Sunday 9 January 2011

A133607 NOR FAZLYANA TAJUK 2 YAMA FAJLENA GEMBIRA KE ?


HOLAA HOLAA ! ASSALAMUALAIKUM !

SEMUA sihat ? SEMUA bagus ? harap harap begitu untuk SEMUA ! kali ini cerita mengenai keGEMBIRAAN ! yeah !
saya begitu gembira sekali. kerana kerana. SEMUA nak tahu ke ? apa kata saya terangkan pasal PLUTCHIK'S PRIMARY EMOTION
THEORY dulu yang telah di ajar pada minggu lepas. di dalam PLUTCHIK PET terdapat bahasa emosi. dibawah bahasa emosi pula 
terdapat :
1) bahasa SUBJEKTIF
2) bahasa TINGKAHLAKU
3) bahasa FUNGSIAN

okay okay. jomm bercerita tentang kegembiraan saya kali ini. HAHA. okay okay. saya nak bagitau nie. saya berniaga !
huhu. memang minat daripada kecil kecil lagi. saya memang suka berniaga. semasa saya darjah 6, saya membantu keluarga
dengan menjual AISKRIM MALAYSIA, alah yang ada perisa MILO,ASAM MASIN,BANDUNG,LIMAU. haaaa. yang tula. HUHU. kalau
waktu persekolahan pula, sebelum balik dari sekolah saya akan cepat cepat tanya kawan kawan. esok mereka nak tempah aiskrim
atau tidak. kadang kadang saya dapat tempahan sebanyak 100 aiskrim. huhu. masa tue sangat suka berniaga. mungkin ada 
sikit darah darah peniaga kot. bila dah sampai rumah, saya dan kakak saya pun menyediakan aiskrim aiskrim yang ditempah
untuk tidak mengecewakan pelanggan. hehe. paginya pula, sebelum pergi ke sekolah, saya akan 'pack' kan aiskrim tersebut
dan dibalut dengan SURAT KHABAR LAMA dengan tebal sekali. ini akan mengurangkan proses pencairan aiskrim tersebut. huhu.
saya hanya menggunakan tenaga empat kerat ini mengangkut aiskrim aiskrim tersebut ke sekolah. maklumlah, sekolah dekat
jadi kena pergi berjalan kaki. tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya. cewah ! dah sampai sekolah memang budak budak kecik
tue semua berebut mahukan aiskrim mereka. huhu. saya plak, DUIT DUIT ! sambil menghulurkan tangan. huhu. aiskrim tue murah
je. sekupang satu atau SATU PULUH SEN ! haha. tak banyak untung. tapi saya tak kesah mana. janji puas berniaga. hehe.

mungkin saya ini petah berkata kata atau mulut tidak akan diam untuk sesaat pun. kecuali jika tidur. hehe. saya bekerja 
sebagai SALESGIRL di supermarket berdekatan dengan tempat tinggal saya selepas habis peperiksaan SPM. saya suka kerja ini.
sebab dapat melatih saya menjadi peniaga yang baik. hehe. saya menarik ramai makcik makcik kakak kakak adik adik untuk
membeli produk yang dijual. saya menjual beg tangan terkini, jam tangan serta barang aksesori yang lain. dengan bekerja 
sebagai SALESGIRL ini membuat saya rindu untuk berniaga lagi. JADIII ............

nak tahu tak ? selama setahun lebih. impian saya menjadi kenyataan.
semalam saya dan kawan saya, cik 08 tiba tiba mendapat idea untuk menjual. HAHA. memang kami cepat cepat 
membeli barang untuk berniaga malam tue. saya dan dia bercadang untuk menjual buah buahan dan sandwich. ALHAMDULILLAH.
semuanya berhasil. dan saya mendapat kembali kepuasan berniaga itu. hehe. kami menjual dengan harga RM0.80 setiap satu. 
kami mengetuk setiap bilik di BLOK kami. memberi salam dan senyuman serta layanan yang baik itu penting walaupun
ramai kawan sekuliah saya terkejut melihat saya 'LEMBUT' semacam. HAHA. entahlah. mungkin ini saya hanya lakukan untuk 
pelanggan supaya tak ada lah mereka takut nak membeli dari saya. hehe. untungnya juga lumayan. mungkin kami akan teruskan 
lagi. harap harap mereka dapat menyokong kami. AMIN. dan kamu semua ya KAWAN KAWAN !

jadi, saya dapat simpulkan bahawa :

KEGEMBIRAAN (bahasa subjektif) mendorong seseorang untuk tersenyum lebar (bahasa tingkahlaku) dan berhak untuk mendapatkan
kepuasan yang selama ini diimpikan (bahasa fungsian).

SEKIAN
terima kasih untuk membaca. nantikan coretan saya LAGI ;)

YAMA FAJLENA !

No comments:

Post a Comment