Sunday 9 January 2011

A130117 Normashitah Binti Mohamad Nashir Tajuk 1 Struktur Asas Emosi

Salam 1Malaysia buat semua.


Agak lewat juga saya menulis jurnal ini. Ini kerana pada minggu lepas saya terpaksa menguruskan penukaran bilik saya di kolej. Oleh itu, saya terpaksa berpindah ke bilik yang lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan disebabkan itu saya tidak dapat hadir ke kuliah pada minggu lepas  dek kerana hendak menguruskan semuanya pada hari tersebut agar keesokan harinya saya boleh pergi ke kuliah dengan senang hati. Tambahan pula tidak sanggup pula rasanya membiarkan kedua orang  tua menguruskan barang-barang yang belori-lori, maklumlah sudah sem ke-4 terlalu banyak barang telah dikumpulkan sepanjang berada di UKM ini :p .


Pada awalnya emosi agak tertekan kerana tidak tahu apa yang hendak ditulis pada jurnal nanti. Pening kepala dibuatnya. Nasib baik teman seperjuangan mengatakan boleh mula menulis jurnal pada minggu ini, kerana tempoh untuk menulis hingga minggu ke-6. Lega juga rasanya hati ini. Kepala yang pusing reda juga akhirnya.


Pada kuliah minggu lepas, kami telah di terangkan mengenai Sturuktur Asas Emosi. Sturuktur Asas Emosi ini  berkaitan dengan teori emosi yang semuanya adalah berasas pada teori Darwin dan seterusnya lahir pelbagai teori iaitu Plutchik, Tomkin dan Izard. Dan daripada itu lahir satu teori lagi yang dipanggil teori pembelajaran.


Pada asalnya saya kurang memahami apa yang diketengahkan oleh cikgu mengenai tajuk ini. Namun setelah saya merujuk semula nota yang telah di upload kan oleh cikgu di spin baru saya mendapat gambaran mengenai tajuk ini.


Saya juga telah menggunakan segala imaginasi dan pengalaman saya dalam memahami apa yang telah di pelajari. Menurut teori Darwin ekspresi wajah menggambarkan emosi seseorang samada seseorang itu berada dalam keadaan marah, kecewa, terkejut dan sebagainya. Teringat saya pada kisah sinetron Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri iaitu Anna dan Azzam yang berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup dan penuh konflik dalam menyemai cinta antara mereka disamping mendambakan cinta Ilahi. Pelbagai ekspresi wajah yang telah dipamerkan oleh para pelakon bagi menunjukkan emosi pada watak yang mereka lakonkan yang pada saya sinetron ini telah Berjaya memikat hati para penonton. Dibawah ini adalah salah satu episode sinetron Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadan yang saya peroleh di YouTube……

~Sila klik di bawah ini untuk menonton~

.::Selamat Menonton::.


http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=wJchK1-FejM

 

 

Secara umumnya teori Darwin merangkumi cirri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Dengan kata mudahnya ekspresi wajah melambangkan emosi seseorang, kerana wajah mudah dilihat berbanding organ yang lain.


Manakala Plutchik pula iaitu Teori Primari Emosi yang merangkumi pelbagai pecahan antaranya emosi yang digambarkan dalam bentuk bahasa yang terdiri dari bahasa subjektif(emosi biasa), tingkah laku(tindakan susulan) dan fungsian(peranan emosi kepada individu). Menariknya di sini dapat saya gambarkan  teori Plutchik ini selalu berada dalam kehidupan kita seharian di mana ia akan berlaku secara tindak balas yang cepat iaitu apabila seseorang itu mendapat kejayaan pastinya dia akan gembira dan semestinya dia melonjak keriangan dan seterusnya memberi semangat kepada dirinya untuk terus berusaha gigih. Namun jika sebaliknya, pasti riak muka akan sedih dan air mata akan mengalir serta dia akan mengambil pengajaran dari kesilapan yang lalu atau pun mengambil jalan mudah dalam menguruskan emosi mereka.


Teori Tomkin pula menyebut emosi seseorang adalah hasil berdasarkan tindak balas wajah pada sesuatu emosi. Menurut  Tomkin "smile makes you happy!". Teori Tomkin ini juga begitu menarik kerana riak muka kita menunjukkan perasaan kita. Apabila kita senyum maka kita akan berada di zon yang bahagia. Oleh sebab itu kebanyakkan pakar motivasi menggalakkan kita senyum sentiasa agar hidup kita akan bahagia dan bila bahagia pasti kehidupan kita bewarna ceria dan wajah akan sentiasa kelihatan muda belia.


Teringat pula pada wajah-wajah emas di sekeliling saya yang memiliki wajah yang muda dan tenang. Apabila ditanya apakah petua yang mereka amalkan tidak lain tidak bukan mereka selalu untuk berfikiran positif dan sentiasa senyum walaupun mereka hidup dalam keadaan agak kekurangan pada suatu ketika dahulu. Selain mereka banyak mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat dalam hidup mereka.


Seterusnya Teori Izard pula menyebut bahawa emosi lahir secara semulajadi. Iaitu kesan daripada tindak balas yang dirangsangkan oleh tubuh terus di tafsir oleh otak seperti rasa kecewa yang di alami oleh seseorang ibu akibat anak yang kurang menghormati ibu bapanya. Pastinya di minda ibu bapa tersebut akan memikirkan dimana silapnya didikan mereka. Teori ini dilihat sama seperti teori Tomkin dimana reaksi muka banyak memain peranan namun ia juga boleh dipelajari melalui pengalaman.


Teringat saya pada video yang ditayangkan oleh En. Ahmad Zamri b. Mansor pada minggu lepas, mengenai seorang budak kecil yang telah di uji emosinya dengan pelbagai cabaran iaitu dengan menguji ketakutannya. Video tersebut amat berkaitan dengan teori ke lima iaitu teori pembelajaran. Teori ini mengenengahkan mengenai emosi itu boleh dipelajari. Namun ia lebih menekankan emosi ketakutan itu boleh dipelajari, sepertimana budak kecil tadi. Namun emosi itu pada dasarnya bersifat semula jadi, Cuma bagaimana kita menzahirkannya secara seragam.


Disini juga dapat kita lihat bahawa emosi itu boleh berubah kepada yang lebih baik. Dimana apabila seseorang itu sudah biasa tinggal keseorangan pastinya dia tidak akan berasa takut untuk tinggal keseorangan seperti sebelumnya. Seperti bidalan menyebut "alah bisa tegal biasa".


Manusia itu juga memperolehi rasa takut melalui pengalaman mereka. Menurut pemerhatian saya, kanak-kanak sering ditakut-takutkan dengan perkataan "hantu" atau "momok" apabila mereka tidak menurut kemahuan ibu bapa mereka. Akibatnya mereka telah diajar untuk takut dengan segala macam makhluk yang sewaktu dengannya. Tambahan pula pada hari ini pelbagai cerita-cerita seram telah disiarkan di media-media komunikasi bagi memperkenalkan makhluk-makhluk yang menakutkan itu. Oleh itu disini dapat dilihat rasa ketakutan itu boleh dipelajari oleh seseorang.


Teringat pula dengan teman ibu saya yang tidak boleh melihat langsung ular walaupun didalam buku atau didalam television. Teman ibu itu akan berasa amat takut pada ular sehinggakan pada suatu hari dia membaca surat khabar dengan secara tiba-tiba dia telah mencampakkan surat khabar tersebut dan badannya menggigil ketakutan akibat pengalaman ngerinya sebelum itu yang berkait dengan makhluk itu. Berbeza pula dengan sebuah kisah seorang kawan saya yang pernah mengalami kemalangan jalan raya. Walaupun telah mengalami kecederaan yang teruk, namun dia tetap kuatkan semangat untuk memandu tanpa rasa takut atau fobia dengan apa yang telah berlaku padanya sebelum ini. Walaupun saya dapat melihat bahawa bukan senang untuknya memandu semula, namun dia berfikiran positif dalam meneruskan kehidupannya. Oleh itu saya dapat melihat bahawa pengalaman masa lalu amat memberi kesan emosi pada seseorang cuma bagaimana seseorang itu menzahirkan emosi samada secara positif atau negatif.


Secara kesimpulan yang dapat dilihat emosi itu pada dasarnya adalah bersifat semulajadi dan bergantung kepada individu itu untuk menzahirkan emosi itu. Pengalaman juga sangat berperanan dalam memberi tindak balas kepada emosi seseorang. Oleh itu saya berpendapat kesemua teori ini sangat dekat dengan kehidupan manusia seharian.


No comments:

Post a Comment