Sunday 23 January 2011

A133398 NURUL ZAHIDAH TAJUK 2Gembiranya!! (Emosi Positif)

Assalamulaikum. Alhamdulillah, saya masih dapat menulis lagi untuk jurnal saya yang ke dua ini. Sedar atau tidak, masa itu cepat merangkak pergi meninggalkan kita. Kita sudah sampai dipertengahan bulan januari 2011 dan beberapa hari lagi kita sudah berada diakhir bulan ini. Sekejap sahaja masa berlalu pergi, yang membezakannya sama ada masa yang berlalu di isi dengan perkara yang membawa kebaikkan atau tidak.

Pada minggu ini Dr. Zambri telah menyambung tajuk yang seterusnya untuk kelas pengurusan emosi kami. Emosi Positif : Kebahagiaan, Kegembi raan dan Kasih Sayang. Itu tajuk yang saya akan kupas di dalam jurnal saya pada kali ini. Apakah yang dimaksudkan dengan emosi positif? Pada pendapat saya, emosi positif ialah sesuatu emosi yang membawakan keceriaan, kebahagiaan dan kegembiraan.  Menurut buku Imaginasi ke arah kejayaan yang di tulis oleh Ahmad Radzi Adli, terdapat 7 emosi yang positif yang menjadi pemangkin kepada kejayaan iaitu, keinginan, keyakinan, cinta, seks, azam, romantis dan harapan.

Kebahagiaan. Apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan? Adakah kebahagiaan dan kegembiraan mempunyai maksud yang sama? Saya ada bertanya pendapat rakan-rakan saya berkenaan dengan 2 emosi ini. Soalan saya, :

1.      Apakah definisi kebahagiaan dan kegembiraan pada pandangan mereka

2.      Antara kebahagiaan dan kegembiraan yang mana satu menjadi pilihan mereka. Kenapa?

3.      Adakah anda bersetuju bahawa senyuman itu menggambarkan seseorang itu gembira dan bahagia.

Mengikut Nor Syafinas yang kini belajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), kebahagiaan dan kegembiraan adalah sama bagi beliau. Suatu perasaan yang membawa kepuasan dan jika diminta untuk memilih salah satu daripada emosi tersebut, dia tidak boleh membuat keputusan kerana baginya kegembiraan dan kebahagiaan tersangatlah berkaitrapat antara satu sama lain. Bagi soalan saya yang ketiga pula, beliau bersetuju bahawa senyuman menggambarkan kegembiraan.

Terdapat pelbagai teori yang popular berkaitan dengan 2 emosi ini. Menurut  ARISTOTLE, kegembiraan ialah hasil kepada pencarian kearah keseronokan. Kita sendiri berusa untuk mencari kegembiraan agar kita lebih bahagia. Contohnya, jika saya ingin mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan saya perlu berusaha dengan lebih gigih dengan cara itu saya akan mendapat kegembiraan yang saya mahu. Bermula dari keinginan itu saya memperuntukkan masa yang berkualiti untuk belajar dan mencari teknik-teknik belajar dengan betul. Alhamdulillah, berkat usaha dan doa orang-orang yang tersayang saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009. Itu merupakan kebahagiaan yang saya usaha dan saya mendapat hasil yang menggembirakan.

Menurut Plato pula, punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik ataupun mulia. Contohnya, apabila kita hidup berlandaskan agama, sentiasa menolong orang lain dan membuat kerja-kerja yang mulia itu merupakan kunci kepada kebahagiaan. Bagi pandangan Epicurean pula, kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokkan dan meminimumkan penderitaan. Apa saya faham berkenaan dengan teori ini ialah untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan kita perlu melakukan sesuatu yang boleh mengembirakan kita dan meninggalkan perkara yang boleh membuatkan kita sedih. Dengan cara itu kita akan memperolehi kebahagiaan.

kebahagian bagi Mills pula ialah sejauh mana kesesuaian tingkahlaku kita. Jika kita sentiasa mengekalkan tingkah laku yang baik, bersopan dan mulia itu sudah cukup membahagiakan. Namaun, kebahagian pada tafsiran saya ialah apabila saya boleh berada bersama-sama dengan orang-orang yang paling saya sayang. Tentu anda semua mempunyai senarai orang-orang yang penting dan yang paling anda sayang. Begitu juga dengan saya. Disini saya ingin senaraikan orang-orang yang paling penting dalam hidup saya.

                                                              i.            Azmi Murad Bin Majid (Abah yang paling Pendiam dalam dunia tapi tegas)

                                                                                 ii.            Hasnah Binti Din (Emak yang banyak membebel tapi sporting)

                                                                                             iii.            Kamariah Binti Desa (Nenek yang sangat memahami)

                                                                                                       iv.            Adik-adik:       1) Muhammad Farhan  (UPNM)

2) Nurul Zulaikha (SMSTSP)

3) Nurul Zatul Anis (SMKPBU)

4) Muhammad Farith Qayyum (SKFRM)

5) Muhammad Fareez Fiqri (SKFRM)

 

Hidup saya sudah lengkap dengan adanya mereka. Merekalah cahaya kebahagiaan bagi saya. Jadi bagi saya kegembiraan dan kebahagiaan adalah berkait rapat antara satu sama lain. Apabila kita gembira kita akan bahagia. Sampai disini sahaja saya boleh menulis jurnal pada kali ini. Sentiasa tersenyum dan gembira untuk bahagia. =) senyum sokmo!!

 
NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD 
A133398
FAKULTI PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)


No comments:

Post a Comment