Sunday 9 January 2011

A128657 Sujahah Yusuf LJ2 Struktur dan Ekspresi Emosi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera untuk semua. Bertemu kembali  kita pada entri saya yang kedua. Seperti biasa, kami ditugaskan untuk membuat tugasan yang  telah  dipelajari di dalam kuliah. Pada minggu ketiga, Dr Zamri telah mengajar kami tentang Struktur dan Ekspresi emosi. Pada mulanya  saya tidak dapat memahami dengan jelas tentang tajuk ini kerana pada hari itu saya dan kawan-kawan saya terlewat masuk ke kelas. Tetapi apabila saya merujuk dan mentelaah kembali tajuk tersebut akhirnya saya dapat memahaminya.

Dalam Struktur dan Ekpresi Emosi ini, hanya beberapa emosi asas yang dikenali sebagai "emosi primary"  iaitu bersifat adaptif (berubah-ubah) serta kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari. Ia adalah watak semulajadi manusia dan merentas budaya. Menurut Teori Asas Darwin, emosi terdiri daripada emosi asas yang mana ia adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekpsresikan dalam bentuk yang seragam pada semua bangsa dan budaya. (Kokoszka,1993). Di dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals" Darwin menyatakan bahawa ekspresi wajah seseorang melambangkan sesuatu emosi. Ini adalah kerana muka adalah anggota yang mudah untuk dilihat berbanding organ yang lain. Berdasakan kajian yang telah dijalankan oleh Darwin ke atas 36 bangsa yang berbeza dengan menagjukan 16 soalan yang berkaitan dengan emosi, didapati jawapan yang diperolehinya adalah sama. Bagi pandangan saya, saya bersetuju dengan teori ini kerana riak wajah seseorang melambangkan emosi yang sedang dialami. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam keadaan sedih, maka riak wajah kita berubah menjadi kusam dan tidak bermaya. Begitu juga apabila seseorang itu berada dalam keadaan yang gembira, dia akan melemparkan senyuman dan berada dalam emosi yang baik.

Selain daripada Teori asas Darwin, terdapat beberapa lagi Teori yang berkaitan dengan emosi iaitu Teori Emosi Primari Plutchik, Teori Maklum balas wajah daripada Tomkin, dan Teori Ekspresi Semulajadi Izard. Menurut Teori Plutchik, Emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku, dan bahasa fungsian. Bahasa subjektif ialah bahasa biasa bagi emosi, bahasa tingkahlaku pula ialah tindakan susulan dari emosi yang telah diransang manakala bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut dan bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Di sini saya telah datanagkan satu contoh supaya kita lebih memahami tiga bahasa emosi ini. Ali telah dikejar oleh seekor anjing yang garang ketika pulang dari sekolah. Akibat terlalu takut( bahasa subjektif) Ali telah melarikan diri (bahasa tingkahlaku) untuk melindungi dan menyelamatkan dirinya( bahasa fungsian) Bagi dimensi emosi  Plutchik, tiga dimensi penting iaitu Intensity(keamatan), yang merujuk kepada darjah kekuatan emosi. Contohnya dari bahagia akan hadir perasaaan gembira. Similarity( kesamaan) merujuk kepada satu hubungan iaitu takut dan sedih lebih dekat dengan berbanding takut dan gembira manakala polarity (kekutuban) iaitu benci  lawannya suka.

Selain dari Teori Plutchik, Tomkin juga mempunyai teorinya yang tersendiri iaitu apa yang menyebabkan apa? Ia bermaksud kita senyum kerana kita gembira. Selain itu, kita rasa gembira kerana kita senyum. Bagi Tomkin, senyum membuat kamu gembira. Contohnya, dua orang rakan A dan B. A telah membuat jenaka dan B hanya mendengar jenaka A. B akan ketawa apabila A berjanaka. Contoh yang lain pula dalam teori Tomkin ialah A meminta B membuat jenaka sekali lagi. B menggigit pen di mulutnya dan menyebabkan susah untuknya ketawa berbanding tiada pen di mulut. Ini adalah disebabkan kita akan lebih cepat senyum apabila tida pen di mulut. Tanpa pen, mulut kita akan senang untuk mengukir senyuman dan menghasilakn keceriaan begitulah keadaan sebaliknya. Tomkin telah melakukan dua kajian terhadap siswi di Ursula Hess & colleagues di Universiti Ganeva, Switzerland dan kajian ke atas Robert Zajonc & colleagues. Zajonc mengatakan bahawa perubahan pada ekspresi muka merupakan satu ekpspresi yang specific. Teori ini telah mendapat beberapa kritikan . Antaranya ialah ekspresi wajah seorang tidak semestinya apa yang lahir dari emosinya. Sebagai contoh, seseorang mungkin akan senyum untuk menutup malu dan senyum juga merupakan tanda sinis terhadap seseorang. Oleh itu senyum tidak bermana kita berada dalam keadaan gembira. Teringat pula saya  pada satu kisah dalam novel 'Ayat –Ayat Cinta ' dimana watak Fahri yang berkahwin dengan Aisya wanita kaya berketurunan Turki-Jerman. Hinggalah waktunya dia dikurung di penjara bawah tanah dan diseksa dengan kejam sekali kerana dituduh telah merogol Noura jirannya itu. Walaupun diseksa dengan teruk, apabila Aisya melawatnya di penjara, Fahri hanya tersenyum dan menyuruh Aisya supaya bersabar. Ini adalah kerana Fahri tidak mahu Aisya bersedih dan berputus asa apabila melihat keadaannya yang tidak terurus walaupun di hatinya tersimpan perasaan yang teramat pedih  dan terkilan atas perbuatan polis yang tidak bertanggungjawab itu. Dia hanya mampu berdoa dan berusaha untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan telah menjadi bahan fitnah. Akhirnya, akibat kesabaran dan doa serta bukti yang cukup Fahri akhirnya bebas dari hukuman penjara.

Teori yang terakhir pula ialah  Teori Ekspresi semulajadi Izard. Menurut Teori Izard, emosi adalah semulajadi,pengalaman dan pembelajaran tidak membentuk emosi, jika ada hanya bilangan yang kecil sahaja. Buktinya ialah bayi yang baru lahir dilahirkan untuk senyum. Bayi yang berumur lingkungan tiga hingga empat bulan, kebiasaanya mereka tidak akan bersa takut dan menangis apabila dipegang oleh orang  yang tidak dikenalinya. Tetapi apabila bayi semakin membesar, mereka akan mula mengenali orang  yang ada di sekelilinhnya. Juateru, apabila disentuh, bayi akan menangis dan terus mendapatkan ibunya atau ahli keluarganya yang lain.

Pada keesokan harinya, kuliah disambung lagi dengan tajuk Learning & experience theories atau Teori pembelajaran dan Pengalaman. Pembelajaran memainkan peranan yang kecil sahaja dalam sesuatu emosi. Tetapi menurut Sarjana Plutchik, emosi adalah ekspresi secara langsung daripada seseorang individu, pembelajaran akan memberi  perubahan kepada emosi. Menurut pandangan Matsumato pula, emosi asas adalah sama tetapi ekspresi ada perbezaan yang kecil. Sebagai contohnya, seseorang yang takut kucing lama kelamaan tidak akan takut lagi kepada kucing kerana sudah biasa berdasarkan kepada penglaman sebelumnya. Bagi pandangan Izard pula, emosi akan menyebabkan seseorang bayi peka terhadap keadaan sekeliling, emosi akan muncul dalam beberapa bulan pertama seterusnya emosi semulajadi akan diubahsuai mengikut keperluan peribadi. Sebagai contoh, ketakutan dilahirkan oleh individu yang berbeza. Ada yang takut kepada hantu, ada yang takut anjing, ketinggian dan ada pula yang takut kepada lipas. Selain itu, proses kognitif adalah berbeza pada setiap orang. Contohnya, Pensyarah akan membuat kuiz di dalam kelas. Pelajar A sudah bersedia untuk kuiz tersebut kerana dia telah mengulangkaji, tetapi sebaliknya pelajar B menganggap kuiz itu adalah musuhnya kerana tidak bersedia. Jadi, emosi adalah semulajadi yang diturunkan dari generasi ke ganerasi.

Akhir kalam dari saya. Jumpa lagi pada entri yang seterusnya. InsyaAllah….

No comments:

Post a Comment