Sunday 16 January 2011

A132733 MUHAMMAD KAMAL LJ03 Kebahagian

    Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi membaca coretanku kali ketiga. Pejam celik ini sudah merupakan coretan aku yang ketiga, ia masa memang pantas berlalu, yang ku tidak sedari sudah menghampiri penghujung bulan satu 2011.Pada minggu ini saya telah diberi kuliah berkaitan dengan kebahagian. Wah dengar nya tajuk ini pada permulaan kuliah ia sudah menaikkan minat untuk mendengar kuliah ini dengan lebih mendalam. Memang tajuk ini dapat menarik perhatian semua orang dan topik yang sesuai untuk di bincangkan secara umumnya kerana semua orang inginkan kebahagian..siapakah yang tak nak kebahagian?Yang pasti semua orang mahukan kebahagian.

    Selama ini kita hanya menyebut kebahagian, tetapi kita tahu ke apa itu kebahagian. Kebahagian dapat di definasikan sebagai satu emosi yang bercirikan keseronokan, kegembiraan, dan kepuasan hati. kebahagian merupakan satu emosi, ia amat penting dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang ummah. Klau kita bahagia, apa yang kita buat kita akan berasa seronok dan terhibur. Menurut Aristotle, kebahagian ialah hasil pencapaian kearah keseronokkan. Bagi Plato pula punca kepada kebahagian ialah kehidupan yang baik. Menurut Epicurean, memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan dan akhir sekali Mills mengatakan kebahagian ialah sejauhmana tingkah laku kita.

    Adakah tahap kebahagian orang Asia paling bawah, menurut kajian yag dilakukan oleh Diener at al,1993 mengatakan tahap kebahagian orang Asia masih rendah. Menurut kajian Algyle,1987 mengatakan penduduk di Amerika Utara, Australia dan Eropah mempunyai tahap kebahagian yang tinggi. Adakah ini merupakan satu provokasi?Kerana penyelidik nya bukan orang Asia dan memilih barat sebagai pilihan mereka. 'Tepuk dada tanyalah selera' manakah yang betul anda sendiri menilai nya. Untuk mengekalkan kebahagian ia ada formula nya yang tersendiri..ya jangan terkejut jika kebahagian pun mempunyai formula sepertimana matematik. Tetapi formula ini lebih senang, formula ini di panggil model akditif :

KEBAHAGIAN=jangka pendek + jangka panjang

sebagai contohnya, hubungan antara ibubapa dengan kanak-kanak pada masa kecil mempengaruhi hubungan apabila kanak-kanak itu meningkat dewasa.jika hubungan antara ibubapa dan kanak-kanak itu pada masa kecil baik dan erat, insyaallah jika kanak-kanak itu meningkat dewasa akan menjadi erat jugak malah menjadi bertambah rapat.

    Kini saya ingin membawa anda mengupas satu subtopik yang menarik untuk di bincangkan iaitu adakah kebahagian itu terletak pada wang?Memang orang yang kaya dan maju mempunyai tahap kepuasan hidup yang tinggi. Walaubagaimanapun ia tidak menjaminkan kesejahteraan hidup. Contohnya seseorang yang kaya mempunyai keperluan yang mencukupi, tetapi keperluan yang ada itu tidak melambangkan kebahagian sebegitu rupa. Kewangan tidak melambangkan kebahagian seseorang individu. Semua itu terletak pada diri sendiri, pokok pangkal macam individu itu mahu mencari kebahagian dalam kehidupannya...

sekian..wasalam




berapa pandangan tokoh falsafah tentang kebahagiaan:

1.      Aristotle : hasil pencapaian kearah keseronokan

2.      Plato      : punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik

3.      Epicurean: memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan

4.      Mills: sejauhmana kesesuaian tingkah laku kita

 


   

No comments:

Post a Comment