Tuesday 25 January 2011

A133398 NURUL ZAHIDAH AZMI MURAD Tajuk 1 (struktur Emosi)

Assalamualaikum. Hari ini merupakan hari pertama saya mengikuti kelas pengurusan emosi. Walaupun agak terlambat dari yang lain, namun saya tetap bersemangat untuk mengikuti kelas ini. Pada hari ini kami diajar tentang struktur emosi. Oh ya, sebelum saya menulis jurnal ini dengan lebih lanjut, biarlah saya memperkenalkaan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Nurul Zahidah Binti Azmi Murad.Saya mengambil jurusan Ijazah sarjana muda dengan kepujian (Pendidikan Khas). Sekarang sedang mengikuti tahun pertama semester ke dua di sini.

Walaupun sudah sampai ke tajuk yang kedua, namun saya masih lagi boleh memahami apa yang dimaksudkan dengan emosi. Emosi  adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu.

Drever's melalaui 'dictionary Of Psychology'  pula mendefinisikan emosi sebagai suatu keadaan yang kompleks dari organisme dan ditandai:

1.      Adanya perubahan badan didalam tubuh (misalnya; degupan jantung, nafas)

2.      Adanya perubahan dalam keadaan mental (kegembiraan, kegelisahan)

3.      Adanya perasaan yang sangat kuat

4.      Boleh menunjukkan impuls terhadap prilaku tertentu

5.      Bila intensi emosi tinggi akan disertai dengan gangguan fungsi intelektual, disosialsi, dan kecenderungan terhadap tindakan yang kurang tepat.

Untuk pembelajaran pada kali ini, Dr.Zambri membincangkan teori-teori yang dikemukan oleh ahli falsafah barat. Antara ahli falsafah yang terkenal yang kami bincangkan ialah, Robert Plutchik, Charles Darwin, Tomkin's dan Izzard. Terdapat perbezaan di antara teori-teori mereka ini namun is yang bdibincangkan tetap sama iaitu berkenaan dengan emosi.

Menurut Plutchik"s, Emosi boleh dibahagikan kepada tiga bahasa yang berlainan iaitu bahasa Fungsian, Bahasa Tingkahlaku dan Bahasa Subjektif. Emosi ini juga bersifat sejagat. Turut dihuraikan dalam teori plutchik's emosi ini bersifat universal, semula jadi dan unik. Darwin pula berpendapat semua emosi terdiri atau terbentuk dari emosi primary. Bagi Darwin Emosi yang paling senang untuk di kesan adalah melalui memek muka. Hal ini kerana, kita dapat melihat reaksi individu daripada air muka mereka dengan jelas dan tanpa sebarang halangan. Walaupun sesetengah individu pandai menyembunyikan emosi mereka, namun jika mereka dilanda sesuatu emosi secara tiba-tiba kita dapat lihat memek muka mereka akan berubah dalam beberapa minit sebelum mereka menyembunyikan reaksi dan emosi mereka.

Mengikut pandangan Matsumoto pula, emosi yang bersifat primary adalah sama tetapi berbeza daro segi ekspresi. Izzard pula berpendapat setiap emosi diadaptasi berdasarkan keadaan sekeliling. Maksudnya, emosi boleh diaktifkan dalam badan manusia. Contohnya, emosi takut. Ramai dalam golongan kita takut dengan hantu atau makhluk halus. Sedangkan kita sendiri tidak pernah mengalami keadaan seperti berjumpa dengan hantu atau sebagainya. Tetapi mengapa kita masih lagi ketakutan apabila tinggal berseorangan? Takut akan hantu? Hal ini disebabkan kita sudah tetapkan dalam diri kita bahawa hantu ini wujud dan kita perlu takut kepada hantu.

Miller pula mengatakan, Ketakutan tidak mempunyai asas biologi, manakala bagi Albert manusia juga dapat memperolehi rasa taakut melalui pengalaman. Ketakutan adalah boleh dipelajari tetapi secara genetiknya manusia belajar untuk takut kepada sesuatu objek. Sebagai contoh, saya pernah jatuh kedalam sebuah perigi lama ketika sedang bermain dengan kawan-kawan. Ketika itu saya baru berumur 10 tahun. Walaupun perigi tersebut tidak berapa dalam namun keadaannya yang gelap membuatkan saya ketakutan. Kesan daripada peristiwa itu, saya menjadi takut dengan kedalaman dan apabila berada di dalam kawasan yang gelap. Apabila saya berada dalam situasi tersebut, seolah-olah saya mengalami semula kejadian jatuh didalam perigi tersebut.

Terdapat persamaan dalam teori emosi yang dinyatakan oleh Tomskin dan Izzard iaitu senyuman akan menyebabkan kegembiraan. Mungkin senyuman akan menyebabkan orang lain yang melihat senyuman kita itu gembira tetapi mungkin orang yang tersenyunm itu cuba untuk menutupi kesedihannya atau rasa malu yang dihadapinya pada ketika itu. Padaa pendapat saya, Senyuman tidak menggambarkan perasaan kita pada ketika itu. Ada orang yang tersenyum kerana ingin menyembunyikan ketakutannya. Ada juga yang tersenyum kerana ingin membuatkan orang lain yang melihatnya gembira dan sebagainya.

 

Alhamdulillah. Siap juga jurnal saya yang pertama. Sampai disini dulu jurnal pada kali ini. Moga berjumpa dijurnal yang akan datang. =)

 
NURUL ZAHIDAH BINTI AZMI MURAD 
A133398
FAKULTI PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)


No comments:

Post a Comment