Monday 17 January 2011

A128145 Rohaida binti Abdul Latiff tajuk 3 Seindah senyumanku

Assalamualaikum dan salam ceria buat pembaca yang dikasihi…..

 

Pada minggu ini, saya rasa gembira sangat….nak tahu kenapa? Minggu ni Dr. Zamri bercerita mengenai kebahagiaan….bunyi macam seronok bukan? Memang seronok pun. Saya amat teruja sangat pada kelas minggu ni. Maklum la, terlalu excited untuk mengetahui tentang kebahagiaan ni…hehe…

 

Untuk pengetahuan kalian, kebahagiaan merupakan suatu keadaan emosi yang bercirikan emosi-emosi seperti keseronokan, kegembiraan dan kepuasan hati. Ini dapat mencerminkan kepentingan yang telah diletakkan ke atas emosi kebahagiaan.

 

Terdapat beberapa pandangan ahli falsafah mengenai kebahagiaan atau pun kegembiraan. Antaranya:

1)      Aristotle: Kegembiraan ialah hasil kepada pencarian kearah keseronokan.

2)      Plato: Punca kepada kebahagiaan ialah kehidupan yang baik / mulia.

3)      Epicurean: Kebahagiaan ialah dengan memaksimakan keseronokan dan meminimakan penderitaan.

4)      Mills: Kebahagiaan ialah sejauh mana kesesuaian tingkah laku kita.

 

Menurut majoriti, orang yang sudah berkahwin lebih bahagia berbanding orang yang belum berkahwin. Dan setiap insan yang telah berumahtangga tentu akan mengimpikan sebuah mahligai yang indah dan membahagiakan bukan.  Antara tips-tips yang membuatkan pasangan berkahwin ini lebih bahagia ialah mereka sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah bersama-sama, dan solat berjemaah bersama-sama.

 

Terdapat dua faktor kebahagiaan iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Kebahagiaan dalam jangka masa panjang merupakan emosi yang stabil dari masa ke semasa sepanjang kehidupan. Kebahagiaan jangka masa pendek pula berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku dalam diri seseorang. Mengimbau peristiwa  4 tahun lepas yang mana kakakku selamat melahirkan zuriat secara normal walaupun ketika itu usia kandungannya baru mencecah 6 bulan. Dan kakakku melahirkan anak kembar! 2 orang putera yang sangat comel dan bertuah. Mereka diberi nama Mohamad Danish dan Mohamad Danial. Namun, berat badan mereka hanyalah 700 gram dan 850 gram akibat lahir tidak cukup bulan. Dan perkara yang menyedihkan kami sekeluarga apabila mendapat tahu 2 orang putera itu mempunyai masalah jantung dan sukar untuk bernafas. Oleh itu, mereka terpaksa ditahan di unit rawatan rapi memandangkan keadaan mereka yang kritikal. Mohamad Danial meninggal dunia ketika berumur 10 hari kerana jantung nya tidak berfungsi dengan baik. Namun begitu, di dalam kepahitan tetap terselit kemanisan di mana Mohamad Danish telah membesar dengan baik di hadapan mata saya. Kini Mohamad Danish telah berusia 4 tahun dan merupakan kanak-kanak yang pintar dan aktif. Setelah beberapa tahun, Danish telah mendapat adik yang diberi nama Mohamad Darwisy yang kini berumur 2 tahun. Saya bangga mempunyai anak buah yang cerdik seperti mereka. Rindu nya Mak Uda dengan kalian semua. Terngiang-ngiang suara mereka memanggil saya…hehe. Kehidupan kami sekeluarga bertambah riang, gembira dan bahagia dengan kehadiran Danish dan Darwisy. Gelak tawa dan senyum mereka memang menghiburkan!

 

Terdapat juga faktor lain mengenai kebahagiaan seperti kesihatan, persahabatan, pekerjaan, rekreasi dan penghayatan agama. Didikan agama yang baik dan kuat dapat menjadikan seseorang itu bahagia dan gembira. Sebagai contoh, apabila ibubapa itu memberi didikan agama yang betul dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, secara tidak langsung anak-anak akan mengikut apa yang diajar oleh ibubapa tersebut. Seorang ulama pernah mengungkapkan: "sesungguhnya roh itu tumbuh dengan pendidikan yang lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana tubuh tumbuh dengan sumber pemakanan yang sihat. Dan sesungguhnya pertumbuhan tubuh mempunyai batas yang tidak dapat dilewati, bahkan semakin menurun pada waktu tua, namun roh juga akan terus tumbuh dan berkembang hingga ajal menjelang". Didikan yang penuh dengan kasih sayang dari kedua ibu bapa memberikan kesan yang besar kepada anak-anak.

 

Dr. Zamri telah menunjukkan 2 video yang menarik sebelum kelas berakhir. Video berkenaan 'different gender' menceritakan tentang tingkah laku antara lelaki dan perempuan. Lelaki akan berkomunikasi tentang apa yang perlu dan penting sahaja manakala perempuan terdorong untuk meluahkan isi hati mereka atau lebih kepada menjalin hubungan. Video berkenaan 'power of smile' pula menggambarkan bahawa senyuman itu dapat menjadikan seseorang itu gembira dan bahagia.

 

Untuk akhirnya..terimalah lagu senyum dariku…wassalam…

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


No comments:

Post a Comment