Sunday 9 January 2011

A133718 Izzati Liyana bt Mohd Rahim Tajuk 2 Struktur Asas Emosi

Assalamualaikum ,

Tajuk jurnal pada kali ini adalah struktur asas emosi .Emosi mempunyai struktur-struktur asas yang sering dikaitkan dengan ekspresi muka bagi setiap inividu .Emosi adalah satu sifat semulajadi yang terdapat dalam diri manusia .Emosi dapat dilahirkan secara seragam merentas budaya .Terdapat dua asas teori dalam emosi ini ,iaitu yang pertama adalah teori biologi dan teori yang kedua adalah terori pembelajaran .Teori-teori ini telah melalui evolusi yang bermula daripada teori asas Darwin's ,diikuti dengan teori Putchik's , seterusnya teori Tomkin's dan yang terakhir adalah teori Izard's .

  Menurut Darwin's ,emosi atau juga dikenali sebagai emosi pertama menyatakan bahawsa ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspreskan dalam bentuk rentas masa dan budaya .Darwin's telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk " The Expression of The Emotions in Man's and Animal's " .Buku ini menceritakan tentang ekspresi wajah seseorang itu adalah lambang kepada emosi kerana melalui ekspresi wajah seseorang itu ,kita dapat lihat dengan jelas emosi yang ditunjukkan oleh seseorang itu .Menurut Rolls ,1990, beliau menyatakan bahawa emosi adalah gabungan antara emosi pertama .Emosi pertama adalah emosi-emosi asas seperti gembira ,takut ,sedih dan sebagainya .Contohnya seperti gabungan dua warna utama iaitu biru dan kuning .Gabungan tersebut telah menghasilkan warna hijau .Contoh ini sama seperti lahirnya sifat emosi dalam diri kita .Jika emosi  sedih bercampur dengan emosi peranjat ,hasilnya adalah emosi kecewa .

Bagi teori pertama iaitu teori Plutchik's .Beliau menyatakan bahawa emosi terdiri daripada tiga ciri-ciri penting iaitu yang pertama adalah bahasa emosi ,kedua emosi-emosi utama da yang terakhir adalah dimensi emosi .Bahasa emosi boleh dilihat melalui tiga elemen iaitu subjektif ,tingkah laku ,dan fungsian .Subjektif merupakan bahasa biasa bagi emosi yang dapat kita rasakan ataupun lihat seperti perasaan takut .Tingkah laku merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah diransang dan bagi fungsian pula ,ia menunjukkan bagaimana emosi itu berperanan .Gabungan tiga elemen ini ,boleh menghasilkan bahasa emosi yang ditunjukkan oleh setiap individu .Sebagai contoh ,"Zakiah sedih ,lalu menangis apabila melihat kucing kesayangannya mati dilanggar oleh manusia yang tidak bertanggungjawab itu" .Mengikut kepada situasi ini ,"sedih" merujuk kepada subjektif ,"menangis" pula merujuk kepada tingkah laku dan bagi fungsian pula ,ia merujuk kepada "melihat kucing kesayangannya mati dilanggar ".Ciri yang kedua adalah emosi-emosi utama .Emosi utama merujuk kepada perasaan takut ,meluat ,marah ,terperanjat ,sedih ,dan sebagainya .Ciri yang terakhir pula adalah dimensi emosi .Dimensi emosi merujuk kepada kekuatan emosi .Selain itu ,hubungkait ataupun perkaitan dalam emosi dan emosi yang bertentangan antara satu sama lain juga turut dinilai .

" Smile Make U Happy " adalah kenyataan yang dikatakan oleh Tomkin's .Beliau menyatakan bahawa emosi gembira ini yang mengambarkan ekspresi wajah kita supaya tersenyum .Tomkin's telah membuat dua kajian mengenai kebenaran kenyataan yang dibuat dengan membuat soal selidik dalam kalangan pelajar-pelajar lepasan ijazah .Hasilnya ,kenyataan yang dibuat oleh Tomkin's adalah salah kerana senyum tidak bermakna kita gembira .Ada kalanya ,apabila Zurina tengah sedih ,dia tidak menunjukkan kepada kawan-kawan dia yang dia tengah bersedih ,tetapi sebaliknya ,dia senyum kepada kawan-kawan dia kerana ingin menutup perasaan sedih itu .Ini kerana dia tidak mahu membebankan teman-teman kita dengan masalah yang dia hadapi .

Selain itu ,menurut pandangan Izard's ,emosi adalah sifat semulajadi .Pengalaman tidak membentuk emosi .Izard's juga telah membuat dua kajian untuk mengetahui struktur-struktur asas bagi emosi .Bagi kajian yang pertama ,Izard's telah membuat kajian terhadap bayi yang baru lahir .Hasil menunjukkan bahawa ,bayi yang berumur lingkungan tiga ke empat bulan ,emosi yang ditunjukkan adalah marah dan terkejut manakala bagi bayi yang berumur dalam lingkungan lima ke enam bulan ,emosi yang ditunjukkan adalah takut dan malu .Bagi kajian yang kedua pula adalah ,Izard's telah membuat rentas budaya di tempat-tempat yang tertentu .Hasilnya ,walaupun mereka ini berbeza budaya dan agama ataupun yang tahu membaca dan tidak tahu membaca ,mereka mempunyai sifat emosi yang sama .Mereka dapat teka ekspresi muka dengan tepat sekali apabila soalan menanyakan mereka tentang mimik-mimik muka yang diberikan di dalam soalan tersebut .

Kesimpulannya ,terdapat empat emosi utama yang menjadi persetujuan ataupun persefahaman antara Plutchik's ,Tomkin's dan Izard's iaitu emosi takut ,meluat ,marah dan terperanjat .Mereka telah menyatakan bahawa empat emosi utama ini adalah tergolong dalam emosi seseorang itu sendiri .

Sekian ,terima kasih .

No comments:

Post a Comment