Thursday 20 January 2011

A133478 NORAISYAH MOHD Emosi Negatif LJ04

                Assalammualaikum dan salam sejahtera buat permata-permata yang mengikuti perbicaraan dalam journal hebat ini. Alhamdulillah masih dapat kita bertemu semula. Ketika kita melayari kehidupan sebagai seorang insan di dunia ini. Pelbagai perasaan yang akan kita dan pasti rasai. Tidak kiralah, marah,takut,sedih, malu, gembira, bahagia dan seumpamanya . Itu semua pasti kita akan lalui. Rentetan dari perasaan tersebut, timbullah pula pelbagai tindakan atau reaksi antaranya yang berkemungkinan boleh terjadi kepada tindakan baik ataupun buruk. Tetapi, apa yang inginku tekankan di sini, yang berkaitan tajuk yang sangat menarik pada minggu ini adalah "Emosi Negatif" iaitu empat perasaan utama yang berunsurkan negatif ialah takut,marah.malu dan sedih. Apabila kita mengetengahkan topik ini dalam kuliah. Ramai yang akan memandang topik ini adalah sesuatu yang sangat berkaitan dengan emosi-emosi negatif. Sungguh salah tanggapan yang di ajukan, ini kerana perasaaan negatif ini, kadang kala memberikan sifat-sifat atau melahirkan sesuatu yang positif. Contohnya,untuk menyelamatkan diri, berkaitan maruah dan menghilangkan stress. Kenapa aku menyatakan begitu, kerana, Tuhan telah menjadikan perasaan negatif tersebut ada hikmahnya  atau kata lainnya, ada kebaikan dari sebalik penciptaan rasa sedih,takut,malu dan marah.  
            Dalam menjelaskan lagi berkaitan emosi negatif ini. Ingin ku kongsikan sedikit bingkisan pengalaman aku baru-baru ini. Malu? sungguh memalukan. Ada satu sesi sebelum ke kelas petang.Ketika aku sedang duduk menunggu rakan ku untuk mengahadiri kelas petang. Aku duduklah menelaah helaian-helaian nota yang diberikan pensyarah sebelum masuk kuliah. Jadi, tumpuanku hanya pada pembacaanku tersebut. Lama juga untuk aku memahami satu subtopik dalam nota tersebut. Maklumlah, mahu jadi pelajar cemerlang katakan, mestilah sentiasa bersedia. Tiba-tiba, tika sednag aku fokus terhadap pembacaan ku, rakan aku yang lama ku tunggu pun datang. Dia pun menyapa aku yang sedang kusyuk membaca. Padahal, sedang runsing subtopik yang masih tidak paham lagi. Aku terus berjalan seiring dengan rakanku. Namun, perkara yang aku baca tadi masih ligat di kepalaku. Seolah-olah tiada penyelesaian. Apa lagi, sedang aku berjalan bersembang dengan rakan ku. Aku cuba membuka sedikit lembaran yang aku baca sebentar tadi sambil mulut masih lancar berbicara dengan rakanku. Tanpa di sangka, tiba-tiba...sedang rancak aku berbual dengan mataku tunduk ke bawah melihat lembaran tadi, rupa-rupanya aku bercakap  keseorangan. Rakanku yang seiring denganku tadi, sudah lesap pergi  ke tandas rupanya. Ya Allah, aku rasa macam orang gila sahaja. Manakan tidak, lebih kurang satu  atau dua minit aku berkomunikasi seorang diri. Sudahlah, orang di sekelilingku memandang aku lain. Jadi untuk menutup malu, aku pun duduk di satu sudut yang tersedia meja dan kerusi duduklah seakan-akan sedang menelefon. Pada masa yang sama. Perasaan maluku menigkat tinggi. Tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-lata betapa malunuya aku tika itu. Kata orang aku buat "selamber" sahaja. Itulah yang aku boleh katakan.Apakah yang di maksudkan dengan malu? Malu adalah apabila di rasai bila melakukan sesuatu yang tidak di terima dalam masyarakat. Biasanya melibatkan air muka atau maruah  yang bergantung kepada sesuatu yang di alami. Dari istilah lainya, malu adalah perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri sendiri mengenai perlakuan  tidak senonoh yang di lakukan oleh dirinya sendiri. Dari sudut lain adalah untuk menanganinya malu ialah dengan berlaku seperti perlakuan orang yang sedang berbual di dalam telefon. Ini juga dinamakan malu profesional. Kerana mahu menutup malu tersebut.
                Bukan setakat itu, setelah aku duduk berkelakuan seperti sedang berbual-bula di dalam telefon. Aku dan rakan, tiba ke kuliah. "Subhannallah!" teriak ku. Rupanya aku telah terlewat ke kuliah. Datanglah denyutan nadi bertambah laju menandakan "lampu merah' telah menyala. Takut yang aku mula rasakan telah menyelinap seluruh tubuhku,gementar secara tiba-tiba kerana takut di marahi pensyarah. Selain itu, aku berkelakuan kelam kabut atau istilah lainnya, tergopoh-gapah. Aku secara perlahan-perlahan duduk bersebelahan pelajar lain. Alhamdulillah, akhirnya, pensyarah tersebut tidak memarahiku. Mungkin kerana aku adalah orang tidak pernah lewat ke kuliah. Sedangkan jika ada pelajar yang sering datanag lewat pensyarah tersebut akan memarahinya. Mujur bukan aku orangnya pada hari itu. Tidak akan pernah ku lakukan lagi perkara tersebut. Serik bagi ku. Manakan tidak, aku terlalu fobia dengan perasaan takut tersebut.Hingga berpeluh basah aku di buatnya. Lama-kelamaan, gementar aku tadi pun reda semula. Ingin aku mendefinisikan apa yang di maksudkan dengan takut adalah tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya, berkaitan dengan emosi bimbang. dan mekanisma untuk pelangsungan hidup berlaku apabila ada pekara " negatif".Punca takut boleh di sebabbkan kejadian yang memeberikan fobia terhadap sesuatu, hilang kawalan seperti situasi aku tadi tersebut yang kelam kabut dan tergopoh-gapah.
                Dalam keadaan lain, sebelum ini, dua atau tiga hari yang lepas. Pernah ku terbaca satu artikel mengenai Remaja Di Malaysia VS Remaja Di Pelestin. Dalam artikel tersebut menyatakan suatu perbezaan yang sangat ketara. Sedang dalam kekalutan remaja-remaja palestin sibuk memperjuangkan tanah air mereka sementara remaja di Malaysia sibuk dengan memperjuangkan generasi rempit mereka. Bukan setakat itu sahaja, remaja Malasysia kini,  tergempar dengan isu pembuangan bayi yang tidak sudah-sudah menyusahakan masyarakat. Makin aku menelaah artikel tersebut makin tinggi "suhu" pada nafsu marahku. Tambahan lagi, aku terbaca satu fakta yang menyatakan lebih 83 bayi telah dilahirkan luar nikah di laporkan setiap hari di Malaysia. Sungguh memalukan! Beristigfar aku membacanya. Mununjukkan perasaan marahku yang teramat sangat tentang isu-isu remaja di Malaysia kini. Kes-kes seksuality bertambah runsing. Mananaya tidak, perkara ini sering dibicarakan di merata tempat, Namun tiada penyelesaian. Bagi aku, tiada cara yang terbaik melainkan negara ini perlu memasukkan asas-asaa rohaniah, perkara-perkara yang berkaitan ketuhanan dalam diri remaja masa kini. Serta kesedaran pada setiap masyarakat tentang pentingnya menjaga maruah dan agama bagi remaja di Malaysia sekarang. Aku merasakan diri dari setiap kita beranggungjawab dalam perkara yang semakin menular ini.Walaupun, marahku ini memuncak selepas membaca artikel tersebut, hatiku rancak beristighfar, bagi meredakan kemarahanku. Bila di fikir kembali, kita lah yang perlu bertindak cepat dalam menanganinya. Dalam situasi tersebut, kesabaran di diperlukan dalam menanagani sikap marah. Ada kata-kata yang cukup manis untuk di dengar iaitu "siapa yang berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya.Dan tidak ada siapa yang mendapat kurnia dari Allah yang lebih baik atau lebih daripada sabar" [Riwayat Bukhari]. Subhannallha,sungguh kemarahan itu boleh ku padam dengan sifat sabar. Jika aku terus melayan sifat marahku, sudah tentu aku akan bertindak menuduh dan bersangka buruk dengan orang lain.
                Kisah remaja di palestin yang dari dahulu dan telah lama dengan penindasan, kekejaman serta bermacam-macam lagi bentuk penganayaan fizikal dan rohaniah telah membuatkan aku menitiskan air mata.Bilamana, sekolah-sekolah, hospital,tempat kediaman serta bangunan-bangunan kerajaan telah di bom Israel. Ramai wanita-wanita dan anak-anak kecil telah di bunuh dengan kejam. Ditangkap dan di penjara. Zionis yang tiada belas kasih denagn sesuka hati menghunus senapang dan melepaskan tembakan pada sesipa sahaja yang melawan mereka. Kesannya, banyak kematian yang menyayat hati berlaku. Ya Allah.. berjurai iair mataku kerna tidak tahan menahan sebak di dada. Tambahan sebelum ini,aku pernah lihat satu video bagaimana seorang ayah dan seorang anak keluar dari sebuah kedai ingin pulang ke rumah. Sementara tentera zionis dengan kereta kebalnya sedang merentasi di depan kedai tersebut, lalu ayah dan anaknya tersebut ketakukan dan cuba menyelamatkan diri. Akhirnya...ayahnya telah di tembak tanpa belas kasihan. Sungguh-sungguh kejam zionis! Perasaanku marah bercampur baur sedih yang teramat. Aku tenteramkan kesedihan ku dengan satu ayat-ayat cinta dari Allah yang berfirman: "Janganlah kamu takut dan janganlah kamu merasa sedih;dan begembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang dijanjikan Allah kepadamu",[Fussilat:30]. Sesungguhnya ku yakin,perjuangan rakyat palestin sungguh besar, dan pastinya Allah akan menjanjikan satu "hadiah" kemenahnagn buat mereka satu hari nanti. Ameen...Alhamdulillah, mendengar ayat-ayatcinta dari Allah, hatiku mula tenang sedikt. Walaupun, piluku masih meleat di hati. Sesungguhnya sedih itu menggambarkan perasaan kerugian dan kehilanangan. Tidak kiralah kepunyaan buat diri sendiri atau keperitan yang dialami orang lain. Erti kata lain sedih adalah satu emosi akibat berhadapan dengan situasi yang mengecewakan, dan muncul akibat penderitaan kerana luka,sakit dan derita.
    Alhamdulillah..Setakat di sini cebisan penulisanku minggu ini, insyaAllah akan kita bertemu lagi bagi isu-isu menarik pada masa akan datang.Jadikanlah, emosi-emoai sebagai sesuatu yang positif, ianya akan memberi kesan yang baik jiak kita dapat mengawalnya dan mengurusnya.
Sekian Terima kasih ^_^

No comments:

Post a Comment