Monday 17 January 2011

A129584 NOR ALINA BINTI MOHAMAD ROSLAN TAJUK 3 - SMILE & HAPPY

Assalamualaikum dan salam mesra...

Ni kali ke 2 saya menaip jurnal pengurusan emosi. Minggu lepas kami telah belajar mengenai kegembiraan ataupun emosi positif. Hahaha. Baru je minggu lepas saya menaip ingin belajar untuk sentiasa berfikiran positif dan menguruskan emosi dengan cara positif. Betul tak? Jadi saya nak menceritakan sedikit tentang apa yang saya faham akan emosi yang positif.

                Ok. Kebahagiaan. Apa yang kita faham akan "kebahagiaan"? Mungkinkan kebahagiaan dan kegembiraan mempunyai maksud yang sama? Kawan saya, Wani, menyatakan bahawa maksud bagi kebahagiaan adalah "satu keadaan emosi yang bercirikan emosi-emosi, eg:keseronokan, kegembiraan, kepuasan hati" manakala kegembiraan pula "mencerminkan kepentingan yang diletakkan ke atas emosi".

                Menurut pandangan para falsafah, ARISTOTLE menyatakan bahawa "kegembiraan ialah hasil kepada pencarian kearah keseronokan". PLATO pula menyatakan "punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik ataupun mulia". Falsafah EPICUREAN mengatakan bahawa "kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan" dan MILLS pula mengatakan bahawa "kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tingkahlaku kita".

                Apa yang saya faham, bila saya menyebut perkataan "gembira","bahagia" sering kali terlintas difikiran saya mengenai "SENYUM"... Tentu sekali anda semua tahu bahawa tiap kali kita senyum, sedikit sebanyak orang yang melihat senyuman kita turut tersenyum dan merasakan ketenangan. Selain itu juga, kita semua tahu bahawa "SENYUM ITU SEDEKAH"... Mari kita selidik lebih mendalam lagi jenis-jenis senyuman yang kita selalu lakukan.


1.       Sweet Smile @ senyuman yang manis(maneh je...)

Ini adalah senyum yang mencairkan hati. Sekali terpandang dan kita tahu, kita memang tidak dapat berbuat apa-apa! Amat sukar untuk mengatakan "tidak" terhadap permintaan yang menyertainya.

 

2.        I am in Love Smile @ senyuman "ku telah jatuh cinta~~~

Kita memang tidak boleh tersalah tafsir akan senyuman ini dengan senyuman yang lain. Hehehe...Senyum ini memancarkan tenaga 'cinta' yang murni dan sekaligus menunjukkan kebahagiaan. Tidak semestinya kita perlu tersenyum romantis antara kekasih. Senyum kerana mencintai haiwan kesayangan kita pun dah kira memenuhi syarat!

 

3.       Most Beautiful Smile @ senyuman yang paling cantik~~~

Ini adalah senyum yang sangat mempesonakan! Senyum ini boleh dikatakan yang menyebabkan degupan jantung seseorang itu kurang betul degupannya! Hahaha... Oleh kerana itu, gunakan secara berhemah, atau ER (emergency room) harus waspada!

 

4.       Happy Smile @ senyuman gembira~~~

Ini adalah senyum yang mencerminkan hati yang bahagia dan menyenangkan.

 

5.       Thoughtful Smile @ senyuman bijaksana~~~

Mata anda kelihatan berkaca-kaca. Tidak ada pandangan mata dalam senyuan ini  kerana anda berfikir tentang perkara yang jauh: kerinduan untuk seseorang atau memori masa lalu yang sangat dihargai. Kita masih boleh mengingati kegembiraan tersebut dan bagaimana rasanya. Kita seolah-olah hidup pada saat tersebut lagi, maka kitapun mengukirkan  senyum ini.

 

6.       I know it all Smile @ senyuman saya tahu semuanya~~~

Semakin lama kita hidup, semakin banyak pengalaman hidup yang kita lalui. Kita dipenuhi dengan cerita indah dari masa lalu. Ini adalah senyum yang mengatakan banyak tentang kebijaksanaan yang kita perolehi tentang kehidupan.

 

7.       The Sparkle in The Eyes Smile @ senyuman kilauan di mata~~~

Mata dapat mengatakan segalanya. Kilauan akan kegembiraan dan kesenangan akan sebuah penemuan yang penting. Tidak perlu sebarang perkataan untuk berkomunikasi.

 

8.       I am the Boss Smile @ senyuman "saya bos"~~~

Gunakan senyum ini jika fikiran ini terlintas di kepala anda: APA DIA??? SAYA BOS...MARILAH...

 

9.       Lucky Smile @ senyuman bertuah~~~

Senyuman ini sedikit memalukan. Senyum yang melaungkan perkataan "Akhirnya, saya kembali bertuah!!!"

 

10.   Naughty Or Up-to-No-Good Smile @ senyuman nakal atau senyuman ingin melakukan sesuatu yang kurang baik...

Ini adalah senyum yang akan kita lakukan saat kita malu kerana tertangkap melakukan sesuatu yang nakal. Kita juga sering tersenyum nakal saat ingin mengenakan helah sesame rakan...

 

11.   Satisfied Smile @ senyuman puas hati.

Lakukan senyuman ini apabila kita telah mengalami suatu pengalaman yang sangat memuaskan hati seperti makan makanan yang sangat sedap, dapat berhubung dengan teman lama, dan juga menang dalam permainan chess lawan dengan computer...(pergh, puas hati gile).

 

12.   Confident Smile @ senyuman yakin.

Senyum bila kita merasakan diri sangat yakin akan sesuatu. Senyum je walaupun kita pakai pendakap gigi. Yang penting kita yakin pada diri kita.

 

13.   Proud Smile @ senyuman bangga.

Terukir senyuman apabila berkaitan dengan harga diri. Senyuman yang dikenakan apabila sesuatu pekerjaan dilakukan dengan baik.

 

14.   Sexy Smile @ senyuman seksi~~~

Untuk melakukan senyuman ini memerlukan kedudukan yang strategik. Senyuman ini harus dilakukan pada sudut 47 darjah ke arah penerima, sehingga kita dilihat dari sisi terbaik kita. Kita juga perlu memiringkan kepala sedikit ke bawah tapi dengan mata melirik ke atas dan jika kita perempuan, berkibar bulu mata kita dengan sengaja. Kita juga perlu menyandarkan kepala di salah satu tangan untuk menunjukkan ketidakupayaan [menyatakan kita harus diselamatkan Cepat!].

 

15.   Cheered Up Smile @ senyuman memujuk.

Senyuman ini sering dikenakan apabila kita ingin menaikan semangat seseorang. Senyuman ini dikenakan apabila kita pulih dari mood yang kurang mengembirakan.

 

16.   Evil smile @ senyuman jahat atau senyum sinis...

Hahahah...senyuman ini yang paling menarik... senyuman ini seringkali saya lakukan apabila saya berasa puas hati apabila my ex-bestfriend ponteng kelas dan kantoi dengan lecturer...ohhh...so happpyyyyy...hahhaha....

               

Ok...dah cerita pasal jenis-jenis senyuman...sekarang saya nak cerita pula cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengukirkan senyuman...


1.       Mengunyah coklat~~~

Coklat boleh melakukan keajaiban, kerana ia mengandungi alkaloid seperti theobromine dan phenethylamine, yang meningkatkan kesan kepada mood seseorang.

 

2.       Bermain dengan anak-anak ataupun haiwan peliharaan~~~

Seperti yang selalu kita alami, penat lelah selepas sehari suntuk diluar, apabila pulang kerumah dijemput oleh anak-anak mahupun haiwan peliharaan. Kehadiran mereka sendiri sangat bagus untuk membawa senyum di wajah.

 

3.       Bersiar-siar di taman.

Walking In The Park. Being close to nature is therapeutic. Just breathing in the fresh air, taking in the sights of swaying trees and feeling the gentle breeze does it for me! I always feel better after a walk in the park. Merapatkan diri dengan alam sekitar adalah terapi. Hanya dengan menghirup udara segar, mengamati pemandangan pohon bergoyang, dan merasakan angin lembut sudah memadai! Saya selalu merasa lebih baik setelah berjalan-jalan di taman.

 

4.       Mendengar lagu...

Maaflah, saya tidak pasti apa lagu trend sekarang sebab dah lama tidak dengar radio...hahaha...tapi yang saya pasti, apabila mood saya down, saya akan mendengar lagu-lagu k-pop "sorry sorry" dari kumpulan SUPER JUNIOR..."NOBODY" dari kumpulan WONDER GIRL pun best juga...

 

5.       Menonton komedi @ variety show...

Hahaha...saya suka menonton cerita Korean variety show...cerita mereka memang melucukan dan sentiasa buat saya tergelak besar hingga menitiskan air mata... Antara cerita yang saya suka ialah "WE GOT MARRIED" , "FAMILY OUTING", "2 DAY 1 NIGHT", "LET'S GO, DREAM TEAM", "HELLO, BABY" dan lain-lain... Ini semua cerita korea ok...

 

Hehehe... Ok lah... Sampai disini je lah yang dapat saya kongsi bersama... next week saya akan cerita lagi ok... salam...

No comments:

Post a Comment