Sunday 23 January 2011

A129584 NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN TAJUK 4(3a)-EMOSI NEGATIF?

Assalamualaikum , pembuka bicara...

Tajuk kali ini memang selalu saya lalui dan sentiasa di alami...Berbanding dari minggu lepas iaitu "emosi positif", "emosi negative" lebih kerap berlaku pada diri saya...tajuk kali ini adalah "EMOSI NEGATIF"...

Seperti yang kita semua sedia maklum, EMOSI NEGATIF yang paling utama terbahagi kepada 4 iaitu takut, malu, sedih dan marah.

                TAKUT, adalah tindakbalas emosi terhadap situasi bahaya, berkaitan dengan emosi bimbang. Takut juga adalah mekanisma untuk kelansungan hidup berlakunya bila ada situasi negative.

Terdapat banyak penyebab berlakunya perasaan takut ini. Antaranya ialah:

v  berlakunya kejadian yang memberi kesan trauma,

Ø  sebagai contoh, adik saya, LIA, takut ingin membawa motosikal kerana dia pernah jatuh motosikal yang dibawa oleh saya ketika saya berumur 15 tahun...hehehe...masa itu saya belum ada lessen lagi, dan jalan licin...tayar motosikal tersebut tergelincir dan menyebabkan saya dan adik saya membuat aksi "supermen" dan menyebabkan lutut kami dan seluar kami koyak...

Ø  lain pula untuk adik kecil saya, MIRA...MIRA takut kepada gelap dan "hantu"...al-maklumlah, budak kecik...

Ø  bagi saya, saya berasa takut dan trauma apabila melalui kawasan yang pernah hamper meragut nyawa saya apabila kereta yang saya naiki (penumpang) bersama 3 orang kawan saya yang lain terbabas melanggar pokok dan juga tiang lampu di hadapan KILANG HITACHI, berhampiran WARTA...akibat dari kemalangan tersebut, saya mengalami patah tulang klavikal kiri dan juga patah tulang di leher...alhamdulillah saya masih panjang umur...kejadian tersebut telah berlalu lebih kurang 3 tahun lebih iaitu semasa saya tingkatan 5 bulan 7...1 bulan sebelum trial SPM...

v  Selain itu juga, takut juga boleh dikatkan dengan perkara ataupun konsep yang abstrak contohnya, takut hilang pengaruh ataupun kuasa, takutkan kritikan dan takutkan ejekan dari masyarakat dan lain-lain...

Ø  seperti dalam cerita drama korea yang baru sahaja saya tamat menonton "THE FUGITIVE PLAN B" yang dibintangi oleh RAIN(BI)...dalam cerita tersebut, kerana takut anaknya tidak dapat menjadi PRESIDEN KOREA, beliau sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh JINI dan juga JIWOO yang ingin membongkar rahsianya yang telah menggelapkan emas Negara.

Ø  Di dalam cerita itu juga, KAI sanggup memalsukan bukti kematian KEVIN, dan menuduh JIWOO yang membunuh KEVIN juga keluarga JINI, kerana takut kehilangan JINI...

Terdapat juga cara-cara untuk mengatasi takut ini. Antaranya ialah:

v  Membiasakan diri dengan perkara yang membuat kita takut.

Ø  Sebagai contoh, jika kita takut akan tempat yang gelap, biasakan diri dengan tidur dengan menutup lampu.

Ø  Seperti saya yang takut kepada kawasan yang pernah saya alami kemalangan, saya kerap kali lalui kawasan tersebut. Mungkin saya Cuma bawa 40 km/jam, namun tetap memadai kerana saya berusaha untuk mengatasi trauma saya.

v  Menarik nafas panjang.

Ø  Tutup mata, tarik nafas dalam-dalam sebanyak 3 kali dan berselawat.

v  Ada perkara yang lebih takut dari perkara yang anda takuti...

Ø  Takutlah kepada TUHAN...

Ø  Nescaya perasaan takut anda akan berkurangan...

MALU???  Apa yang menyababkan kita berasa malu? Ok, malu berlaku apabila kita melakukan sesuatu yang tidak diterima samada dalam pekerjaan dan masyarakat. Malu juga melibatkan airmuka dan maruah seseorang bergantung kepada situasi yang dialami.

Terdapat 2 kategori malu iaitu:

v  Personal.

Ø  Ianya berlaku apabila perhatian orang lain tertumpu terhadap kita.

§  Contohnya, semasa saya, "teman lelaki" dan juga kawan kami pergi ke ALAMANDA untuk menonton tayangan SEASON OF THE WITCH yang ditayangkan pada waktu malam. Sementara menunggu masa berlalu, kami singgah untuk makan malam awal di McD. Kami duduk setelah mendapat makanan kami dan secara tidak sengaja, saya terlihat seorang wanita dengan teman lelakinya. Mungkin wanita tersebut dan teman lelakinya tidak perasan akan perkara ini. Pakaian wanita tersebut dengan tidak sengaja terangkat dan terselit di seluar mungkin akibat pergi ke tandas dan lupa untuk memastikan pakaian kembali terurus. Saya pun memberitahu yang lain akan peristiwa tersebut. Kami buntu. Ingin menegur, takut memalukan mereka. Tidak tegur, kami pula yang senyum menutup malu. Hurm.

Ø  Tindakan kita seperti didapati berbohong.

§  Hurm. Sekali lagi perkara ni berlaku antara saya dan teman lelaki saya, NAZMI. Dia kata dia telah sampai kerumah setelah lepak bersama rakan-rakan lepaknya di kedai mamak. Malangnya, apabila saya pergi ke kedai tersebut untuk membeli makanan, saya ternampak kereta dia dan ternampak dia sedang sibuk berborak dengan member dia. Kantoi busuk je. Dia hanya mampu tersenyum malu dan tersengih malu sambil mendengar bebelan saya.

v  Professional

Ø  Berlaku apabila berkait dengan pekerjaan, perbelanjaan dan juga kehilangan nyawa.

Ø  Dasar kerajaan yang gagal, pendedahan salahguna kuasa dan lain-lain.

§  Contohnya apabila seseorang itu didapati menyalahguna kuasa dan orang tersebut selalunya akan meletakkan jawatan kerana malu untuk meneruskan lagi jawatan tersebut.

SEDIH...perasaan yang dialami apabila berasa kerugian dan kehilangan. Jika kesedihan tersebut serius, mungkin akan membawa kepada kemurungan dan perlu khidmat pakar. Mereka yang sedih akan manjadi seorang yang pendiam, tidak bersemangat dan suka berasingkan diri dari orang ramai.

Contoh, kisah yang saya ceritakan di kelas, iaitu semasa saya di PLKN KEM CANCUN PARK, pasir mas Kelantan. Di sana kami hanya boleh menggunakan telefon bimbit pada hari jumat selepas sembahyang jumaat dan perlu memulangkan semula pada hari sabtu malam. Pada hari pemberian telefon bimbit tersebut, sejurus saja saya menghidupkan telefon tersebut, 1 mesej diterima oleh ayah saya. Terkedu saya membaca mesej tersebut yang mengatakan "mak sakit kanser pangkal rahim dan sekarang sedang operation". Saya terduduk dan menangis kerana sedih dan kerana ayah saya tidak membenarkan saya pulang melihat mak. Alhamdulillah mak saya selamat di bedah. Namun sekarang mak sakit batuk kering. Apa yang buat saya makin sedih ialah, apabila saya dikejutkan dengan 1 mesej yang berbunyi "ni mak, ni nombor kawan mak. tolong topupkan mak rm50 ke nombor baru mak 012*******, mak sekarang ada hal". Luruh jantung selepas saya dapat mesej tersebut. Mana tidak nya, dah lah mak saya tidak sihat. Terus saya cuba berkali-kali menelefon no baru tersebut tapi tiada jawapan. Saya turut menelefon ayah saya Tanya "mak tukar nombor baru ke?" tapi ayah saya kata "itu tipu je,buat apa mak nak tukar nombor? And tak kan mak tak ada duit nak topup kot?" saya pun try call no asal mak iaitu no celcom, tapi mak tidak jawab kerana mak sedang buat CT SCAN di hospital. Marah, sedih bengang, itu lah perasaan saya kat orang yang mesej saya.

 

MARAH. Adalah tindak balas terhadap kesakitan persepsi adanya penderitaan ataupun ketegangan ataupun ancaman. Boleh di ekspresikan secara:

v  aktif (serangan verbal ataupun fizikal)

Ø  contohnya apabila marah yang terlampau.

§  Saya penah meluahkan kemarahan kat seorang kawan semasa saya di tingkatan 3. Waktu itu waktu rehat, saya tidak ingat apa punca yang menyebabkan saya marah. Namun saya telah mencampakkan buku teks sejarah kearahnya namun hanya mengenai papan hitam(papan hijau). Pernah juga saya mengamuk dan menterbalikkan meja di kelas akibat terlampau marah. Jerit sekuat hati.

v  pasif (perang dingin ataupun masam muka).

Ø  Marah yang masih boleh dikawal

§  Selalu saya lakukan apabila saya tidak puas hati dengan tindakan kawan yang membuat saya marah. Saya hanya mampu memasamkan muka.

Cara untuk mengatasi marah:

v  Fikir dulu sebelum marah.

v  Tangguhkan dulu perasaan marah.

v  Cari cara yang lebih afdal untuh luahkan kemarahan

v  Tidur, dengar lagu.

Kesimpulannya, diri saya lebih banyak cenderung kepada emosi negative. Selepas mempelajari tentang emosi ini, insyaallah saya akan berusaha untuk mengubah emosi ini kepada emosi yang positif.

Sekian, wasalam.


No comments:

Post a Comment