Monday 17 January 2011

A133607 NOR FAZLYANA TAJUK 3 GEMBIRANYERRRRR !!!


Kebahagian, Kegembiraan, Kasih sayang.

susah diungkap dengan kata kata. susah juga untuk diluahkan sekali sekala. namun perasaan ini tetap ada.
kasih sayang kepada ibu bapa sering malu untuk diluahkan. kenapa ek ? kepada manusia manusia yang telah
bertungkus lumus membesarkan kita, menjaga kita, memberi segalanya kepada kita sehingga kita berpijak pada BUMI yang nyata.
kenapa kata kata cinta sukar untuk diluahkan secara lisan, secara kata kata. adakah air mata akan bereaksi untuk menitis 
setiap kali kita meluahkan. begitulah perasaan ku. merindui mereka, menyayangi mereka sukar untuk aku luahkan. maksud ku terus 
terang kepada mereka? MALU ? bukan tapi entah. hati ini, perasaan ini, kata kata ini kaku untuk bertindak. 


Relationships create the fabric of our lives.
They are the fibers that weave all things together.


~ Eden Froust
(okay GOOGLE sudah ! haha)

seperti ikatan kekeluargaan tidak akan pernah putus walaupun ada yang di utara, selatan mahupun di sebalik lautan sana.
masa ini, aku amat merindui keluarga ku. sudah lama tidak berkumpul sama sama. maklumlah, kakak kakak ku semua sudah berkerjaya 
dan memiliki keluarga sendiri. tinggal adik ku serta diri ku sahaja yang masih meneruskan perjuangan keluarga di medan pelajaran
yang berperang bersama rakan rakan seperjuangan dengan senjata, ilmu, pensel dan pemadam. okay okay. sekarang guna pen. kalau
tidak dakwat pencetak. biasalah. zaman dah maju. aihh ==" haha

Kebahagian? apa makna kebahagian ? satu keadaan emosi yang bercirikan emosi emosi seperti keseronokan, kegembiraan dan 
kepuasan hati.

aku sangat bahagia bersama keluarga ku. kerana mereka memberikan keseronokan, kegembiraan serta kepuasan hati apabila 
bersama mereka. mana tak nya, anak perempuan terakhir ini memang manja sedikit. okay okay. banyak aiih ==" haha
setiap kali bersama mereka adalah saat saat indah dalam hidup. huhu. kali terakhir kami berkumpul bersama semasa raya tahun lepas.
kalau ada berkumpul pun mesti salah seorang tak ada. jadi benda tu di namakan tak lengkap. haha. harap harap raya cina dapatlah
kumpul ramai ramai lagi. dapat main bersama anak saudara yang sangat meriah apabila balik ke kampung. penat pula melayan kerenah 
mereka. hehe.

okay okay. anda gembira bukan? tak gembira pun kena gembira juga. jomm nyanyi yuk !

Kalau rasa gembira tepuk tangan...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira tepuk tangan (kena tepuk tangan tau !)

Kalau rasa gembira hentak kaki...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira hentak kaki (kena hentak kaki juga ! oii bergegar hosterl kau. haha)

Kalau rasa gembira petik jari...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira petik jari (petik jari ek ? kena ada bunyi. hehe)

Kalau rasa gembira pukul peha...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira pukul peha ( haaa. hilang lemak kat peha. hahaha)

Kalau rasa gembira sebut HURRAY...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira sebut HURRAY (yeay yeay. HURRAY HURRAY. mesti rumate kata hangpa xbetol. haha)

Kalau rasa gembira buat semua...(2x)
Kalau rasa gembira dan ingin menunjuknya
Kalau rasa gembira buat semua. 

YEAY ! habis sudah. mesti hilang stress buat kerja semua. nyanyi sekali lagi kalau ingin lagi kegembiraan. hehe

p/s : rindu mak, rindu ayah, rindu along, rindu kak ila, rindu kak uda, rindu epoi.

SALAM !


No comments:

Post a Comment