Sunday 9 January 2011

A132733 MUHAMMAD KAMAL LJ02 struktur dan ekspresi emosi

    Assalammulaikum dan salam sejahtera,ini merupakan coretan kali kedua buat diriku,dengan perasaan yang teruja pada kuliah pertama untuk mengetahui apa itu emosi.Seterusnya di sambung dalam kuliah yang kedua.Perasaan teruja ku tidak pernah luntur malah berbuak-buak untuk mengetaui isi kandungan kursus ini.Ini merupakan kuliah yang pertama dalam tahun 2011.Disini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada Encik Zamri selaku pensyarah pengurusan emosi ini.Hari berganti hari dan tahun berganti tahun,begitu jua emosi yang silih berganti mengikut keadaan.

    Pada kuliah ini saya telah diterangkan tentang teori-teori struktur dan ekspresi emosi.Pada mula nya agak sukar untuk memahami teori-teori yang ada.Tetapi lama-lama saya berasa tertarik dan seronok dengan penerangan oleh En Zamri tentang teori-teori ini.Antara teori-teori nya ialah teori Darwin,teori Plutchik,teori,teori Tomkin dan teori Izard

    Sebagai contohnya teori Darwin,Struktur Asas Emosi menunjukkan sifat semula jadi manusia. Menurut pendapat Darwin, emosi asas terdapat dalam diri manusia. Idea tentang manusia ini ditulis dalam karangan beliau, "The Expression of The Emotions in Man and Animals". Darwin juga menyatakan bahawa ekspresi wajah menggambarkan emosi seseorang. Ini kerana dari riak wajahlah kita dapat kenal pasti emosi seseorang itu kerana muka senang dilihat bukannya organ lain seperti tangan, kaki dan sebagainya. Sebagai contohnya di dalam filem Lagenda Budak Setan yang hangat diperkatakan sekarang ini, di dalam filem itu di bintangi oleh farid kamil sebagai kasha dan lisa suriani sebagai ayu. Kasha amat gembira apabila cinta nya terhadap ayu terbalas kerana Ayu juga mencintai nya,tetapi ketika hendak berpisah kerana Kasya diminta untuk membuat penyelidikkan di kampung, Kasha amat berat hati untuk berpisah dengan Ayu, semua ini dapat dilihat melalui mimik muka. Walaupun ia sekadar lakonan semata-mata tetapi sebenarnya ia tidak lari daripada kehidupan sebenar.

    Disini saya tertarik dengan teori Tomkin,dalam teori ini mengatakan apa yang menyebabkan apa?Sebagai contohnya adakah kita gembira kerana senyuman atau kerana kegembiraan itu kita senyum. Saya sendiri telah mencuba cara beliau iaitu saya senyum dalam dua tiga hari yang lepas, ia menunjukkan kesan yang positif. walaubagaimanpun ia mestilah mempunyai 'activator', maksud nya di sini ia mestilah mempunyai perangsang walaupun sedikit untuk mengekalkan keceriaan dalam kehidupan..
wallahu alam...
sekian..

1 comment: