Sunday 23 January 2011

A133397 NURUL HAFIDFAH BINTI SARBINI ~em0si negative~



Assalamualaikum dan salam  sejahtera semua.....

Bagaimana  dengan keadaan emosi kawan-kawan dalam minggu ni? O.k  tak? Mesti ada yang mengalami emosi negatif kan? Emosi negatif perkara lumrah dalam kehidupan ni, sama ada takut, sedih, malu dan marah. Apa yang penting kita pandai mengawal perasaan itu. O.k?


EMOSI NEGATIF-tajuk kuliah kita pada minggu ini. Emosi negatif pertama yang kita bincangkan adalah TAKUT. Kita semua tahu akan emosi takut ini, iaitu emosi yang memberikan tindak balas terhadap situasi bahaya yang juga berkaitan dengan emosi bimbang. Emosi ni adalah reaksi instinktif dan bukannya dirancang secara sedar. Melainkan individu tersebut berlakon. Biasanya  kita akan berasa takut apabila kita berada dalam situasi negatif. Emosi takut ini boleh berlaku disebabkan 2 perkara. Pertama adalah apabila sesuatu kejadian ataupun peristiwa yang boleh memberikan kesan trauma seperti claustrophobia(takut kpd ruang tertutup), hydrophobia(takut air) dan sebagainya.  Kedua pula adalah berkaitan dengan konsep abstrak seperti takut kepada kritikan ,takut jika hilang pengaruh didalam sesuatu keadaan dan sebagainya. Macam mana ekspresi wajah seseorang yang sedang dalam ketakutan?Kebiasaannya  orang yang berasa takut ini ,akan mengekspresikan mukanya dengan mata yang terbuka luas ,anak mata berkedip ,bibir atas naik ,kening ke dalam serta bibir dipanjangkan.


Emosi negatif yang kedua pula ialah MALU. Apabila mengenangkan peristiwa yang memalukan diri sendiri, pasti kita tersenyum-senyum kan. Almaklumlah malu kan emosi yang dirasai apabila melakukan sesuatu yang tidak diterima oleh masyarakat walaupun pada hakikatnya ia tidak salah dari segi moral. Namun malu yang dimaksudkan diatas,iaitu malu yg membuatkan kita tersenyum bila mengenangkannya kembali ialah malu personal. Contohnya seperti salah pasangan selipar, salah orang dan sebagainya. Sebaik sahaja kita sedar kesalahan kita,mulalah kita tersipu-sipu, berpeluh, gementar dan gelisah. Dan batapa bijaknya kita saat itu,kita pun berpura-pura senyum dan buat selamba seperti tiada apa yang berlalu. Walhal dalam hati kita rasa 'blushing' sangat sebab malu. Bagi malu professional pula,emosi ini melibatkan orang-orang besar dan popular. Contohnya seperti dasar kerajaan yang gagal dan artis yang dikenakan tindakan undang-undang.


Seterusnya ialah emosi negatif SEDIH. Emosi ini menggambarkan perasaan kerugian dan kehilangan. Ianya juga boleh menyebabkan seseorang individu tersebut dilanda kemurungan dan memerlukan inteversi daripada pakar.Orang yang bersedih ,proses maklumatnya akan menjadi lebih perlahan dan kurang ketepatannya berbanding dengan orang yang gembira .Menurut Forgas ,1992,1994, orang yang bersedih memerlukan sumber kognitif yang lebih untuk proses maklumat dengan tepat berbanding orang yang 'happy'. Saya juga telah mengalami emosi ini dalam minggu ini, dimana tanggal 19 Januari yang lalu saya telah kehilangan seorang nenek. Sedihnya, saya tidak dapat menatap wajah beliau buat kali terakhir. Faktor jauh, menjadi penghalang buat saya untuk pulang ke kampong halaman buat masa ini. Alhamdulilah,atas pujukan dan nasihat yang diberikan keluarga, saya kini mampu mengawal perasaan sedih itu. Saya kini  redha dengan pemergian yang pasti itu dan segala kenangan yang ada bersamanya pastinya akan terpahat di hati ini buat selama-lamanya.


Emosi negatif yang terakhir ialah MARAH. Emosi marah ini adalah tindak balas emosi terhadap kesakitan ,persepsi adanya penderitaan atau ketegangan ataupun ancaman .Ekspresi marah boleh ditunjukkan secara aktif dan pasif .Bagi secara aktif ,emosi marah ini dilakukan secara verbal ataupun fizikal seperti bergaduh ,bertumbuk dan sebagainya. Perasaan marah yang seperti ini sukar untuk dikawal. Manakala bagi secara pasif pula ,emosi marah ini dapat ditunjukkan melalui riak muka yang garang ataupun perwatakannya berubah menjadi pendiam  atau lebih kepada memendam perasaan. Ada yang menyifatkan marah itu sebagai sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang itu maka lagi besar marahnya. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.


Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan...  telah  ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Sekian saja untuk jurnal saya kali ini.=)


No comments:

Post a Comment