunya masa.

Unsur kebahagiaan yang kedua adalah kenyataan bahawa keupayaan kita untuk meramalkan apa yang dapat memberikan kita kebahagiaan adalah amat buruk. Adakah anda menjangka bahawa sebuah kereta atau rumah baru akan dapat memberikan anda kebahagiaan? Sudah tentu, benda-benda itu boleh memberikan anda kebahagiaan, tetapi tidak sebanyak seperti yang anda jangka. Yang lawannya adalah sama juga. Adakah anda baru-baru ini ditolak oleh lamaran anda atau kalah dalam sesuatu permainan yang mengakibatkan anda rasa tidak gembira? Sudah tentu juga, kejadian-kejadian ini boleh mengakibatkan anda rasa tidak gembira, tetapi tidak sebanyak seperti yang anda jangka.



Sebelum kelas tamat,Dr Zamri telah menunjukkan satu video yang menarik perhatian saya mengenai perbezaan antara lelaki dan perempuan.Di sini, saya ingin berkongsi serba sedikit melalui pembacaan saya mengenai 2 insan ini.

Wanita secara umum bersikap mudah mengikut kata hati,lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang,pujukan dan hubungan yang melibatkan perasaan serta kata hati.Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan.Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek manakala wanita menggunakan lebih pengamatan yang luas dan membesar. Pengamatan wanita ibarat lampu suluh yang membuka menampakkan banyak benda.Fahamilah bahawa lelaki bercakap secara terus terang,ringkas dan objektif yang mana lebih menumpukan kepada matlamat dan tajuk utama yang dibincangkan.Wanita pula sering bercakap secara berlapik,terperinci dan banyak yang tersirat dan mereka mahu mengambil tahu semua perkara dari kecil hingga perkara yang rumit.Hal ini kerana wanita memikirkan pelbagaikemungkinan perkara yang boleh berlaku,lebih peka apabila sesuatu terjadi kerana mereka berasa lebih bersedia.Ini amat berbeza dengan lelaki yang lebih bersifat santai,ringkas dan mudah.

Sebagai contoh,senario suami isteri pada setiap pagi,kedua-dua terpaksa keluar dari rumah awal ke tempat kerja.Dalam banyak hal,wanita bekerja yang paling kerap berasa tidak puas hati atau bersungut.Manakala si suami apabila keluar dari rumah hanya membawa kunci kereta.masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin serta menunggu si isteri kerana matlamat mereka ke pejabat dan dapat sampai tepat masa untuk punchcard.Sedangkan si isteri mahu memikirkan beg sekolah anak untuk ke sekolah,baju belum dijemur,anak belum pakai stokin,belum sarapan,sediakan bekalan anak ke rumah pengasuh.Hal ini kerana si isteri mahu memikirkan semua benda untuk kurangkan rasa tidak selesa jika ada kerja yang tidak beres biar lewat ke tempat kerja asalkan semuanya dapat diurus,pakaian sendiri cantik,anak tenang ke sekolah dan tidak didenda oleh guru.Perbezaan bukan untuk bergaduh atau bermusuh sebaiknya bagi saing membantu,berkasih sayang menjadikan kehidupan lebih menarik.Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan wanita maka timbul krisis rumahtangga berpuluh tahun.Sekian,terima kasih.


No comments:

Post a Comment